Tuesday, January 12, 2010

PANTUN PERITBAHASA - 1

Kota tinggi sawahnya lebar
Burung Sintar hinggap di tunggul
Takkan lari gunung di kejar
Siapa mengejar memang tak betul.

Ku tanam nenas di celah lalang
Rupanya palas berduri tajam
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya panas sampai ke malam.

27 comments:

  1. tul tu..hanya org giler je yg mengejar gunung. kalau panas sgt, pasanglah air-cond, bang...tp dlm kes umah banglo sy ni panas sampai ke pagi esoknya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. bro kalau panas sampai ke malam tu tanda orang nak demam tak pun kena beli aircond baru

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Nasib baik Kota tinggi bukan Kota Tinggi sebab rasanya kampungku itu tiada sawah yang lebar... :)

    ReplyDelete
  4. Kota Tinggi nsawahnya lebar
    burung sintar hinggap ditunggul
    memang tak betul siapa yang mengejar
    kalau nak kejar juga gunalah steamroll

    Ku tanam nenas di celah lalang
    rupanya palas berduri tajam
    susah juga menjadi orang
    apapun keadaan tak reti nak diam

    hehehe....

    ReplyDelete
  5. Daddy Zuki
    kalau panas sangat tu, tidor di luar rumah je lah !

    ReplyDelete
  6. mamai
    atau pun pergi tidor kat hotel !

    ReplyDelete
  7. Nida
    Nasib baik Kota tinggi, kalau tidak, kantoi ..!
    Rasanya kat NZ, sawah memang tak ada kan ?

    ReplyDelete
  8. Kakcikseroja

    Ku tanam nenas di celah lalang
    Rupanya palas berduri tajam
    Memang sudah resminya orang
    Bila dah dapat baru nak diam.

    .. balas jangan tak balas !

    ReplyDelete
  9. AL.. kakcik balas ni..

    Rupanya palas berduri tajam
    pedih terasa luka di jari
    dah dapat pun tak tahu diam
    komen di sana komplen di sini!

    hahaha....

    ReplyDelete
  10. rupanya palas berduri tajam
    pedih terasa luka di jari
    bukannya hamba tak tahu diam
    lain di hajat lain di beri !

    ReplyDelete
  11. pedih terasa luka di jari
    rupanya palas berduri tajam
    apa diberi harus disyukuri
    walaupun hajat lama terpendam

    ReplyDelete
  12. ehem, ehem.. saya nak bg nih..

    1.
    Kota tinggi sawahnya lebar
    Burung Sintar hinggap di tunggul
    Takkan lari gunung di kejar
    Awak nak kejar sape nih, cuba ckp betul2??
    (hehe..)

    2.
    Ku tanam nenas di celah lalang
    Rupanya palas berduri tajam
    tanam NENAS takper jgn tanam Finaz di celah lalang
    uisshh duri bunga ros lebih tajam..
    (dont u know tht hehe..)

    sowee awak saya merapu, saya gurau jer..

    ReplyDelete
  13. che'pit

    pedih terasa luka di jari
    rupanya palas berduri tajam
    memang disyukuri apa di beri
    pantun che'pit maknanya dalam.

    p.s ke mana hilangnya gelak nge hngeh tu ?

    ReplyDelete
  14. Ku tanam nenas di celah lalang
    Rupanya palas berduri tajam
    Awak merapu saya tak halang
    Asalkan awak tidak menikam.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Sedia yee, ni saya nak membeli...

    Kota tinggi sawahnya lebar
    Burung Sintar hinggap di tunggul
    Mengapalah gunung hendak dikejar
    saya yang disisi dianggapnya tunggul

    Daun palas berduri tajam
    Kalau diluryt terlukalah jari
    kalaulah panas sampai kemalam,
    Itu tandanya cuaca molek sekali.

    ReplyDelete
  16. Kat NZ takde sawah.. semua beras import dari Thailand.. tapi ladang biri2 n lembu susu Masya Allah punyalah luas dan bersepah2

    ReplyDelete
  17. lipislady

    arak arak kelapa puan
    kalau tak puan kelapa bali
    memang ku harap kepada puan
    dahulu puan tidak peduli !

    ReplyDelete
  18. nida
    khabarnya bilangan biri2 lebih ramai (banyak) dari penduduknya !

    ReplyDelete
  19. ngeh ngeh ngeh, masa pantun x leh masuk.. kang lari lak, mcm buluh kasap.. dapat hujung pangkal lesap..

    arak arak kelapa puan
    kalau tak puan kelapa bali
    apa diharap pada cik puan
    cik puan sudah bergelar isteri

    ReplyDelete
  20. Che'Pit

    arak arak kelapa puan
    kalau tak puan kelapa bali
    sungguh bagus nasihat mu tuan
    buat hamba termalu sendiri.

    ReplyDelete
  21. en_me
    mengapa malu2 ..? kalau malas nak beli, boleh jual !

    ReplyDelete
  22. kalau tak puan kelapa bali
    pisang raja condong setandan
    buat niat memalukan diri
    usik mengusik menambah kemesraan

    ReplyDelete
  23. badan letih baru balik kerja
    ingat nak rehat tido seketika
    guruh dilangit dah berdentum pula
    tempayan tak ada nak kucurah airnya..

    ReplyDelete
  24. ikan emas

    badan letih baru balik kerja
    ingat nak rehat tido seketika
    maaf hamba tumpang bertanya
    awak jawap pantun yang mana.

    ReplyDelete
  25. Jalan kaki ke pasar seni,
    pergi dengan anak mak awa,
    hamba suka pantun di sini,
    makin dibaca makin tertawa.

    LIKE!!!

    ReplyDelete
  26. normaliza mah

    pergi dengan anak mak awa,
    jalan kaki ke pasar seni,
    hamba suka awak tertawa,
    singgahlah lagi di lain kali.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !