kalau hendak pergi senawang pergi ampangan singgah bersembang adik balik lambat sebab cari wang abang juga yang tumpang senang
seiring bila berjalan serentak bia berkawad sedansa bila berirama miring kepala bila tertekan memikir ekonomi yang makin gawat sudikah abang susah bersama?
MAKIN HARI SAYA NI SEMAKIN LALAI. PANTUN 4 KERAT TU DI TUJUKAN KEPADA KAKCIK DAN PANTUN 6 KERAT TU KEPADA IKAN EMAS. MUNGKIN NAK KENA AMBIL CUTI REHAT NI !
Kalau belukar menjadi bukit
ReplyDeletepetikkan senduduk dibuat jajan
andai mendengar guruh di langit
sediakan payung sebelum hujan
Sungguh enak siputu piring
tinggal sedikit dimakan budak
badan ringan tidur mengiring
terlentang siberat bagaikan badak!
kihkihkih...
kalau hendak pergi senawang
ReplyDeletepergi ampangan singgah bersembang
adik balik lambat sebab cari wang
abang juga yang tumpang senang
seiring bila berjalan
serentak bia berkawad
sedansa bila berirama
miring kepala bila tertekan
memikir ekonomi yang makin gawat
sudikah abang susah bersama?
tinggal sedikit dimakan budak
ReplyDeleteagar-agar masak di kawah
berdikit-dikit awak menolak
sedar-sedar dah tidur bawah !
seiring bila berjalan
ReplyDeleteserentak bia berkawad
sedansa bila berirama
bilakah awak rasa tertekan
masa senang semasa gawat
kan ke abang tanggung semua ?
KAKCIKSEROJA DAN IKAN EMAS !
ReplyDeleteMAKIN HARI SAYA NI SEMAKIN LALAI. PANTUN 4 KERAT TU DI TUJUKAN KEPADA KAKCIK DAN PANTUN 6 KERAT TU KEPADA IKAN EMAS. MUNGKIN NAK KENA AMBIL CUTI REHAT NI !
Saya beli...
ReplyDeleteKalau belukar luruh sedikit
Cepat lah adik balik ke lurah
berdentum dentam guruh dilangit
Apakah betul hujan akan mencurah ?
Tuan ,
Kalau berjalan sama seiring
Kalau berkawad sama serentak
Menjinjing sambil mengerling
Beban yang berat rasanya seperti kotak.
LiNda
ReplyDeleteKalau berjalan sama seiring
Kalau berkawad sama serentak
Baik-baik kalau mengerling
Nanti tersilap dahi kok bengkak!
Baik-baik kalau mengerling
ReplyDeleteNanti tersilap dahi kok bengkak!
ala tuan , kita jalan berganding
jangan risau ... cik puan takkan nampak !
ya ampunnn... hahahaha
Kalau belukar luruh sedikit
ReplyDeleteCepat lah adik balik ke lurah
Pandai berpantun bukan sedikit
Adakah ilmu untuk dicurah?
Nida
ReplyDeleteBudak-budak bermain rebana
Berjalan kaki ke sini sana
Pandainya tidak sehebat mana
Setiap kali asyik terkena.
liNda
ReplyDeleteMari ke surau selepas azan
Jangan menebang si pohon pisang
Saya tak risau pada cik puan
En Asben memandang bercekak pinggang !
Kalau berjalan sama seiring
ReplyDeleteKalau berkawad sama serentak
Adat berpantun bergurau sering
Menjernih kembali ukhuwah yang retak
pantun gurindam bahasa yang menarik
ReplyDeletesalamm
tunbegia
ReplyDeletejanganlah duduk di luar gelanggan .. masuklah meriahkan dunia pantun gurindam kita !
Cepatlah adik balik ke lurah
ReplyDeleteTakut malam keliling kelam
Cepatlah adik balik ke rumah
Takut hujan membawa demam.
Kalau berkawad sama serentak
Seragam hentak barulah betul
Kalau berat jangan ditolak
Tanda muafakat sama dipikul.
Abang Temuk
ReplyDeleteKalau berkawad sama serentak
Seragam hentak barulah betul
kalau berat harus ku tolak
pinggang ku sakit hendak memikul.
pakcik
ReplyDeletehuahahhaha
saya takde idea nk brpantun mlm ni
yg pnting
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
sakit hatiku meranalah badan
tapi tiada siapa pun yg tahu
huuhuhu~
jane
ReplyDeletebuah keranji dalam perahu
sorong papan tarik papan
sakit hati kena beritahu
tanggung seorang mana nak tahan.