Tuesday, March 23, 2010

AWAK 6

tak acilah
awak biarkan kita sorang-sorang
macam pokok sebatang
di tengah-tengah padang
tiada kawan untuk bersembang.


kalau angin datang
kita mudah goyang

kalau ribut datang
kita mungkin tumbang.


awak !
kita juga rasa bimbang
dirasuk jembalang

atau diganggu orang seberang.

ke mana awak pergi bergelandang?
tinggalkan kita terkontang-kontang.

tak acilah awak buat kita macam ni!

16 comments:

  1. Salam Kanda AL..

    merindui Mama Min ya? Saya ada terbaca, beliau sibuk sehingga bulan April nanti.. tugasnya hingga ke Negara Seberang. Walau di mana pun beliau berada, semoga dalam keadaan selamat sejahtera. Amin.

    ReplyDelete
  2. awak..awak..awak.. !

    kita dah datang
    kita bawak cerita utk didengarkan
    kita juga bawak gitar utk didendangkan
    bersama makanan untuk dihidangkan

    Tapi bila kita datang,
    awak pulak menghilang
    Ooo.. awak takut dirasuk jembalang
    atau diganggu orang seberang
    sebab itu menyorok dibalik tiang ?

    Tak acilah !

    Sekarang kita dah datang
    awak dah ada kawan ..
    tak takut lagi kann..kann..

    ReplyDelete
  3. "dirasuk jembalang
    atau diganggu orang seberang."

    - kena rasuk jembalang lah pulakkk...
    - org seberang tu mesti awek Indon kan minat kat awak ahahahaha! (agak2 cun mcm Nia Ramadhani tak?)

    ReplyDelete
  4. kakcikseroja

    jujurnya saya buat entri ini bukan ditujukan kepada dia. tetapi yang sebenarnya disebabkan saya rasa macam cakap sorang2 kerana tiga entri saya sebelum ini tak ada seorang pun yang respon. kalau entri yang ini juga tak ada orang respon, saya telah memikirkan untuk menutupnya dan tumpukan kepada blog KomenSen sahaja. nasib baik kakcik masuk, kalau tidak, blog "puisiorangtakreti" mungkin dah jadi arwah !

    ReplyDelete
  5. LiNda

    terima kasih kerana sudi datang bertandang dan turut berdendang. saya tidak menghilang, tapi jadi macam helang, terbang di awang-awang sambil melihat ruang untuk ngap orang ! hehe

    maka dengan itu tak jadi lah saya menyemadikan blog ini kerana kehadiran awak dan kakcikseroja memberi semangat kepada saya untuk meneruskannya.

    ReplyDelete
  6. Finaz

    mana ada jembalang atau orang seberang ! itu cuma metafora atau pelengkap rima. kehadiran awak menguatkan semangat saya untuk mengekal dan meneruskan blog ini sebagaimana yang saya nyatakan kepada kakcikseroja dan linda di atas.

    t.kasih atas sokongan.

    ReplyDelete
  7. seperti menanti sesorang ajer nie saper dia tu

    ReplyDelete
  8. mamai

    tak ada menanti sesiapa yang khusus. bacalah komen saya kepada kakcikseroja, linda dan finaz di atas untuk mengetahui siapa yang saya nanti. terima kerana singgah. awak menjadi satu lagi sebab untuk saya meneruskan blog ini !

    ReplyDelete
  9. 3 n3..takde pun dlm bloglist saya..

    ReplyDelete
  10. awak ..awak..awak..

    Jangan kata begitu
    saya datang setelah di seru
    owhh.... hati ini tersangat sayu
    seolah minta di pujuk rayu

    awakkk...

    Usah di semadi blog ini
    namanya sahaja cukup melengkapi
    Blog PU.E.C. ORANG X RE.T
    cukup sinonim di lubuk hati
    hanya masa saya sangat mencemburui

    awakkk....

    Selepas ini saya akan cuba mewarnai
    blog yang sangat bermakna ini
    sangat bagus untuk pengubat hati
    dikala jiwa merintih sepi
    dikala malam melabuhkan sepi..

    ReplyDelete
  11. finaz

    saya dah delete ketiga2nya kerana tak ada siapa yang bertandang !

    ReplyDelete
  12. LiNda

    terima kasih banyak2 atas gurindam awak yang sangat indah susunan bahasanya dan menyejuk hati saya membacanya dan tentunya mengambil masa untuk mengarangnya. kalau begitu saya segera hilangkan lintasan fikiran saya untuk menutup blog ini (buat masa ini). t. kasih sekali lagi kerana walaupun saya tahu awak sibuk dengan pelbagai peranan dan tanggungjawab, dapat juga meluangkan masa awak yang sangat berharga itu untuk bertandang ke blog ini.

    besok saya akan ke Kuantan, ada tugas dan kembali semula keesokannya dan masuk kedai semula hari Jumaat.

    ReplyDelete
  13. awak,
    kita sepi bukan menghilang
    kita senyap bukan disergah jembalang
    kita jauh bukan sebab ke seberang

    awak..
    kita terleka..
    kita rindu juga...

    ReplyDelete
  14. ikan emas

    sekarang baru kita mengerti
    rupanya masih ramai yang sudi
    bertandang ke laman ini
    cuma masing-masing banyak tugasan
    terhalang hasrat hendak berjalan.

    ReplyDelete
  15. awak..

    kita tengah bosan ni
    tapi bukan sebab itu ke sini
    kita pun memang selalu menanti-nanti
    catatan baru di puisi orang tak reti

    tapi.. kan awak
    kita juga takut dituduh berlagak
    asyik-asyik kita yang sambut salam awak
    awak entah perasan entah tidak
    tapi percayalah.. kita suka catatan awak...

    ReplyDelete
  16. kakcikseroja

    usah peduli apa orang nak kata
    teruslah bertamu bila-bila masa
    orang nak tuduh biarlah tuduh
    kita bukannya mencari gaduh
    rasanya tiada yang berbuat demikian
    kecuali mereka yang singkat fikiran !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !