Saturday, January 2, 2010

ENTAH ESOK ATAU LUSA !


Tok Mat ... telah tiada
dia pergi di dalam lena
kita pulak tak tahu bila
entah esok atau pun lusa
entah pergi di dalam jaga.

andai aku tidak ke udara
kira-kira satu purnama
tiada pesan tiada berita
anggaplah aku telah tiada.


atau mungkin di rantai makngahnya
tak bagi lagi menghadap komputer
dok asyik dengan blognya
bila dicari tak pernah jumpa
kejap ada, kejap tak ada !

8 comments:

  1. bila kita telah tiada
    apakah ada yang akan rindu
    kalau pun ada
    agaknya untuk berapa ketika???

    ReplyDelete
  2. Entahlah kakcik. Tapi rindu saya pada arwah ibu rasanya semakin hari semakin dalam. Saya pernah buat satu entri khas dalam blog ini menjelang raya lalu untuk cuba menggambarkannya ... tapi ia tidak tergambar dengan kata-kata. Saya copy paste entri itu di bawah ini:


    Monday, September 14, 2009
    KAU KINI DI SANA !

    ibu !
    kau kini di sana
    dan anakanda masih di sini
    ku tahu kau di mana
    hati ini masih mencari.

    ibu !
    kau kini di sana
    dan anakanda masih di sini
    setiap menjelang hari raya
    rindu pada mu tidak terperi.

    ibu !
    kau kini di sana
    dan anakanda masih di sini
    kelak bila sampai masanya
    Ya Rabbi pertemukanlah kami.

    ibu !
    kau kini di sana
    dan anakanda masih di sini
    semoga kau aman di sana
    sentiasa anakanda berdoa di sini.

    ibu !
    kau kini di sana
    dan anakanda masih di sini
    tak daya lagi ku berkata
    air mata sudah membasah pipi.

    ReplyDelete
  3. Awak aritu mmg kejap ada kejap tak ada
    hilang kejap tempat utk kita bersuka-suka
    Ooooo yg hari tu awak lama tak ada
    Rerupanya kena rantai dengan makngahnya ker?

    hehe..

    p/s: i'm sorry to hear abt ur mum. May Allah bless her always..Amin.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    biarlah perginya kita nanti meninggalkan amal2 jariah yang berterusan
    yang nantinya membantu kita di akhirat nanti

    ReplyDelete
  5. aklcitizen
    benar sekali ... jadi marilah kita banyak berbuat sedekah dan menderma sebagai amal jariah untuk bekalan di sana nanti.

    ReplyDelete
  6. salamm tahun baru pakngah ittewww..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !