Showing posts with label tak acilah. Show all posts
Showing posts with label tak acilah. Show all posts

Thursday, December 7, 2017

AWAK - 21.

awak !!!

kita tidak pandai untuk bercerita tentang perasaan di dada,
rasa teringat yang teramat sangat kat awak pada saban masa,
dalam jaga dalam lena wajah awak sentiasa menerpa,
lalu kita tatap wajah awak pada potret yang ada,
namun rindu ini bukanya reda tapi tambah menggila.

Itu saja kita nak kata.

 

Saturday, July 11, 2015

AWAK - 20.

Wahai awak yang bernama kawan !

sebenarnya sudah agak lama kita perhatikan,
awak sangat taksub dengan satu orang kenamaan,
awak mahu apa yang awak tulis mengenai dirinya mesti diberi sokongan,
kalau ada sesiapa yang buat bangkangan, awak pasti akan meroyan,
padahal dia hanya seorang insan yang tak sunyi dari kesalahan.

dah lama kita meluat dengan awak punya kelakuan,
jujur cakap memang kita langsung tidak berkenan,
kita nak buat teguran tapi belum kesampaian,
terpaksa kita simpan sambil menahan perasaan,
semata-mata untuk elak perbalahan dan kehilangan kawan.

hari ini baru ada keberanian dan kesempatan untuk meluahkan,
 jadinya kalau kita tak lagi beri komen kepada apa yang awak tuliskan,
itu bukan bermakna kita telah beri persetujuan,
tapi sebenarnya kita malas nak layan takut awak naik sawan.

Sekian.

~

Sunday, May 19, 2013

AWAK 19.


awak !

bukan kita tak suka kat awak,
bukan kita tak nak kawan dengan awak,
tapi pilihan kita tidak banyak,
samada dia atau awak.

awak !

kita terpaksa pilih dia dari awak,
walaupun kita tahu dia tu bukanlah baik sangat,
tapi kita dah lama kawan dengan dia,
walaupun kadang-kadang dia jahat,
namun  kita tahu  dia memang boleh diharap,
lagi pun mana ada manusia yang sempurna.
  
awak !
awak tak bolehlah kecik hati dengan kita,
dan tak ada sebab pun awak nak kecik hati dengan kita,
bukannya kita tak percaya dengan janji awak,
tapi cuma kita tak selesa dengan perangai awak,
suka sangat mengata-ngata di belakang dia,
dahlah tu awak suka sangat memaksa-maksa,
awak pun bukannya tak tahu,
sayang mana boleh dipaksa-paksa.


Wednesday, April 24, 2013

AWAK 18.

 
 
awak !

selama ini kita serasi bersama,
ke mana-mana sahaja kita pasti berdua,
ke timur ke barat selatan atau utara,
awak kata apa pun terjadi awak tetap dengan kita,
mendengarnya hati kita senang tidak terkira,
serasa dunia ini kita yang punya.

awak !!

kenapa  pulak tiba-tiba perasaan awak bertukar benci,
apa yang kita buat atau kata semuanya tidak bererti,
macamlah tak ada apa yang baik pada kita selama ini,
kemanakah janji awak dulu yang ingin sehidup semati ?
takkanlah kerana hanya kita berlainan parti,
sanggup awak buat kita cenggini.

Wednesday, November 21, 2012

AWAK 17.


awak !

mata kita tercari-cari awak di celah-celah orang ramai,

walaupun kita sudah tahu awak tidak mungkin akan sampai,
alangkah gembiranya kita kalau awak ada bersama,
walaupun hanya sedikit masa cukuplah sekadar bertentang mata. 

awak !

entah kenapa kita merasa sunyi dalam sorak-sorai ini,

kita macam keseorangan di antara orang banyak ini,
kita rasa macam ada yang kurang dalam limpah ruah ini,
kita rasa macam kelam dalam kemilau cahaya ini.

awak !


tak acilah awak buat kita cenggini.



.

Monday, September 10, 2012

AWAK - 16.

Memang kita kenal awak belum lama
tapi kita rasa awak dengan kita satu kepala
kadang-kadang kita rasa macam nak tergelak
dengan lurus bendul awak
walaupun awak gemar berborak
kita tidak pernah jelak
walaupun cerita awak, itu itu jugak.

Awak tahu tak kadang-kadang
awak tu sebenarnya cakap sorang-sorang
sebab kita hanya buat-buat macam mendengar
tapi fikiran kita sebenarnya entah ke mana berlegar.

Kita tak tahu apa perasaan awak kat kita
tapi terus terang kita cakap yang kita belum rasa apa-apa
kita pun khuatir kalau-kalau kita  tersuka kat awak
kita bimbang rasa itu kemudian nanti, tidak mampu kita tolak.

Kita tahu satu masa awak pasti akan tinggalkan kita
dan masa itu kini telah pun tiba
kita tahu awak  pergi dengan terpaksa
tapi kita tak upaya nak buat apa-apa
nak halang pun bukannya kita ada kuasa
apa-apa pun kita lega awak tinggalkan kita sekarang
sebelum rasa itu datang dan bersarang.

Namun begitu di dalam hati kita ada juga terasa
awak pergi tanpa beritahu apa yang awak rasa kat kita
sebab kengkadang kita rasa macam awak suka
dan kengkadang macam bena tak bena kat kita.

Tak acilah awak pergi cenggini
tanpa menzahirkan rasa hati
dan kita akan terus berteka teki.

 * ini adalah cereka semata-mata .. anggaplah ia macam novel yang bukan berdasarkan kisah benar.

Saturday, July 14, 2012

AWAK - 15.




awak !!!
kita sudah malas hendak berkata-kata lagi
sebab awak sering salah erti
kita kata kanan
awak ingat kiri
kita kata sana
awak ingat sini.




Thursday, June 23, 2011

AWAK 14




Awak ...
Kita datang ni !
Kenapa tunduk muka
Angkatlah dagu mu
Kenapa pejam mata
Tak acilah buat kita macam tu
Kita tahu awak rindu
Kita pun begitu.

Awak ...
Kita datang ni !!
Tak acilah buat kita macam ni
Pandanglah kat kita
Cakaplah dengan kita
Kita rindu nak dengar suara
Cakaplah apa sahaja
Tentang karang di laut
Atau ikan di paya
Kita janji akan dengar dengan setia.

Awak !!!

Kalau tak nak angkat muka
Tak nak cakap dengan kita
Saja-saja nak tunjuk keras kepala
Ingat kita akan pergi begitu saja
Awak silap ... kita bukan orangnya.

Awak belum tahu ...
Kita pun kepala batu.



.

Tuesday, February 15, 2011

AWAK - 13

khas buat ..

ikan emas,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi,
ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,


dan amnya buat ..

peminat2 gelap blog ini.


awak ...
sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
tapi sudahnya kita mengaku kalah
kerana meninggalkan awak bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.

awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.

tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
semasa masih lagi berada.

.

Sunday, February 13, 2011

AWAK 12


awak
kita sebenarnya sudah tidak berdaya
hendak beritahu macam mana lagi
perasaan kita ini
kalau kita kata ke sana
awak pujuk ke sini
bila kita kata ke kanan
awak tarik ke kiri.

pandai sungguh awak mengilas hujah
hingga kita ketandusan kalimah

awak

maafkanlah kita
kerana sampai disini sahaja
dapat kita bersama
kita dah tak larat lagi nak bertikam lidah
kita tahu berbalah dengan awak takkan sudah
baik kita belah
sebelum cedera di hati ini bertambah parah.

awak
kita pergi dulu ya!

awak dengar tak?



.

Sunday, January 30, 2011

AWAK 11

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdn41xHRuoz-1WeTy049HI977jlKwFlHWoLkJr9ghXO9BpqRzlXhyhBk-ubgUDSgDdHpdOESjYOHVz3JnPvSA5WaktXbfF7IwjzAkmpdluwf3vZvsxJ_QAKL4YcNtOzjed2Q63ogJlBZg/s1600/love-hate.jpg


Kalau memang awak dah tak suka
Kita pun tak tahu nak buat macam mana
Takkan kita nak cekik awak pula
Nanti lagi huru hara
Tak fasal-fasal kita masuk penjara.

Kalau memang awak dah tak ndak
Kita pun kalau boleh nak cuba elak
Dari selalu terserempak
Nanti orang kata kita ni gila talak
Lagi hati kita bengkak.

Kalau memang awak dah tak sayang
Buat apa kita nak gila bayang
Kita pun tak ada masalah nak hidup sorang-sorang
Nak ke mana-mana kita bebas terbang
Walau pun sunyinya hati bukan kepalang
Kita kena terimalah hakikat itu dengan berdada lapang.

Kalau memang awak dah tak sudi
Kita pun tak nak menyorong-nyorong pipi
Nanti  awak lagi benci
Kita pun ada harga diri
Dalam pada itu kita cuba-cuba juga menguji
Entah-entah masih ada sekelumit sayang dihati.

Akan tetapi ...
Takkanlah awak nak buat kita terus-terusan begini
Apa dah jadi?
Apa nak jadi?

Tak acilah awak buat kita macam ni!

.

Sunday, December 19, 2010

AWAK 10

awak ...
kita sudah tidak tahu bagaimana lagi
hendak memujuk hati ini
supaya jangan teringat kepada awak lagi
namun hati bukan boleh dikunci
ingatan pada awak sentiasa mencuri-curi
datang dan pergi.

awak ...
kita sebenarnya tidak gembira
bila ingatan pada awak selalu menerjah tiba
sia-sia saja kita bina benteng menahan rasa
apa saja kerja kita, jadi caca marba
tidur tak basah, makan tak lena

hingga akhirnya kita pasrah bahawa perasaan ini
akan kekal begini
higga ke akhir usia kita nanti.

awak ...
memang benarlah kata pujangga
cinta pertama memang beginilah padahnya.

Layannnnn !



awak = blog.


.

Monday, April 12, 2010

AWAK 9

Bounce


Awak tau tak
hari ni kita sangat suka
tak sangka rupa-rupanya ada juga
sorang dua yang kisah kat kita
kita senyum-senyum
sampai tepi telinga
hingga makan tengahari pun boleh lupa
langsung tak rasa lapar dan dahaga.

lalalala ...

harap-harap kisah awak kat kita
biarlah sampai bila-bila
(maklumlah sekarang ni zaman mee segera)
kalau tidak sia-sialah kita
sampai tengah malam bersengkang mata
memerah keringat mencari idea ( ia ke ?)
untuk buat persembahan terbaik untuk semua
harap-harap awak terhiburlah hendaknya.
terima kasih banyak-banyak awak ya !


Saturday, April 10, 2010

AWAK 8



awak ...
kenapa berbicara begitu?
bukankah daerah ini awak yang meneroka dahulu?
kita hanya mengintai di balik pintu.

kalau ada yang patut pergi
kitalah yang gatal-gatal menyorong pipi
bukannya awak yang sudah berakar tunjang
tidak seperti kita hanya melukut di tepi gantang
datang kita tiada yang mengundang
pergi kita tiada yang akan memandang.

Monday, March 29, 2010

AWAK 7

tak acilah
kita buat awak macam ni
memegang kemas
sampai awak susah nak bernafas
macamlah awak tu milik kita mutlak
tak hairan lah kalau nanti awak naik jelak.

tak acilah
kita buat awak macam ni
langsung tak bagi awak tengok kanan kiri
kalau boleh
kita nak awak tengok kita saja sepanjang hari
macam lah awak tu tak perlu cari rezeki
ishhh ... mana aci !

kita pun tak tahu
kenapa kita jadi macam ni
mungkin kita dah serik
tak mahu terlepas lagi.

tapi kita lupa satu perkara ini
bahawasanya sayang tak boleh dijual beli !!!

Tuesday, March 23, 2010

AWAK 6

tak acilah
awak biarkan kita sorang-sorang
macam pokok sebatang
di tengah-tengah padang
tiada kawan untuk bersembang.


kalau angin datang
kita mudah goyang

kalau ribut datang
kita mungkin tumbang.


awak !
kita juga rasa bimbang
dirasuk jembalang

atau diganggu orang seberang.

ke mana awak pergi bergelandang?
tinggalkan kita terkontang-kontang.

tak acilah awak buat kita macam ni!

Tuesday, December 29, 2009

AWAK 5

awak!
terima kasihlah kerana sudi datang bertandang
di kala hati kita tengah rembang
tapi awak janganlah pukul itu tabla terlalu kencang

kita bukan lagi bujang trang tang tang
tengok tari kita pun dah lintang pukang
hidung kita pun dah naik kembang
kena tarik nafas panjang-panjang
awak pun bukan tak tahu kita ni kan sakit pinggang
awak juga yang susah nanti kalau kita jatuh golek gelantang!

awak !
bila awak selalu datang jenguk kita
kita senyum sampai ke pangkal telinga
terima kasih lah sudi datang bermain-main di taman kita
tak sangka dalam brutal kesantunan rupanya awak pandai berjenaka
dan awak juga sebenarnya sangat perasa
pandai menelah dan membaca gejolak rasa
walau awak tak dengar pun suara kita.

lain kali senang-senang singgahlah ya !!!

Tuesday, November 3, 2009

AWAK - 4

kenapa malu-malu
intai celah pintu
bukan kita tak tahu
awak ada kat situ.

kenapa malu-malu
hendak terus terang
bukan kita tak tahu
awak masih sayang.

kenapa malu-malu
luah rasa hati
bukan kita tak tahu
awak tercari-cari.

kenapa malu-malu
untuk kata suka
bukan kita tak tahu
awak renung kita.

tak acilah macam tu
buat malu-malu
bukan kita tak tahu
awak tu dulu-dulu
muka tak malu !!! (gurau jer !)


Friday, October 30, 2009

AWAK - 3

dulu awak yang mendorong kita ke gelanggang
minta kita berdendang
dan kita pun berdendang
tetapi mengapa awak menghilang
tinggalkan kita berdendang sorang-sorang
macam kera sumbang.

dulu awak yang suruh kita melonjak
konon hendak mengubat hati awak yang sebak
sangka kita awak akan menimang
kita pun melonjak dengan girang
tapi awak tak pun pegang
lalu kita jatuh golek-gelantang ...

dan awak hanya memandang.

tak acilah awak buat kita macam ni!

Wednesday, September 2, 2009

AWAK - 2

awak !
jika berjumpa awak dahulu satu kesilapan ...
biarlah
aku tak ingin di betulkan.

awak !
jika kelak timbul perasaan sayang
akan meresahkan...
biarlah
aku sudah jemu dengan kedamaian.

awak !
jika kelak sayang membenih rindu
akan menjadi gangguan ...
biarlah
aku sudah letih keseorangan.

awak !
jika takdirnya hanya aku yang bertepuk sebelah tangan ...
biarlah
aku tidak akan di timpa perasaan
kerana aku sudah lama punya teman
bernama ... al - Rahim dan al - Rahman.