Tuesday, July 5, 2011

PANDUAN RINGKAS CARA-CARA MENGARANG PANTUN.



Utusan Malaysia 9 Mac 2011

Saya terpanggil untuk membuat entri ini selepas membaca keratan akhbar di atas. Saya berasa amat bangga bila peserta-peserta dari luar negara menyelitkan pantun dalam pidato mereka.

Entri ini di buat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sahaja dan bukanlah tulisan yang ilmiah. Kalau ada kekurangan harap maafkan dan silalah beri komen yang membina. Saya juga sedar tidak ramai orang berminat untuk membacanya. Tak mengapalah.

Setiap pantun samada ia pantun dua kerat, empat kerat atau enam kerat, mesti ada pembayang dan maksud. Untuk lebih jelas, perhatikan contoh pantun berikut:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun tersebut adalah pantun empat kerat. Rangkap pertama dan kedua pantun tersebut iaitu "kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi" adalah pembayang. Maksudnya pula adalah "kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi".

Pembayang adalah klu (clue) ke atas maksud yang ingin disampaikan. Sesuai dengan istilahnya, pendengar yang arif sudah boleh meneka maksud sesuatu pantun hanya dengan mendengar pembayangnya sahaja. Oleh hal yang demikian, pembayang yang baik haruslah boleh memberi bayangan kepada maksud yang ingin disampaikan, bukannya memberi gambaran yang salah.

Kalau maksud pantunnya sedih, pembayangnya pun harus sedih. Kalau maksudnya negatif, pembayangnya juga harus negatif, dan begitulah seterusnya. Lihat sahaja pembayang pantun di atas. "Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi" memberi erti bahawa kita hanya boleh berjumpa kalau umur kita sama-sama panjang. Kalau dah meninggal, mana dapat berjumpa lagi.

Begitulah keadaannya dengan sumur (perigi). Kalau masih ada lagi sumur tersebut, maka bolehlah kita menumpang mandi. Kalau sumur tersebut sudah tidak ada lagi, maka tidak dapatlah kita hendak menumpang mandi lagi.

Alangkah cantiknya pembayang pantun tersebut yang dicipta oleh nenek moyang kita dahulu yang walaupun mungkin tidak bersekolah tinggi atau mungkin juga tidak bersekolah langsung, tetapi mempunyai ketajaman dan kebijaksanaan dalam menggubah pembayang yang begitu berseni, berkesan dan bermakna.

Cuba pula kita lihat pembayang yang saya rasa tak berapa cantik. Ia telah digubah oleh orang sekarang yang kalau tidak silap saya, pernah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid sedikit masa dulu:

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walapun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

Nampak tak maksud pantun dengan pembayangnya yang macam bertentangan. Pembayangnya membayangkan perkara yang elok-elok iaitu menceritakan tentang sepohon kayu yang mempunyai daun yang rimbun serta bunga dan buah yang lebat. Manakala maksudnya pula bertentangan iaitu mencela orang yang tidak sembahyang iaitu mereka yang mempunyai sifat yang tidak elok walaupun dikurniakan nikmat umur yang panjang.

Seterusnya saya akan bincangkan pantun dari aspek penyusunan rima pula. Berbanding dengan mencipta pembayang, menyusun rima adalah agak mudah sedikit.

Lihat contoh pantun yang mempunyai rima yang baik.


Rangkap 1. Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Rangkap 2. Gunung Daik Bercabang Tiga
Rangkap 3. Hancur Badan Di Kandung Tanah
Rangkap 4. Budi Yang Baik Di Pandang Juga.


Tumpukan kepada perkataan-perkataan yang diwarnakan.


Perkataan berwarna di rangkap 1 sama bunyinya dengan perkataan berwarna di rangkap 3. Pandan dengan Badan, Tengah dengan Tanah. Begitu juga perkataan yang berwarna  di rangkap 2 dengan rankap 4, Daik denga Baik dan Tiga dengan Juga.

Lihat pula contoh rima yang tak cantik.

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walapun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.


Bukankah jauh lari bunyi perkataan kayu dengan hidup dan bunganya dengan sembahyang !

Begitulah sedikit sebanyak apa yang saya tahu mengenainya menggubah pantun.



Lepas ni bolehlah masuk pertandingan berbalas pantun kat sini !

.

39 comments:

  1. dulu pandai juga berpantun. lama2 akibat tak berpantun, dah hilang pembayang

    ReplyDelete
  2. Bagus info Uncle nih...
    Selama ni yun ingtkan bunyi ujungnye je kena sama... upenye perkataan awal pun lebih cantik kalau sama bunyinya yer..pembayang pun men blasah je slama ni...xde kena mengena ngn maksud pantun pun..hakhak..adeh la..

    ReplyDelete
  3. Saya selalunya gagal dalam bab nak mencantikkan pantun. Selalunya bagi sama rima di hujung saja, kat tengah2 susah betul nak samakan pembayang dengan maksud.

    ReplyDelete
  4. entry yg sgt berguna kepada saya.... peace wo....

    ReplyDelete
  5. freaky

    hilang pembayang tak apa lagi .. jangan sampai hilang bayang ! hehe

    ReplyDelete
  6. cik shinju

    harap2 info ini berguna .. kalau nak cepat kadang2 tu uncle pun main ambil hujung sama je ! apalagi nak fikirkan tentang pembayang .. bila nak siap pantun.

    ReplyDelete
  7. dinas aldi

    memang susah nak bagi cantik .. macam buat kueh akok juga .. nak buat, senang, tapi nak bagi sedap, susah.

    ReplyDelete
  8. sayangsayangibu

    kat pakngah tak minta ke ?

    ReplyDelete
  9. normaliza mah

    sekurang2 ada juga orang yang menghargainya. syabas orang muda !

    ReplyDelete
  10. Saya ada beberapa kali menghadiri Bengkel Pantun dan Puisi di DBP - itupun kerana saya mengambil bahagian dalam pertandingan pantun antara Kementerian. :)

    ReplyDelete
  11. kakcik

    untunglah kakcik dapat hadiri bengkel. saya tak pernah merasa.

    apa pandangan kakcik tentang tulisan saya ini ? ada yang salah tak ? kalau salah tolonglah betulkan. tolonglah komen sikit supaya tenang jiwa ini. chewah !

    ReplyDelete
  12. Kanda AL...

    siapalah saya hendak memberi pandangan. Saya sendiri pun belajar melalui pengalaman. Apa yang Kanda tuliskan itu sudah agak memadai rasanya. :)

    ReplyDelete
  13. Saya suka juga berpantun ni Tuan..tp tu la...hujung jer selalu sama...byk yg perlu dipelajari...

    ReplyDelete
  14. kakcik

    memadai pun sudah mencukupi sebagai panduan umum. spt saya katakan, ini bukan penulisan ilmiah .. hanya sekadar berkongsi sikit sebanyak yang saya tahu.

    ReplyDelete
  15. eye_nee

    secara asasnya begitulah .. dalam masa yang singkat memang susah hendak cari rima yang saya maksudkan. lebih2 lagi kalau kita jawab pantun menggunakan pembayang si penjual .. dapat hujung sama pun sudah memadai.

    ReplyDelete
  16. Tia suka pantun ..
    tapi , Tia tak reti sangat .. hehe :)

    ReplyDelete
  17. selalunya saya main redah je apa yang sempat
    kalau nak susunan sempurna memang kena ambil masa

    ReplyDelete
  18. ini kisah tia

    suka itu adalah permulaan kepada usaha untuk mengetahui.

    ReplyDelete
  19. tehr

    saya juga kadang2 begitu kalau kesuntukan masa .. asalkan bunyi hujungnya sama !

    ReplyDelete
  20. Salam, bolehkah kita karang pantun dalam beberapa rangkap tetapi berlainan temanya. contohnya, utk rangkap pertama berkaitan dengan ilmu seterusnya pada rangkap yang kedua pula tentang budi bahasa..minta penjelasan. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya kita tidak ada salahnya asalkan kita menjaga rima di samping menitik beratkan pemilihan pembayangnya.

      Delete
    2. panjat ramai-ramai turun asing asing,,macam mana kita nak tahu klu dan maksud nya,,tak berapa faham pantun ke apa

      Delete
    3. ini macam peribahasa .. bila nak naik (kejayaan) ramai yang nak sama, bila turun (gagal) tanggunglah sendiri.

      Delete
    4. Saya haraplah lepas ni saya takkan buat silap lagi dalam membalas pantun

      Delete
  21. dulu saya pun karang pantun asal sama hujung je...tp bila dengar pantun2 dlm lagu2 lama, rasa sedap je...pantun saya tak best...lepas tu saya buat kajian sendiri..cari apa yang sedap dlm pantun lama dan apa yg salah dgn pantun ciptaan saya...akhirnya saya dpt kesan...hasilnya sama dgn yg saudara tulis di sini...berkaitan dgn penyusunan rimanya. Saya pun cuba karang pantun2 saya dgn cara tersebut. Sejak itu saya selalu hantar pantun2 saya ke FB dan sering juga saya diminta utk mencipta pantun utk ucapan pengerusi majlis2...alhamdulillah, pantun saya mendapat respon positif dr khalayak.... Tp saya tak pernah bertanya sesiapa betul atau tidak hasil kajian saya itu...hari ini saya dah boleh lega dgn sedikit panduan dari saudara tu...dan paling menggembirakan saya hari ini ada seseorang yg agak terkenal dlm bidang seni tanah air meminta saya mencipta pantun untuk sebuah majalah tempatan...insyaallah saya akan cuba buat yg terbaik utk beliau dan diri saya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca entri lama saya ini .. tahniah atas usaha dan kejayaan anda. teruskan berpantun untuk menyubur dan memartabatkan pusaka nenek moyng kita.

      Delete
  22. wah cantik nya uncle membuat pantun..... saya x sangka bahawa pantun ini sangat bermakna bagy org dulu2...............saya rasa terharu dgr pantun yg ditulis di atas......ooohh rupa-rupanya ayat yg tgh pon kena bagy sama ke uncle

    ReplyDelete
  23. Saya ni plajar jurusan bhs melayu kat thailand bagaimana nak tau cara yg lebih mudah lagi utk mengarang pantun sbb sy tidak dapat mengarang langsung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara yang paling mudah atau cepat ialah memastikan rimanya 'ABAB'. Maksudnya dalam pantun 4 kerat, baris 1 dan 3. hujung sama bunyi dan baris ke 2 dan 4 pun begitu. Contoh:

      1. Buah cempedak di luar pagar,
      2. Ambil galah tolong jolokkan;
      3. Saya budak baru belajar,
      4. Kalau salah tolong tunjukkan.

      Lihat 'pagar' dan 'ajar' sama bunyi dihujungnya dan begitu juga 'jolokkan' dan 'tunjukkan', punya bunyi hujung yang sama.

      Delete
  24. Duduk di bawah pohon pauh,
    Harum sungguh bunga melati,
    Apa nak kenang orang yang jauh,
    Orang yang dekat sudah menanti...

    ReplyDelete
  25. Duduk di bawah pohon pauh,
    Harum sungguh bunga melati,
    Apa nak kenang orang yang jauh,
    Orang yang dekat sudah menanti...

    ReplyDelete
  26. Rima akhir tak bincang sekali kah bang.

    ReplyDelete
  27. Ditengah kota menanam kandis,
    Kandis ditanam bersama selasih
    Jadilah kita umpama manggis,
    Diluar hitam didalam bersih

    ReplyDelete
  28. terima kasih atas perkongsian ini.
    banyak ilmu yang saya dapat. cuma nak dapatkan rima di tengah tu saya rasa agak susah.

    ReplyDelete
  29. Boleh tak saya nak ayat contohnya pergi kedai membeli kelapa assalamualaikum klu nk jawab mcm mne ye

    ReplyDelete
  30. Terima kasih ye..memang dapt menolong saya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !