tak acilah
kita buat awak macam ni
memegang kemas
sampai awak susah nak bernafas
macamlah awak tu milik kita mutlak
tak hairan lah kalau nanti awak naik jelak.
tak acilah
kita buat awak macam ni
langsung tak bagi awak tengok kanan kiri
kalau boleh
kita nak awak tengok kita saja sepanjang hari
macam lah awak tu tak perlu cari rezeki
ishhh ... mana aci !
kita pun tak tahu
kenapa kita jadi macam ni
mungkin kita dah serik
tak mahu terlepas lagi.
tapi kita lupa satu perkara ini
bahawasanya sayang tak boleh dijual beli !!!
sayang tak di jual beli tgapi melambak kat shopping complex dan hasilnya di dalam longkan dan dalam semak....sorry bro tak related pun ngan entry
ReplyDeleteusah dihina sikucing kurap
ReplyDeletehadirnya bukan kehendak diri
tak salah awak memegang harap
kerana hati milik sendiri..
tak acilah
ReplyDeleteawak buat kiter macam ni
kejap kata sayang kejap kata benci
tak acilah
awak buat kiter macam tu
kejap kata cute kejap kata mcm hantu
tak acilah
awak buat kiter macam tu
asik tenung-tenung jeling-jeling pandang-pandang
mak kata cepatlah masuk meminag
boleh jadi menantu..
ntah...nape lak aku merepek ni..
tak acilah !!
mamai
ReplyDeletekat shopping kompleks itu bukan sayang, tapi 'lust' !
kakcikseroja
ReplyDeletekalau keropok tidak di makan
simpan semula dalam gerobok
kalau bertepuk sebelah tangan
di mana muka hendak ku sorok !
ikan emas
ReplyDeleterepekan awak ada kelas ! saya suka.
tumpang baca dan hayati,nak menyampuk sayang sya tiada seni ;p
ReplyDeleteEn Hamzah,
ReplyDeleteMemang tuan pegawai yg hebat, pandai ambik hati...walau ayat merepek ,merapu dan buat org tak faham tetap kata ' saya suka !...
sayangsayangibu
ReplyDeletemengapa tuan merendah diri
ini laman puisi orang tak reti
belasah saja lah sesuka hati
asalkan boleh faham sendiri !
ikan emas
ReplyDeletekalu hati sudah suker .. semuanya indah sajer, habis saya nak buat macam maner !
Oh yg ni lain sikit... selalu "tak aci awak buat kita mcm ni" tapi arini terbalik lak...
ReplyDeletehehe..pelbagai variasi..
ermmm...
ReplyDeleteseronok nak balas ..
Tapi sekarang saya sibuk sikit . Balik class nanti saya balas okeh !
pkcik jiwang yer kali neh
ReplyDeletengahahhahhahaha
saya sayang sgt kat dia jugak pkcik
Dia lah jnatung hati saya
abah saya
huhu
miss him so much...
satu2 harta yg saya ada
kita tahu kenapa kita jadi macam ni
ReplyDeletesebab awak selalu lari
kita terpaksa mencari
dan awak asyik nak bersembunyi ..
tak acilah...
kita tahu kasih takleh dijual beli
tapi awak buat macam tak reti
mehlah pujuk kita di sini
janganlah dibiaran kita sendiri
alahai... nak buat macam mana ni ?
kita janji takkan sekat awak lagi
awak bebas kesana kemari
yang penting awak suka hati
Kita bahagia tanpa berduka lagi.
LiNda
ReplyDeletesaya tangguhkan buat entri baru kerana menunggu janji awak nak balas. memang berbaloi saya menunggu !
p/s. awak mengajar ke belajar ? boleh cerita sikit !