Wednesday, January 6, 2010

PANTUN ANAK AYAM - 6

anak ayam turunlah tujuh
mati seekor tinggal lah enam
laki bini suka bergaduh
kenapa jiran mukanya lebam ?

anak ayam turunlah enam
mati seekor tinggal lah lima
pagi petang awak berendam
nampak kulit tak putih juga !

anak ayam turunlah lima
mati seekor tinggallah empat
jasanya tidaklah sebanyak mana
semua Datuk dia dah rembat !


Birdie

8 comments:

  1. anak ayam turunlah tujuh
    mati seekor tinggallah enam
    suka menyibuk siapa suruh
    tak pasal-pasal muka dah lebam

    anak ayam turunlah enam
    mati seekor tinggallah lima
    di dalam lumpur awak berendam
    bagailah mana kulit tak jelaga

    anak ayam turunlah lima
    mati seekor tinggallah empat
    duit yang banyak nak buat apa
    belilah saja mana yang dapat :)

    ReplyDelete
  2. kakcikseroja
    syabas dan tahniah !!! pantun balas yang sangat baik, lucu, tepat dan menepati tema pantun anak ayam. mari kita teruskan berpantun ... kalau tak ada sesiapa nak ambil bahagian pun tak apa, kita berdua pun meriah dan seronok juga !

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Anak ayam turunlah tujuh
    mati seekor tinggallah enam
    dah suka sangat intai orang gaduh
    jatuh tersembam, padan muka lebam

    anak ayam turunlah enam
    mati seekor tinggallah lima
    berendam bukan sebarang berendam
    dia berendam dengan air mata

    anak ayam turunlah lima
    mati seekor tinggallah empat
    walaupun jasa tak sebanyak mana,
    tapi lakunannya memang hebat.

    ReplyDelete
  4. lipislady
    pantun balas awak hebat2 belaka.
    rangkap pertama - kelakar !
    rangkap kedua - kesian !
    rangkap ketiga - panas dan pedas !!!

    nasib baik saya tak ada title Datuk.

    ReplyDelete
  5. heheheh suka pantun yg las tuh....
    i nak kawin datuk gak tapi bukan datuk bertongkat yer... datuk berpangkat hehehe

    ReplyDelete
  6. sayu=pilu
    kalau suka ngapa tak jawab? untuk makluman, saya datuk gak, tapi bukan datuk berpangkat tapi masih belum bertongkat!

    ReplyDelete
  7. Dua tiga ayam berlari
    Seekor letih.

    Sena Creek.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !