Saturday, January 30, 2010

PANTUN NASIHAT 2

Jalan-jalan ke Bukit Putus
Pergi berduo balik bertigo
Air dicincang memang tak putus
Tak ado kojo usah cari kojo !

Thursday, January 28, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 3

Pergi ke sawah bersama Che Pah
Pergi ke lubuk bersama Che Wan
Hati gajah sama di lapah
Hati nyamuk bagi kat jiran.


Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke muara
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang bila nak rasa ?



Tuesday, January 26, 2010

PANTUN NASIHAT -1

Kalau belukar luruh sedikit 
Cepat lah adik balik ke lurah
Kalau mendengar guruh di langit
Cepat lah adik balik ke rumah.

Kalau berjalan sama seiring
Kalau berkawad sama serentak
Kalau ringan sama di jinjing
Kalau berat jangan di tolak.

Monday, January 25, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 2


Kalau bukit sama di daki
Kalau hutan sama di redah
Kalau cubit di paha kiri
Peha kanan buat tak kisah.

Berarak awan arah selatan
Menari-nari si anak kera
Macam cendawan selepas hujan
Puas ku cari tapi tak jumpa.

Sunday, January 24, 2010

MIGRIN !



Kalau mesin pun boleh tergendala ... kepala pun boleh gak migrin sekali sekala !

Friday, January 22, 2010

DUA TIGA KUCING BERLARI - 2

Pantun ni di tujukan kepada Sharamli, Jane dan kawan2nya.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Jangan selalu makan mee maggi
Nanti rambut mu berlintang pukang.

Pantun ini di tujukan kepada Che'Pit dan kawan2nya.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Memang susah mencari isteri
Mata berkenan hati menentang.

Pantun ini di tujukan kepada Kakcikseroja, Finaz, Linda, Ikan Emas, Lipislady dan kawan2nya.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bukan senang nak jaga suami
Letih memasak mamak gak diulang.

Tuesday, January 19, 2010

PANTUN BERKAWAN

Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan.

Pergi ke Rembau membawa dapur
Singgah di Tampin membeli pinggan
Seekor kerbau membawa lumpur
Kerbau yang lain tak ndak berkawan.


p.s pantun rangkap pertama di atas merupkan entri pertama saya dalam blog ini bertarikh 28.8.2009. Tak ada siapa pun jawab. Saya tak rasa apa-apa dan tak 'expect' apa-apa. Kali ini terpilih untuk di kitar semula kerana saya tak ada banyak stok pantun baru nak di poskan ! Harap maaf di atas kesulitan yang di hadapi untuk kemudahan tuan-puan di masa hadapan.

Sunday, January 17, 2010

PINGGAN TAK RETAK - 4


pinggan tak retak
nasi tak dingin
makan masak lomak
perut masuk angin.

pinggan tak retak
nasi tak dingin
bau harum semerbak
siapa lepas angin ?




Thursday, January 14, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 9 (KHAS BUAT MAMAMIN)


anak ayam turunlah lapan

mati lima tinggallah tiga
cutinya di lulus tigalah pekan
dah tiga purnama tak nampak muka.

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
bukannya sayang bukannya cinta
hendak ku lupa tapi tak dapat.

kekekekekekekekekeke

Tuesday, January 12, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 1

Kota tinggi sawahnya lebar
Burung Sintar hinggap di tunggul
Takkan lari gunung di kejar
Siapa mengejar memang tak betul.

Ku tanam nenas di celah lalang
Rupanya palas berduri tajam
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya panas sampai ke malam.

Sunday, January 10, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 8

anak ayam turun lah dua
mati seekor tinggal lah satu
nampak badan macam dah tua
tapi suaranya masih lah ayu.


anak ayam turun lah seekor
mati seekor habis lah semua
bela ayam semua dah lebor
Tak tahu apa nak bela apa.

Friday, January 8, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 7

anak ayam turun lah empat
mati seekor tinggal lah tiga
masa tahlil matanya rapat
jamuan nak mula, dia pun jaga.

anak ayam turun lah tiga
mati seekor tinggal lah dua
tengah malam engkau berjaga
masa kuliah engkau menganga.

 Moodswings

Wednesday, January 6, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 6

anak ayam turunlah tujuh
mati seekor tinggal lah enam
laki bini suka bergaduh
kenapa jiran mukanya lebam ?

anak ayam turunlah enam
mati seekor tinggal lah lima
pagi petang awak berendam
nampak kulit tak putih juga !

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
jasanya tidaklah sebanyak mana
semua Datuk dia dah rembat !


Birdie

Monday, January 4, 2010

SIAPA NAK BINA AKAL BUDI ?

"Pantun bantu bina akal budi: Pihak berkuasa wajar perkenal persatuan dan dedahkan warisan pada bayi serta kanak-kanak"


Berita Harian: 29 Disember 2009

Itu bukan saya yang cakap. Itu Pak Ungku Aziz yang cakap. Kalau seorang Professor Diraja cakap macam tu, betul lah kot ! Ada sesiapa agaknya yang tidak bersetuju ?

Saturday, January 2, 2010

ENTAH ESOK ATAU LUSA !


Tok Mat ... telah tiada
dia pergi di dalam lena
kita pulak tak tahu bila
entah esok atau pun lusa
entah pergi di dalam jaga.

andai aku tidak ke udara
kira-kira satu purnama
tiada pesan tiada berita
anggaplah aku telah tiada.


atau mungkin di rantai makngahnya
tak bagi lagi menghadap komputer
dok asyik dengan blognya
bila dicari tak pernah jumpa
kejap ada, kejap tak ada !