Wednesday, January 5, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 7.




naik feri ke pulau langkawi
membeli pinggan tidak berdulang
semakin hari semakin sunyi
ke mana gerangan tuan menghilang ?


.

31 comments:

  1. membeli pinggan tidak berdulang
    untuk hadiah di majlis tuan
    ke mana gerangan tuan menghilang
    merajuk kah hati dengan gurauan?

    ReplyDelete
  2. naik feri ke Pulau Angsa
    jangan pula salah tujunya
    saya di sini ada sentiasa
    mungkin yang lain sibuk adanya...

    ReplyDelete
  3. Bukan mendulang bukan menampi
    Emas tiada padi pun hampa
    Bukan menghilang bukan menyepi
    Idea tiada, ayat tak jumpa...

    ReplyDelete
  4. bersiap-siap ke pulau langkawi
    sampan dipandu suami isteri
    siapa yang hilang siapa yang menyepi
    sampai tuan merindu begini ?

    ReplyDelete
  5. Pulau Langkawi Pulau Lagenda
    Tempat Lahir Wanita Teraniaya
    Siapakah Gerangan Punya Angkara
    Membuat Tuan Gundah Gulana

    Tinta Tuan Pusaka Berzaman
    Biar Yang Muda Ambil Perhatian
    Mereka Tak Bertandang Ada Alasan
    Mungkin Masa Tidak Mengizinkan

    ReplyDelete
  6. gadisbunga

    ada petola ada keledek
    org tanya dia, dia tanya kita balik.

    ReplyDelete
  7. kakcik

    buah labu sudah ditebuk
    buah timun dimasak kari
    saya tahu orang pun sibuk
    saja bepantun menghibur hati.

    ReplyDelete
  8. rka

    anak helang di dalam taman
    anak rusa di pinggir kali
    ingatkan hilang lupakan teman
    baharulah senang rasa di hati.

    ReplyDelete
  9. ikan emas

    kalau menyemai si benih padi
    jauhi enggang tidak bersarang
    selalu ramai bermain di sini
    tetiba lengang tidak berorang.

    ReplyDelete
  10. eye_nee

    pergi ke huma di waktu senja
    jumpa seladang sedang berkubang
    saya cuma menguji rasa
    adakah orang sudi bertandang.

    ReplyDelete
  11. magrib

    terima kasih kerana suka dan sudi follow. ia beri semangat kepada saya untuk meneruskannya.

    ReplyDelete
  12. Jalan kaki ke Tanjung Bunga
    Singgah di pekan beli kelapa
    Ada di sini, tak ke mana
    Kelam kabut sikit tak sempat baca

    :D

    ReplyDelete
  13. dinas aldi

    pohon selasih bercabang-cabang
    pohon kelapa tegak berdiri
    terima kasih datang bertandang
    ingatkan lupa bermain di sini.

    ReplyDelete
  14. naik feri ke pulau langkawi
    membeli pinggan tidak berdulang
    saya tetap mengunjungi
    jika tiada apa yang menghalang

    ReplyDelete
  15. artisitik.saya ambil masa seminggu baru dapat baca title blog pakcik dengan betul.sekarang saya perlu panadol.hahaha~~

    *gurau je pakcik~~

    ReplyDelete
  16. ust abd razak

    naik feri ke pulau langkawi
    membeli pinggan tidak berdulang
    terima kasih hati ke hati
    ziarah ustaz membawa girang.

    ReplyDelete
  17. bujal x

    kira ok lah tu .. pakcik ambil masa setahun nak mencipta title tu !

    nak test sikit .. cuba baca dengan betul !

    ReplyDelete
  18. Semua hebat menyusun kata
    Rasa malu nak mula bicara
    Namun saya cuba juga
    Harap lah kira diterima

    Naik feri ke pulau perhentian
    membeli baju tiada berlengan
    Perginya tuan melaksana impian
    Hilang di mata di hati jangan

    ReplyDelete
  19. Dari Ipoh pergi Selama
    Berjogging ke sana sampai mengah
    Saya masih di tempat lama
    Cuma tuan jarang menjengah

    ReplyDelete
  20. Orang makan dia melantak,
    Bila dah cirit merana diri,
    Nak berpantun pandainya tidak,
    Baiklah saya mengundur diri..

    kahkahkah...

    ReplyDelete
  21. Cantik manis selendang bersilang
    Manis lagi cincin di jari
    Saya di sini tak pernah hilang
    Tapi malu orang tak cari

    ReplyDelete
  22. bunga ros

    membeli baju tiada berlengan
    buat pakaian pergi kenduri
    jangan malu janganlan segan
    mari hiburkan hati sendiri.

    ReplyDelete
  23. yb

    berjogging ke sana sampai termengah
    singgah berhenti membeli serkap
    siapa kata tidak menjengah
    saya sembunyi di balik tingkap.

    ReplyDelete
  24. cik shinju

    cari itik di pinggir kali
    batang pauh dibuat titi
    baik-baik mengundur diri
    kalau jatuh bangun sendiri.

    ReplyDelete
  25. bungacahaya

    manis lagi cincin di jari
    di pakai puteri menghadap raja
    tak usah malu orang tak cari
    gelanggang ini untuk semua.

    ReplyDelete
  26. naik feri ke pulau langkawi
    membeli pinggan tidak berdulang
    hamba memang orangnya begini
    sekejap ada, lamaaaaaa menghilang

    ReplyDelete
  27. kts

    naik feri ke pulau langkawi
    membeli pinggan tidak berdulang
    begitulah adat mencari rezeki
    apa dibuat ditentukan orang.

    ReplyDelete
  28. Beli coklat di Pulau Langkawi,
    Singgah sebentar di Pulau Angsa,
    Tidak menghilang setia di sini,
    Menyepi seketika mengolah rasa.

    ReplyDelete
  29. normaliza mah

    beli coklat di Pulau Langkawi,
    singgah sebentar di Pulau Angsa,
    gembira sungguh di dalam hati
    mendengar tuan tidak ke mana.

    ReplyDelete
  30. pergi ke kedai bersama ibu,
    ibu pula membeli barang,
    kalau anda berasa jemu,
    marilah bersama ke Dataran Helang

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !