Kalau memang awak dah tak suka
Kita pun tak tahu nak buat macam mana
Takkan kita nak cekik awak pula
Nanti lagi huru hara
Tak fasal-fasal kita masuk penjara.
Kalau memang awak dah tak ndak
Kita pun kalau boleh nak cuba elak
Dari selalu terserempak
Nanti orang kata kita ni gila talak
Lagi hati kita bengkak.
Kalau memang awak dah tak sayang
Buat apa kita nak gila bayang
Kita pun tak ada masalah nak hidup sorang-sorang
Nak ke mana-mana kita bebas terbang
Walau pun sunyinya hati bukan kepalang
Kita kena terimalah hakikat itu dengan berdada lapang.
Kalau memang awak dah tak sudi
Kita pun tak nak menyorong-nyorong pipi
Nanti awak lagi benci
Kita pun ada harga diri
Dalam pada itu kita cuba-cuba juga menguji
Entah-entah masih ada sekelumit sayang dihati.
Akan tetapi ...
Takkanlah awak nak buat kita terus-terusan begini
Apa dah jadi?
Apa nak jadi?
Tak acilah awak buat kita macam ni!
Kita pun tak tahu nak buat macam mana
Takkan kita nak cekik awak pula
Nanti lagi huru hara
Tak fasal-fasal kita masuk penjara.
Kalau memang awak dah tak ndak
Kita pun kalau boleh nak cuba elak
Dari selalu terserempak
Nanti orang kata kita ni gila talak
Lagi hati kita bengkak.
Kalau memang awak dah tak sayang
Buat apa kita nak gila bayang
Kita pun tak ada masalah nak hidup sorang-sorang
Nak ke mana-mana kita bebas terbang
Walau pun sunyinya hati bukan kepalang
Kita kena terimalah hakikat itu dengan berdada lapang.
Kalau memang awak dah tak sudi
Kita pun tak nak menyorong-nyorong pipi
Nanti awak lagi benci
Kita pun ada harga diri
Dalam pada itu kita cuba-cuba juga menguji
Entah-entah masih ada sekelumit sayang dihati.
Akan tetapi ...
Takkanlah awak nak buat kita terus-terusan begini
Apa dah jadi?
Apa nak jadi?
Tak acilah awak buat kita macam ni!
.
Awak...
ReplyDeletekita suka puisi awak ini
walaupun tiada apa-apa maksud tersirat di hati
tapi kita baca berulangkali
terasa macam seseorang sedang awak uji...
kakcik
ReplyDeletesaya cuma melayan imaginasi
menafsir dan menterjemah apa yang diperhati dan dirasai
tetapi langsung tiada kaitan dengan masalah peribadi
hanya meluah apa yang tersentuh di hati dalam kehidupan fantasi bukan realiti.
pinggan tak retak nasi tak dingin,
ReplyDeleteorang tak hendak aku pun tak ingin.
ni puisi balas dari seorang kawan:
ReplyDeletehek eleh awak apasal lah 'down' mcm ni
entah - entah minah tu busy
tapi awak cerita pasal mamat ke saya pun tak pasti
apa2 hal pun relak je bro, coolkan diri
lebih baik awak turun Shah Alam kejap lagi
saya plan nak masak chicken curry
maybe akan ada macam - macam lagi
sebab mood nak masak hari ni menjadi2
aisey saya tak tahu macam mana pulak nak berhenti
susah betul tulis puisi
OKlah saya stop disini
heheheeee :D
alalalalala...
ReplyDeletekita bukan tak ndak, kita bukan tak suka,
kita bukan tak sudi, kita tak juga membenci,
tapi...
tapi...
kita nak uji diri sendiri. apa rasanya kalau kita buat awak macam ni...
oh.. menyeksa diri
hihihi :D
Awak ..
ReplyDeleteorang tak suka tak apa
kita kan ada
alaa... awak nie ada2 sahaja
buat hati kita tak sedap rasa ..
Selalu terjumpa hati bengkak
tak pasal2 perut pun naik senak
syhhh.. duduk diamlah awak
biar dia yg cari mencanak-canak
siang malam asyik terbayang
macam orang terbangun kesiangan
alaaaa...dia konon tak sayang
padahal dalam hati berbunga riang
Pastu cuba intai-intai
dibalik tabir cermin diri
mahu menegur rasa serkap dihati
ehh, awak nak kawan kita lagi ?
Akan tetapi ...
dia ada tidak sembunyi diri
Tidak pernah terjadi
Tidak ada yang menjadi
awak tanya aci ?
ayoyo ..dia sudah balik negeri !
Tuan Haji...
ReplyDeleteRealitinya saya tak reti nak tulis apa di sini,
Hanya sekadar memuaskan hati..
Membacanya hingga ke hujung sekali..
Memahaminya dengan tenang muhasabah diri..
insan marhaen
ReplyDeletepinggan tak retak
nasi tak dingin
kalau awak tak hendak
dia cari yang lain.
finaz
ReplyDeleteterbaik dari awak !
saya tergelak dan senyum meleret seharian.
itu sebab saya tak pergi Shah Alam
takut orang kata saya tak siuman.
apa-apa pun terima kasih membuat undangan
tengoklah nanti kalau rezeki lepas musim hujan.
kts
ReplyDeletesampai hati awak buat saya macam bayi tabung uji
orang tua kata ada batas ada ubi.
linda
ReplyDeletemembuka kotak komen saya terharu atas kunjungan awak
saya terhibur dan ketawa bila awak melawak
terutamanya ayat "biar dia yang cari mencanak-canak"
patutlah itu aci sudah balik negeri
ada orang mencanak-canak cari dia sambil berlari.
ust abd razak
ReplyDeleteini adalah entri hari cuti
cuba mengasah kreativiti sambil berpuisi
tapi puisi saya puisi orang x reti
jadilah dia caca marba semacam ini
tapi nampaknya ramai juga yang mengerti dan cuba memahami
termasuk ust orang yang sangat bistari.
..terbaeeekkk..saya pun tumpang senyummm..tp saya langsung x pandai berpuisi, chuma tumpang bacha jerrr buleeh..
ReplyDeletekhai
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca entri lama saya .. blog ini bukan untuk orang yang pandai berpuisi. namanya pun puisi orang tak reti .. belasah jer apa yang terasa di hati.