Thursday, December 31, 2009

PANTUN ANAK AYAM - 5

anaklah ayam turun sepuluh
matilah seekor tinggal sembilan
sudah terang lagi bersuluh
macam mana boleh tersesat jalan?

anaklah ayam turun sembilan
mati seekor tinggal lah lapan
baulu sedulang abang habiskan
kesian adik yang kena rotan.

anaklah ayam turunlah lapan
mati seekor tinggal lah tujuh
sudahlah lama hamba berjalan
masih tak jumpa tumpang berteduh.

9 comments:

  1. terima kasih di atas sajaknya ya..

    ReplyDelete
  2. anaklah ayam turunlah tujuh
    mati seekor tinggallah enam
    hajat di hati nak tumpang berteduh
    malang terjatuh di laut yang dalam.

    ReplyDelete
  3. syahadah
    maaf banyak2 jika ia membuatkan awak sedih semula.

    ReplyDelete
  4. kakcikseroja

    anak ayam saya tinggal tujuh
    kakcik punya dah tinggal enam
    main kat pantai siapa suruh
    kan dah jatuh ke laut dalam !

    (tak guna saya ni kan ? langsung tak simpati !)

    ReplyDelete
  5. anak ayam suma dah jadi rendang
    tapi bukan itu yg saya nak makan
    awak makan baulu sorang -sorang
    tak share dgn saya pun...so xnak kawan

    hehe

    ReplyDelete
  6. finaz
    anak ayam semua dah jadi rendang
    baulu dah habis abang makan
    jom kita pergi Mek Dee !

    ReplyDelete
  7. Nayalah ayam tu...

    Teringat aku masih sekolah rendah dulu. Nyanyi lagu anak ayam turun sepuluh...

    ReplyDelete
  8. Insan marhaen
    itu lagu warisan kita.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !