Thursday, October 17, 2019

PANTUN ANAK AYAM 21: TETAP KU INGAT.



Anak ayam turun berempat,
Mati seekor di dalam sarang;
Jauh di mata tetap ku ingat, 
Walau pun tuan miliknya orang.

.

Monday, September 30, 2019

PANTUN NASIHAT - 8: USAH DIKENANG PEMBERIAN KITA.

Burung tempua membuat sarang,
Buat sarang di tepi rimba;
Pemberian kita jangan dikenang,
Pemberian orang jangan dilupa.

Wednesday, July 31, 2019

PANTUN JENAKA # 19: ORANG TUA BILA BERWASAP.



Keluar gua kerana asap,
Badan sakit bermain terup:
Orang tua jika berwasap,
Merajuk sikit keluar grup.

.

Tuesday, June 4, 2019

PANTUN JENAKA # 18: SELAMAT HARI RAYA.




Jalan menyusur mencari ragi,
Pulang petang singgah di kebun;
Tangan dihulur sembilan jari,
Sebatang hilang bermain mercun.


Thursday, January 17, 2019

PANTUN SAJA-SAJA # 96 - APA GUNA BERHENFON MAHAL.



Apalah guna berkebun cengal,
Kalau malas memotong rebung;
Apalah guna berhenfon mahal,
Kalau malas telefon kampung.