Tuesday, January 19, 2010

PANTUN BERKAWAN

Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan.

Pergi ke Rembau membawa dapur
Singgah di Tampin membeli pinggan
Seekor kerbau membawa lumpur
Kerbau yang lain tak ndak berkawan.


p.s pantun rangkap pertama di atas merupkan entri pertama saya dalam blog ini bertarikh 28.8.2009. Tak ada siapa pun jawab. Saya tak rasa apa-apa dan tak 'expect' apa-apa. Kali ini terpilih untuk di kitar semula kerana saya tak ada banyak stok pantun baru nak di poskan ! Harap maaf di atas kesulitan yang di hadapi untuk kemudahan tuan-puan di masa hadapan.

15 comments:

  1. hee..
    igt nak cau daa,,aleh-aleh kuar pantun ni.Baik den jwp copek !

    tanam padi di hujung tanjung
    pasang pukat tangkap haruan
    sape suruh tanam padi di hujung tanjung
    jauh bonar, kan dah takde orang nak berkawan!

    Pergi ke Rembau membawa dapur
    Singgah di Tampin membeli pinggan
    jgn berkawan dgn kerbau berlumpur
    ikan emas teringin nak berkawan

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhu
    dasyat ...


    pershbtan ikhlas
    x pndag fizikal n harta
    yg ptg hati mau baixx


    >>____<<


    ((x tau nak bls pantoon))


    p/s: mamamin mana pakcik al?? dah ttp blog ke?

    ReplyDelete
  3. frodo baggins

    pucuk cemperai dalam perahu
    belum try belum tahu !

    ReplyDelete
  4. ikan emas

    pucuk kundur dalam perahu
    pucuk peria memanjat tingkap
    saya mohon nak tidur dahulu
    esok sahaja saya menjawab.

    cau ..!

    ReplyDelete
  5. bersama teman mencari ciku
    ciku dicari di hujung tanjung
    marilah berkawan dengan diriku
    kerana hidungku juga tidaklah mancung

    ReplyDelete
  6. frodo.
    lupa lak nak jawab soalan awak. fasal mamamin tu, lihat "pantun anak ayam - 9" .. pakcik rasa awak terlepas pantun tu !

    ReplyDelete
  7. ikan emas

    membawa dapur pergi ke Rembau
    singgah di Tampin membeli cawan
    awak tu ikan saya ni kerbau
    tak bahaya ke kita berkawan ?

    ReplyDelete
  8. nida

    bersama teman mencari ciku
    ciku dicari di hujung tanjung
    terasa ceria rasa diri ku
    hasrat berkawan hamba nak junjung.

    ReplyDelete
  9. Salam Kanda AL...

    Tanam padi dihujung tanjung
    dah jadi nesi dilenyek-lenyek
    memang salah pipi hidung tak mancung
    pipi tembam sangat hidung jadi penyek!

    Pergi ke Rembau membawa dapur
    dapur terlepas angkara guruh
    seekor kerbau membawa lumpur
    yang lain terjun kubang siapa suruh?

    ReplyDelete
  10. kalau pergi ke pekan rabu
    belikan saya buah rambutan
    ingat hati hendak mengadu
    rupanya tiada orang kasihan.

    ReplyDelete
  11. kakcik
    pantun di atas saya tujukan kepada kakcik. terlupa lak nak tulis nama. sori mori ..

    ReplyDelete
  12. 1.
    Kemain awak berpantun sampai ke hujung tanjung
    saya baca pantun awak sambil makan chicken chop
    kalo awak rasa hidung tak mancung
    pergi jelah buat nose job..
    (haha! Oh! tapi berdosa tau..)

    2.
    pelik lagi hairan saya memikirkannya
    pantun no.2 awak memang tak leh tahan
    punya banyak manusia dalam dunia
    KENAPA kerbau jugak jadi pilihan??
    (hehe...awak, awak...isk..isk..)hee..

    ReplyDelete
  13. finaz
    jawab tak jawab, jawak tak jawab, jawab tak jawab .. tak ndak jawablah. asyik2 kena je !

    ReplyDelete
  14. pkcik lavender...

    huhuhuhu
    knapa saya tak brapa nk paham
    yg saya paham hidung tk mncung pipi tersorong2 tu jer
    kekeke

    ReplyDelete
  15. jane
    tak pe, awak muda lagi. lama-lama nanti, faham lah tu ! pakcik rasa kan, awak ni buat-buat tak faham sebenarnya. faham-faham jer lah kan !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !