Tuesday, January 26, 2010

PANTUN NASIHAT -1

Kalau belukar luruh sedikit 
Cepat lah adik balik ke lurah
Kalau mendengar guruh di langit
Cepat lah adik balik ke rumah.

Kalau berjalan sama seiring
Kalau berkawad sama serentak
Kalau ringan sama di jinjing
Kalau berat jangan di tolak.

18 comments:

  1. Kalau belukar menjadi bukit
    petikkan senduduk dibuat jajan
    andai mendengar guruh di langit
    sediakan payung sebelum hujan

    Sungguh enak siputu piring
    tinggal sedikit dimakan budak
    badan ringan tidur mengiring
    terlentang siberat bagaikan badak!

    kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. kalau hendak pergi senawang
    pergi ampangan singgah bersembang
    adik balik lambat sebab cari wang
    abang juga yang tumpang senang

    seiring bila berjalan
    serentak bia berkawad
    sedansa bila berirama
    miring kepala bila tertekan
    memikir ekonomi yang makin gawat
    sudikah abang susah bersama?

    ReplyDelete
  3. tinggal sedikit dimakan budak
    agar-agar masak di kawah
    berdikit-dikit awak menolak
    sedar-sedar dah tidur bawah !

    ReplyDelete
  4. seiring bila berjalan
    serentak bia berkawad
    sedansa bila berirama
    bilakah awak rasa tertekan
    masa senang semasa gawat
    kan ke abang tanggung semua ?

    ReplyDelete
  5. KAKCIKSEROJA DAN IKAN EMAS !

    MAKIN HARI SAYA NI SEMAKIN LALAI. PANTUN 4 KERAT TU DI TUJUKAN KEPADA KAKCIK DAN PANTUN 6 KERAT TU KEPADA IKAN EMAS. MUNGKIN NAK KENA AMBIL CUTI REHAT NI !

    ReplyDelete
  6. Saya beli...


    Kalau belukar luruh sedikit
    Cepat lah adik balik ke lurah
    berdentum dentam guruh dilangit
    Apakah betul hujan akan mencurah ?

    Tuan ,

    Kalau berjalan sama seiring
    Kalau berkawad sama serentak
    Menjinjing sambil mengerling
    Beban yang berat rasanya seperti kotak.

    ReplyDelete
  7. LiNda

    Kalau berjalan sama seiring
    Kalau berkawad sama serentak
    Baik-baik kalau mengerling
    Nanti tersilap dahi kok bengkak!

    ReplyDelete
  8. Baik-baik kalau mengerling
    Nanti tersilap dahi kok bengkak!
    ala tuan , kita jalan berganding
    jangan risau ... cik puan takkan nampak !


    ya ampunnn... hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau belukar luruh sedikit
    Cepat lah adik balik ke lurah
    Pandai berpantun bukan sedikit
    Adakah ilmu untuk dicurah?

    ReplyDelete
  10. Nida

    Budak-budak bermain rebana
    Berjalan kaki ke sini sana
    Pandainya tidak sehebat mana
    Setiap kali asyik terkena.

    ReplyDelete
  11. liNda

    Mari ke surau selepas azan
    Jangan menebang si pohon pisang
    Saya tak risau pada cik puan
    En Asben memandang bercekak pinggang !

    ReplyDelete
  12. Kalau berjalan sama seiring
    Kalau berkawad sama serentak
    Adat berpantun bergurau sering
    Menjernih kembali ukhuwah yang retak

    ReplyDelete
  13. pantun gurindam bahasa yang menarik

    salamm

    ReplyDelete
  14. tunbegia
    janganlah duduk di luar gelanggan .. masuklah meriahkan dunia pantun gurindam kita !

    ReplyDelete
  15. Cepatlah adik balik ke lurah
    Takut malam keliling kelam
    Cepatlah adik balik ke rumah
    Takut hujan membawa demam.

    Kalau berkawad sama serentak
    Seragam hentak barulah betul
    Kalau berat jangan ditolak
    Tanda muafakat sama dipikul.

    ReplyDelete
  16. Abang Temuk

    Kalau berkawad sama serentak
    Seragam hentak barulah betul
    kalau berat harus ku tolak
    pinggang ku sakit hendak memikul.

    ReplyDelete
  17. pakcik

    huahahhaha
    saya takde idea nk brpantun mlm ni

    yg pnting

    sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu
    sakit hatiku meranalah badan
    tapi tiada siapa pun yg tahu

    huuhuhu~

    ReplyDelete
  18. jane

    buah keranji dalam perahu
    sorong papan tarik papan
    sakit hati kena beritahu
    tanggung seorang mana nak tahan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !