Thursday, June 23, 2011

AWAK 14




Awak ...
Kita datang ni !
Kenapa tunduk muka
Angkatlah dagu mu
Kenapa pejam mata
Tak acilah buat kita macam tu
Kita tahu awak rindu
Kita pun begitu.

Awak ...
Kita datang ni !!
Tak acilah buat kita macam ni
Pandanglah kat kita
Cakaplah dengan kita
Kita rindu nak dengar suara
Cakaplah apa sahaja
Tentang karang di laut
Atau ikan di paya
Kita janji akan dengar dengan setia.

Awak !!!

Kalau tak nak angkat muka
Tak nak cakap dengan kita
Saja-saja nak tunjuk keras kepala
Ingat kita akan pergi begitu saja
Awak silap ... kita bukan orangnya.

Awak belum tahu ...
Kita pun kepala batu.



.

16 comments:

  1. Kita suka ada catatan terbaru di sini. :)

    ReplyDelete
  2. kakcik

    saya tahu kakcik suka .. kita pun suka bermain di sini.

    tetapi 2-3 minggu yang lalu saya agak sibuk dari biasa.

    ReplyDelete
  3. awak
    macamana kita tak tertunduk malu
    awak datang dan pergi sesuka hati
    awak datang bila teringgat pada kita
    awak tenung wajah kita
    awak tilik satu persatu
    isss....malu malu kucinglah kita
    tp tak apa awak
    awak kan tuan kita
    awak buatlah ikut suka
    sempat datang rumah kita
    adalah nanti tetamu yang menjelma
    adalah nanti tetamu yang bersuara
    kalau tidak
    kita sunyi awak
    kesian...
    kita.

    ReplyDelete
  4. awak
    dah lama kita tunggu
    tapi sibuk benor la awak tu
    tak ada pun awak sua muka
    mentang-mentang sini kasih kedua
    akhirnya muncul jugak di sini
    setelah pokok dah hampir nak mati
    bolehlah dari lupa terus
    semoga lepas ni takkan terus bungkus

    tak cukup 14 la pulak, kihkihkih

    ReplyDelete
  5. Awak...
    Kita selalu datang tapi takder orang
    Awak sibuk ya!

    ReplyDelete
  6. kita selalu datang gak..
    Tapi tak reti nak menyampuk..
    kita baca aje lah..kihkih

    ReplyDelete
  7. sayangsayangibu

    alaaaa .. kesiannya.
    nanti kita cuba jenguk selalu-selalu ye !

    ReplyDelete
  8. dinas aldi

    awak
    tak bermaksud nak pilih kasih
    cuma kita tak cukup tarikh.

    tak cukup 14 tu apa maksudnya ?

    ReplyDelete
  9. ust abd razak

    memang kita tahu siapa selalu datang .. tapi untuk mengisi blog ini, masa dan idea kita selalu kurang.

    ReplyDelete
  10. cik shinju

    awak masih lagi malu-malu
    menyampuklah tanpa ragu-ragu
    tulislah apa yang terbuku di qalbu !

    ReplyDelete
  11. ingat nak buat 14 baris tapi idea setakat tu saja :D

    ReplyDelete
  12. dinas aldi

    tentu nombor 14 itu ada yg istimewanya !

    ReplyDelete
  13. awak,

    awak kan tahu. batu yg keras, kalau dititiskan air, lama2 akan melekuk juga.


    .
    .
    .

    kita tak takut dgn kepala batu awak laaa. kita akan jadi air tu :P

    ReplyDelete
  14. kts

    awak jadilah kepala air .. cepat sikit lekuknya !

    ReplyDelete
  15. Kita tunduk bukan sebab apa. Malu dah lama tak jumpa Awak.

    Kita dah pindah!

    ReplyDelete
  16. insan marhaen

    patutlah lama tak menjengah .. rupanya dah pindah rumah baru !

    tak buat kenduri doa selamat ke masuk rumah baru ?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !