Monday, March 29, 2010

AWAK 7

tak acilah
kita buat awak macam ni
memegang kemas
sampai awak susah nak bernafas
macamlah awak tu milik kita mutlak
tak hairan lah kalau nanti awak naik jelak.

tak acilah
kita buat awak macam ni
langsung tak bagi awak tengok kanan kiri
kalau boleh
kita nak awak tengok kita saja sepanjang hari
macam lah awak tu tak perlu cari rezeki
ishhh ... mana aci !

kita pun tak tahu
kenapa kita jadi macam ni
mungkin kita dah serik
tak mahu terlepas lagi.

tapi kita lupa satu perkara ini
bahawasanya sayang tak boleh dijual beli !!!

15 comments:

  1. sayang tak di jual beli tgapi melambak kat shopping complex dan hasilnya di dalam longkan dan dalam semak....sorry bro tak related pun ngan entry

    ReplyDelete
  2. usah dihina sikucing kurap
    hadirnya bukan kehendak diri
    tak salah awak memegang harap
    kerana hati milik sendiri..

    ReplyDelete
  3. tak acilah
    awak buat kiter macam ni
    kejap kata sayang kejap kata benci

    tak acilah
    awak buat kiter macam tu
    kejap kata cute kejap kata mcm hantu

    tak acilah
    awak buat kiter macam tu
    asik tenung-tenung jeling-jeling pandang-pandang
    mak kata cepatlah masuk meminag
    boleh jadi menantu..


    ntah...nape lak aku merepek ni..
    tak acilah !!

    ReplyDelete
  4. mamai

    kat shopping kompleks itu bukan sayang, tapi 'lust' !

    ReplyDelete
  5. kakcikseroja

    kalau keropok tidak di makan
    simpan semula dalam gerobok
    kalau bertepuk sebelah tangan
    di mana muka hendak ku sorok !

    ReplyDelete
  6. ikan emas

    repekan awak ada kelas ! saya suka.

    ReplyDelete
  7. tumpang baca dan hayati,nak menyampuk sayang sya tiada seni ;p

    ReplyDelete
  8. En Hamzah,

    Memang tuan pegawai yg hebat, pandai ambik hati...walau ayat merepek ,merapu dan buat org tak faham tetap kata ' saya suka !...

    ReplyDelete
  9. sayangsayangibu

    mengapa tuan merendah diri
    ini laman puisi orang tak reti
    belasah saja lah sesuka hati
    asalkan boleh faham sendiri !

    ReplyDelete
  10. ikan emas

    kalu hati sudah suker .. semuanya indah sajer, habis saya nak buat macam maner !

    ReplyDelete
  11. Oh yg ni lain sikit... selalu "tak aci awak buat kita mcm ni" tapi arini terbalik lak...

    hehe..pelbagai variasi..

    ReplyDelete
  12. ermmm...

    seronok nak balas ..

    Tapi sekarang saya sibuk sikit . Balik class nanti saya balas okeh !

    ReplyDelete
  13. pkcik jiwang yer kali neh

    ngahahhahhahaha



    saya sayang sgt kat dia jugak pkcik
    Dia lah jnatung hati saya



















    abah saya
    huhu












    miss him so much...
    satu2 harta yg saya ada

    ReplyDelete
  14. kita tahu kenapa kita jadi macam ni
    sebab awak selalu lari
    kita terpaksa mencari
    dan awak asyik nak bersembunyi ..

    tak acilah...
    kita tahu kasih takleh dijual beli
    tapi awak buat macam tak reti
    mehlah pujuk kita di sini
    janganlah dibiaran kita sendiri

    alahai... nak buat macam mana ni ?
    kita janji takkan sekat awak lagi
    awak bebas kesana kemari
    yang penting awak suka hati
    Kita bahagia tanpa berduka lagi.

    ReplyDelete
  15. LiNda

    saya tangguhkan buat entri baru kerana menunggu janji awak nak balas. memang berbaloi saya menunggu !

    p/s. awak mengajar ke belajar ? boleh cerita sikit !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !