Saturday, January 30, 2010

PANTUN NASIHAT 2

Jalan-jalan ke Bukit Putus
Pergi berduo balik bertigo
Air dicincang memang tak putus
Tak ado kojo usah cari kojo !

15 comments:

  1. haah ek..takdo kojo dok sajo dah la kan..hehe..good2..

    ReplyDelete
  2. solehah
    terima kasih membuat lawatan kali pertama. lain kali kena bagi komen dengan pantun gak !

    ReplyDelete
  3. tuan... saya beli oke .


    Eden dah kobar,
    Jangan jalan menonong,
    tak ado kojo tarik kobau,
    kalau dah malas... tak dapek den nak nolong !

    ReplyDelete
  4. liNda

    membeli teh di pekan Tawau
    beli sedozen jangan berlari
    bukan maleh nak narik kobau
    kobau eden kono langgar lori !

    ReplyDelete
  5. ulu bendul di kuala pilah
    gunung datuk letaknya di rembau
    itu la sobab larinya si milah
    siujang pemalas nak jaga kobau..

    (...pantun promosi NS !!)

    ReplyDelete
  6. Menanam padi di Bukit Putus
    Memang menjadi tanahnya subur
    Air dicincang memang tak putus
    Cuba lah cincang daging kat dapur

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum pak hamzah

    gimana nih? tak reti nak berpantun lah pulak

    Pergi berdua balik bertiga
    yang sudah biarkan saja
    Tak ada kerja usah cari kerja
    anak bini kat rumah nak makan apa


    cubalah jugak
    tapi rasa macam tak best langsung

    ReplyDelete
  8. che'pit

    Menanam padi di Bukit Putus
    Memang menjadi tanahnya subur
    Cincang daging memanglah putus
    Tapi ku malas nak masuk dapur.

    ReplyDelete
  9. aklcitizen
    pandai orang kl berpantun rupanya. itu pantunlah tu, nak panggil apa lagi.

    Pergi berdua balik bertiga
    Yang sudah biarkan saja
    Tak ada kerja nak cari kerja
    Dah dapat kerja janganlah leka.

    ReplyDelete
  10. Salam Kanda Hamzah

    setiap hari sibuk merancang
    bagaikan tiada sudahnya hidup
    bekukan air baru dicincang
    barulah sedap cendol dihirup

    ReplyDelete
  11. Kakcikseroja

    setiap hari sibuk merancang
    ke Ulu Bendul membeli sabut
    dada ku ini bagai di goncang
    bila cendol di sebut-sebut !

    p.s. bawa berpantun.. hilanglah demam tu nanti !

    ReplyDelete
  12. salam pkcik
    hari ni tiada jiwa mahu berpantun
    huhuhu

    ReplyDelete
  13. jane
    kalau nak beritahu tak ada jiwa nak berpantun pun kena dalam bentuk pantun. contoh

    tiada peria gulai mentimun
    tiada jiwa untuk berpantun.

    xpe .. dapatkan jiwa tu kembali.

    ReplyDelete
  14. Peluh dahiku mencipta syair
    Idea di kepala beku dan kaku
    Buek apolah nak dikerat air
    Orang gilo jo kojanya gitu

    ReplyDelete
  15. Nida

    Idea di kepala beku dan kaku
    Puas di cuba tidak kemana
    Pepatah itu pepatah dulu
    Saya cuma bercakap saja.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !