ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
ku timang sudah ku agah sudah
tapi bibir senyumnya belum.
ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
motivasi sudah tuisyen pun sudah
markah periksa naiknya belum.
ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
belajar sudah kerja pun sudah
orang merisik datangnnya belum.
ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
bekerja sudah pencen pun sudah
khatam Quran sahaja saya yang belum.
.
ke teluk sudah ke siam sudah
ReplyDeleteke Mekah sahaja saya belum
ber'tegur'sudah berpantun sudah
berjumpa sahaja kita belum
:D
KeTeluk Sudah Ke Siam Sudah
ReplyDeleteKe Mekah Sahaja Saya Belum
Bertunang Sudah Bernikah Sudah
Dapat Anak Lelaki Sahaja Yg Belum
Ke Teluk Sudah Ke Siam Sudah
Ke Mekah Sahaja Saya Belum
Berpantun Kita Tak Sudah Sudah
Bersua Muka Sahaja Yang Belum
ke teluk (intan)sudah ke siam sudah
ReplyDeleteke Mekah (kali ke 2)sahaja saya belum
..
yg ni nak tiru kts dan eye..nee aje laa..
ke siam belum
ReplyDeleteke Mekkah pun belum.....
ke teluk sudah ke Siam sudah
ReplyDeleteke Mekah sahaja saya yang belum
orang bermadah saya bermadah
sebenarnya saya ni mandi pun belum! ;-)
kts dan eye_nee
ReplyDeleteke teluk sudah ke siam sudah
ke Mekah sahaja saya belum
berpantun sudah bermesra sudah
hajatnya berjumpa jodohnya belum.
eye_nee
ReplyDeleteke teluk sudah ke siam sudah
ke Mekah sahaja saya belum
sudah lama awak berniah
anak lelaki rezekinya belum.
kts
ReplyDeleteke teluk sudah ke siam sudah
ke Mekah sahaja saya belum
pantun awak pantun tak sudah
....
* balasannya pun tak sudah juga! hehe
sayangsayangibu
ReplyDeleteanak tempua di tepi sawah
habis apa yang sudah ?
kakcik
ReplyDeleteke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
pandang kiri ke kanan pun sudah
bau apakah semerbak harum ?
ke teluk sudah ke siam sudah
ReplyDeleteke Mekah sahaja saya yang belum
ke surau sudah ke rukun tetangga sudah
ke I-One Kopitiam sahaja kita yang belum...
hehee
ke teluk sudah ke siam sudah
ReplyDeleteke Mekah sahaja saya belum
baca & komen blog tuan haji sudah
ke tempat saya tuan haji belum
Ke teluk sudah ke Siam sudah
ReplyDeleteKe Mekah saja saya yang belum
Hendak ke Mekah bukannya mudah
Bekalannya bukan hanya secupak gandum
Aiseh...pjg lak baris last tu..
Uncle nye pasal la nih..
Kalau perkataan ujungnye '..um' mmg
x byk pilihan..
rka
ReplyDeleteke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
I-one kopitiam perginya sudah
awak ditunggu sampainya belum.
ust abd razak
ReplyDeleteke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
janganlah sedih janganlah marah
kerja bertimbun siapnya belum.
cik shinju
ReplyDeleteKe teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja saya yang belum
Kalau tak mahu memangnya susah
Syarat dah penuh perginya belum.
* aiseh .. orang pulak yang salah ..! boleh dipendekkan begini-
Bukannya cukup secupak gandum, atau
Mana nak cukup secupak gandum, atau
Takkan berbekal secupak gandum.
ke teluk sudah ke siam belum
ReplyDeleteke mekah pun saya belum pegi juga
saya ini murah dengan senyum
tapi takde orang datang merisik juga.
kihkihkih!!!
gadisbunga
ReplyDeleteke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
ketawa sudah tersenyum pun sudah
mandi bunga awak yang belum.