Pantun ni di tujukan kepada Sharamli, Jane dan kawan2nya.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Jangan selalu makan mee maggi
Nanti rambut mu berlintang pukang.
Pantun ini di tujukan kepada Che'Pit dan kawan2nya.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Memang susah mencari isteri
Mata berkenan hati menentang.
Pantun ini di tujukan kepada Kakcikseroja, Finaz, Linda, Ikan Emas, Lipislady dan kawan2nya.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bukan senang nak jaga suami
Letih memasak mamak gak diulang.
now dah kurang makan mi maggi sbb byk kedai makan ada di pekan tu. nak masak malas sbb x cost effective. beli lauk, pas tu masak nasi.
ReplyDeletedua tiga kucing berlari
ReplyDeletemana nak sama si kucing belang
mmg susah nak cari isteri
ibarat pergi ke medan juang ..
boleh x ni pakcik??
>>___<<
frodo baggins
ReplyDeleteakhirnya orang muda masuk gelanggang .. pandai dan berbakat pun rupanya. pantun tu cantik .. !
Dua tiga kucing berlari
ReplyDeleteMana nak sama si kucing belang
Bukan susah nak jaga isteri
Belikan je banyak gelang
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bukan susah nak jaga suami
Picit je badannya berulang-ulang
Abang L,
ReplyDeletedah dijual nampaknya kena beli ..tak mahal kan?
Kucing jantan kucing betina
Dua tiganya kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
Pantun ini buat diriku terkena
ikan emas sure sayang kat suami
di usop tomyam kami berdating
adoi...sakitnya peluru yg En-L tembak..terkena
tepat.
ikan emas
ReplyDeletetu baru peluru penabur .. awak dah kelamkabut sampaikan rima pembayang awak baris 3 tu (belang) tak sama dengan rima maksud awak di baris akhir (berdating). satu lang satu lagi ting!
pkcik....
ReplyDeletehahaahah...
pantun yg best
saya nk pantung gak lah
dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
susahnye lah nak cari suami
sebab banyak giler yg hidung belang
anak ayam makanlah cacing
cacing dimakan denganlah gelojoh
hai nak cari suami ramai sangatlah yang acting
apa ingat perempuan bodoh??
kehkekeh
pkcik...pantun tu kuar topik tak??
ReplyDeletehehehe
Daddy Zuki
ReplyDeletekekadang tu say tumpang juga makan mee maggi anak. sedap gak. patutlah budak2 suka makan.
tapi beli lauk dan masak nasi, itu tindakan yang paling bijak !
nida
ReplyDeletebeli banyak gelang tulah yang susah tu.. zhulian dia boleh kenal ! larat ke picit berulang2 tu. sekarang ada snow ke kat sana?
1. orang tua-tua kata kalau nak cari isteri, biar sakit mata jangan sakit hati. faham tak maksudnya.
ReplyDelete2. pakcik tak pernah lagi tengok orang hidung dia berbelang. hehe!
3. awak orang Terengganu ke nak "berpantung"
4. pantun tu tak keluar topik dan memberi peringatan kepada orang lelaki supaya tidak menganggp perempuan senang di kelentong.
jane
ReplyDeletejawapan kat atas tu untuk awak. terlupa lak nak tulis nama.
dua tiga kucing berlari
ReplyDeletemana nak sama bob seekor
wah rindu sama bob
Dua Tiga kucing berlari
ReplyDeleteMana nak sama si kucing belang
hello awak sorry NO mamak in my diary
Ini Finaz tau..hari2 masak for my abang..
(hehe.. dan sekarang saya sedang makan kuih keria yg saya buat utk tea time emmmmmmm sedapnya. Awak nak? Meh ler singgah rumah saya. Jemput makan awak..)heee..
mamai
ReplyDeletedua tiga kucing berlari
bob tu perempuan ke lelaki ?
Finaz
ReplyDeletesaya pun baru selesai makan apam balik yang anak saya belikan masa dia balik dari kerja.. kita orang beli sebenarnya kerana nak tolong orang jual kueh !
Salam Kanda AL..
ReplyDeleteUmbut kelapa dimasak lemak
dibawa bekal ke kota lama
sekali sekala ke kedai mamak
hamba tetap dibawa bersama :)
Umbut kelapa dimasak lemak
ReplyDeletedibawa bekal ke kota lama
ke kedai mamak abang membawak
pergi ke kucing tak ikut sama ?
pokok hiasan usah ditebang
ReplyDeletebiarkan sahaja sehingga kering
ke Kuching atas tugasan abang
hamba hanya sebagai pengiring :)
kakcikseroja
ReplyDeletebertuahnya badan .. di belakang hotel tu, ada kafe siber .. kena lalu shopping complex tu untuk sampai. dari situlah saya menghantar entri saya dulu. caj nya kalau tak silap RM4 sejam. mahal giler !