Wednesday, March 31, 2010

PANTUN NASIHAT 4.


pergi Melaka menjual bantal
mengukur baju di pekan Lukut
kalau bekerja tak guna akal
membujur lalu melintang sangkut !

p/s: peta di atas sebagai panduan kepada yang belum pernah sampai ke pekan Lukut !

Monday, March 29, 2010

AWAK 7

tak acilah
kita buat awak macam ni
memegang kemas
sampai awak susah nak bernafas
macamlah awak tu milik kita mutlak
tak hairan lah kalau nanti awak naik jelak.

tak acilah
kita buat awak macam ni
langsung tak bagi awak tengok kanan kiri
kalau boleh
kita nak awak tengok kita saja sepanjang hari
macam lah awak tu tak perlu cari rezeki
ishhh ... mana aci !

kita pun tak tahu
kenapa kita jadi macam ni
mungkin kita dah serik
tak mahu terlepas lagi.

tapi kita lupa satu perkara ini
bahawasanya sayang tak boleh dijual beli !!!

Friday, March 26, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 4

Kalau ada si jarum patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada si jarum patah
Buat apalah nak simpan lagi.

Arak-arak kelapa puan
Kalau tak puan kelapa bali
Arak arak kelapa puan
Kelapa sendiri belum berisi.

Tuesday, March 23, 2010

AWAK 6

tak acilah
awak biarkan kita sorang-sorang
macam pokok sebatang
di tengah-tengah padang
tiada kawan untuk bersembang.


kalau angin datang
kita mudah goyang

kalau ribut datang
kita mungkin tumbang.


awak !
kita juga rasa bimbang
dirasuk jembalang

atau diganggu orang seberang.

ke mana awak pergi bergelandang?
tinggalkan kita terkontang-kontang.

tak acilah awak buat kita macam ni!

Friday, March 12, 2010

PEMBAYANG DULU-DULU - 9


dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput darilah padi
pizza ku pesan tak kunjung tiba
budak yang hantar terlanggar lori !
____________________________________

Perhatian: Saja nak beritahu, walaupun orang tak tanya. Minggu depan cuti sekolah. Saya merancang untuk bercuti bersama keluarga mertua di Perlis. Kalau Shaniza atau Alimaz terserempak dengan saya kat nat mana2, tegur2lah noo ! Maka sehubungan dengan itu, tak dapatlah saya nak buat entri baru selepas ini sehinggalah saya balik dari bercuti nanti. Tolonglah doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.

Tuesday, March 9, 2010

PANTUN SAJA-SAJA - 2



 ada keledek ada ubi
buat serawa tidak berinti
jangan digeletek si pramugari
nanti kepala tersiram kopi !

...............................................................................

Inilah rupa serawa untuk pengetahuan semua esp. "budak lentik"


nota kaki: gambar di atas di tambah kemudian selepas baca komen Finaz !

Saturday, March 6, 2010

MACAM PANTUN DULU-DULU - 3

kalau roboh kota melaka
papan di jawa saya dirikan
kalau roboh kota melaka
kompeni saya boleh buatkan ! (ehem ehem)



Wednesday, March 3, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 6

pergi kuala membeli tepung
muka selamba tidak menoleh
macam rusa masuk kampung
lambat laun kena sembelih.