Monday, January 25, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 2


Kalau bukit sama di daki
Kalau hutan sama di redah
Kalau cubit di paha kiri
Peha kanan buat tak kisah.

Berarak awan arah selatan
Menari-nari si anak kera
Macam cendawan selepas hujan
Puas ku cari tapi tak jumpa.

12 comments:

  1. Kalau hutan sama di redah
    teruskan sampai ke puncak gunung
    buat apa nak diambil kisah
    sakit sendiri tidak tertanggung

    Kera menari di hutan sebelah
    dahan terkejut lalu menimpa
    tuan mencari di tempat yang salah
    bagaimana mungkin dapat berjumpa

    hehehe... :)

    ReplyDelete
  2. Kalau hutan sama di redah
    Teruskan sampai ke puncak gunung
    Terima kasih menegur yang salah
    Budi tuan rasa nak junjung.

    p.s. pantun ni kita berdua je yang faham !

    ReplyDelete
  3. p/s pantun diatas, aikkk ? mana aci tuan dan kakcikseroja jek yang faham .. huwaaaaaa


    Kalau Bukit sama didaki
    Kalau hutan sama diredah
    Bukan tidak ambil peduli
    tapi lukanya terlalu parah


    Berarak awan arah selatan
    Menari-nari si anak kera
    Owhhh kasihannya tuan
    sedangkan ia didepan mata .

    ReplyDelete
  4. Linda

    menari-nari si anak kera
    berjumpa tabib ekor terlekat
    rupanya ada di depan mata
    inilah nasib si rabun dekat.

    p.s. biar pecah di perut ..!

    ReplyDelete
  5. menari-nari si anak kera
    berjumpa tabib ekor terlekat
    itulah tuan, saya dah kata
    tuan bukan muda, usia dah meningkat !


    hahaha.... seronoknya dapat kenakan tuan .

    ReplyDelete
  6. Kalo bukit mmg tak leh jalan
    Kalo hutan mmg kena redah
    Tak payah kata peha kanan
    Telinga kanan, tgn kanan, suma pun mmg tak kisah(hehehe..)

    Berarak awan arah selatan
    Menari-nari si anak kera
    Kesian.., kesian.., kesian.., kesian...
    Aiikkk! dah pakai cermin mata pun still tak jumpa

    (ahahaha..sowee aok gurau jer.. jgn amik hati yer hehe..)

    ReplyDelete
  7. linda dan finaz.
    migrin saya datang balik. besok saja saya balas pantun tu. sementara tu saya nak biarkan awak berdua bergembira dahulu ..!

    ReplyDelete
  8. Kakseroja mendaki bukit
    Hutan diredah al-lavendari
    buat ape la paha dicubit
    kan sakitnya ditanggung sendiri


    sianak kera menari-nari
    menari-nari sampai mati
    kesiannya rasa di dalam hati
    ku tawarkan diri menjadi ganti

    ReplyDelete
  9. liNda dan finaz
    tetiba je kepala saya migrin semula. kalau sampai esok masih saya tak dapat jawab, kira awak berdua menanglah kali ini.

    ReplyDelete
  10. ikan emas
    tengok mimpi malam ini ada petanda tak ! kalau ada petanda, mungkin tawaran awak itu akan di pertimbangkan.

    ReplyDelete
  11. liNda dan finaz

    umbut kelapa si umbut palas
    ikan parang ikan gelama
    masak di pangkin di waktu petang
    sudahlah saya si warga emas
    awak menyerang berdua pula
    mana mungkin saya kan menang !

    ReplyDelete
  12. ikan emas

    perigi tuan cantik berbumbung
    perigi kami tidak bertiang
    budi tuan hamba nak junjung
    hati ku ini untuk seorang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !