Tidak dibenarkan menerbitkan semula sebarang karya di sini tanpa keizinan pemilik blog.
Monday, January 4, 2010
SIAPA NAK BINA AKAL BUDI ?
"Pantun bantu bina akal budi: Pihak berkuasa wajar perkenal persatuan dan dedahkan warisan pada bayi serta kanak-kanak"
Berita Harian: 29 Disember 2009
Itu bukan saya yang cakap. Itu Pak Ungku Aziz yang cakap. Kalau seorang Professor Diraja cakap macam tu, betul lah kot ! Ada sesiapa agaknya yang tidak bersetuju ?
Salam Levendari... Sebagai guru yang mengajar bahasa Melayu kepada remaja kini...kadang-kadang sedih juga kerana mereka sudah tidak kenal lagi akar umbi bahasa ni...termasuklah remaja Melayu sendiri.
Kadang-kadang saya gunakan unsur-unsur pribahasa- pepatah, bidalan, simpulan bahasa atau kiasan....dan mereka terpinga-pinga...atau ketawakan saya!
Setuju dengan saranan prof. (beliau pensyarah saya masa di UM dulu....dan setiap kali mengakhiri kuliah, beliau pasti akan mengungkapkan kalimah 'Santai Bina Minda!'
P/s: Terima kasih kerana sudi menjadi 'blogfollower' saya yang ke 210
Saya setuju benar apa yg diperkatakan... kemahiran berpantun perlu disemai sedari kecil lagi..
p/s: walaupun latarbelakang pendidikan saya lebih menjurus kepada sains (saya juga merupakan Cikgu Biologi dan Sains), tapi ia bukanlah halangan saya untuk menceburi bidang pantun ini.. pernah mengikuti kursus kejurulatihan pantun peringkat Negeri Pahang, mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pantun antara jabatan dll... oleh itu tidak ada yg mustahil untuk dilakukan walaupun kita dibidang yg berbeza.. pokok pangkalnya hendak seribu daya, taknak seribu dalih.. betul tak???
ermm, maksud dia akal kpd budi ker... persoalannya adakah ia masih relevan dgn zaman ini dan akan dtg. Bgaimana dgn penerimaan dan pemahaman belia remaja. Kalo boleh implement then kena lah fikirkan cara membuat ianya berkesan isnt it?
xiiinam lagi takut saya dengar bila cikgu diketawakan. jadi siapa lagi kikta nak berharap. kalau hilang pantun, bidalan, gurindam, seloka, syair dsb maka hilanglah bangsa. cuma tinggal orang2 sahaja. (macam oarang2 kat sawah yang menakutkan - tanpa jiwa) mungkinkah kalau buat pertandingan berbalas pantun atau mengarang puisi di alam siber mereka akan tertarik ? entahlah ?
Nida saya rasa bangga dengan semangat cikgu. tahniah juga atas segala pencapaian. harap2 usaha kecil saya ini, lambat laun sedikit sebanyak akan menarik anak2 muda yang suka berblogging sekurang2nya appreciate pantun dan puisi melayu kita.
finaz akal budi itu dari dua perkataan akal dan budi! hehe ... Mari kita relevankan sokmo. baca pantun balas saya kepada pantun ikan emas dan juga ulasan balas saya kepada komen Nida yang mungkin relevan dengan komen awak.
setuju!!!!
ReplyDeletemuehehehhehe ...
"sinar suria mencelah bulan
Bulan purnama mengolah cinta
ke barat arah renung-renungan
Tenggelam jangan bahtera pusaka"
credit: lagu keroncong
>>__________<<
Betul la kot.. kan Profesor Diraja yang cakap. :)
ReplyDeletefrodo
ReplyDeletesungguh dalam makna lirik lagu tu, saya belum pernah dengar lagi !
kakcikseroja
maknanya selama ini kita berada di dalam landasan yang betul lah kan ! mari kita ajak orang2 lain berpantun.
uncle lavenda ~ lagu ni pebret ummi wa tajuk keroncong si endang-endong. Tak tau sapa penyanyi ... huhuhuhu
ReplyDeleteSalam Levendari...
ReplyDeleteSebagai guru yang mengajar bahasa Melayu kepada remaja kini...kadang-kadang sedih juga kerana mereka sudah tidak kenal lagi akar umbi bahasa ni...termasuklah remaja Melayu sendiri.
Kadang-kadang saya gunakan unsur-unsur pribahasa- pepatah, bidalan, simpulan bahasa atau kiasan....dan mereka terpinga-pinga...atau ketawakan saya!
Setuju dengan saranan prof. (beliau pensyarah saya masa di UM dulu....dan setiap kali mengakhiri kuliah, beliau pasti akan mengungkapkan kalimah 'Santai Bina Minda!'
P/s: Terima kasih kerana sudi menjadi 'blogfollower' saya yang ke 210
Anak Cina bertimbang adat
ReplyDeleteDari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli
( Pak ! siti nak tumpang lalu !!)
Kalau tuan mengail ikan
Jangan mengail ikan sepat
Bukankah dulu saya berpesan
Pokok berduri jangan dipanjat...
( sape suruh ??)
Anak raja pergi ke seberang
Ambil tangga di batang temu
Ingatan saya pada tuan seorang
Belum juga dapat bertemu...
( hehehehe...)
Pohon nangka masak di Kedah
Anak-anak mandi dihulu
Mohon ampun barang yang salah
Minta maaflah madah terlalu !!
( aMPUN pAK !!!)
Salam kenalan..
ReplyDeleteSaya setuju benar apa yg diperkatakan... kemahiran berpantun perlu disemai sedari kecil lagi..
p/s: walaupun latarbelakang pendidikan saya lebih menjurus kepada sains (saya juga merupakan Cikgu Biologi dan Sains), tapi ia bukanlah halangan saya untuk menceburi bidang pantun ini.. pernah mengikuti kursus kejurulatihan pantun peringkat Negeri Pahang, mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pantun antara jabatan dll... oleh itu tidak ada yg mustahil untuk dilakukan walaupun kita dibidang yg berbeza.. pokok pangkalnya hendak seribu daya, taknak seribu dalih.. betul tak???
ermm, maksud dia akal kpd budi ker... persoalannya adakah ia masih relevan dgn zaman ini dan akan dtg. Bgaimana dgn penerimaan dan pemahaman belia remaja. Kalo boleh implement then kena lah fikirkan cara membuat ianya berkesan isnt it?
ReplyDeletexiiinam
ReplyDeletelagi takut saya dengar bila cikgu diketawakan. jadi siapa lagi kikta nak berharap. kalau hilang pantun, bidalan, gurindam, seloka, syair dsb maka hilanglah bangsa. cuma tinggal orang2 sahaja. (macam oarang2 kat sawah yang menakutkan - tanpa jiwa) mungkinkah kalau buat pertandingan berbalas pantun atau mengarang puisi di alam siber mereka akan tertarik ? entahlah ?
Ikan emas, maaf saya pinjam pembayang awak !
ReplyDeleteAnak Cina bertimbang adat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia tidak beradat
Mati tidak siapa peduli
( siti - lalu lah !!)
Kalau tuan mengail ikan
Jangan mengail ikan sepat
Bila pulak awak berpesan
Saya pun bukanya kaki memanjat...
( tak payah suruh !)
Anak raja pergi ke seberang
Ambil tangga di batang temu
Usah suka mengingat orang
Teman sebelah nanti kok kaku !
( hehehehe...)
Pohon nangka masak di Kedah
Anak-anak mandi dihulu
Sudah ku ampun apa yang salah
Tapi jangan buat selalu !
Nida
ReplyDeletesaya rasa bangga dengan semangat cikgu. tahniah juga atas segala pencapaian. harap2 usaha kecil saya ini, lambat laun sedikit sebanyak akan menarik anak2 muda yang suka berblogging sekurang2nya appreciate pantun dan puisi melayu kita.
finaz
ReplyDeleteakal budi itu dari dua perkataan akal dan budi! hehe ... Mari kita relevankan sokmo. baca pantun balas saya kepada pantun ikan emas dan juga ulasan balas saya kepada komen Nida yang mungkin relevan dengan komen awak.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBuai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Sudah pandai baca kitab,
Sangat relevan malah relevan sokmo...
Tuan rumah,
ReplyDeleteterima kasih daun keladi
senang-senang berpantunlah lagi
lipislady
ReplyDeleteBuai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap,
Sudi-sudi datang lagi,
Sama-sama baca kitab !