Tuesday, January 4, 2011

MACAM PANTUN DULU-DULU - 10
















apa guna kepuk di ladang
kalau tidak berisi padi
apa guna kepuk di ladang
orang sekarang tak tanam padi.



* kepuk adalah tempat orang menyimpan padi, macam gambar di atas.

.

10 comments:

  1. apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    penat simpan duit bergantang
    harga minyak nak naik lagi

    ReplyDelete
  2. kucingorengemok

    apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    kalau begitu mari berlenggang
    duit jimat sihat jasmani.

    ReplyDelete
  3. kalau tidak berisi padi
    isikan sahaja kertas terpakai
    orang sekarang tak tanam padi
    harga beras naik usah dipertikai

    (yang kaya??? siapa yang berusaha..)

    ReplyDelete
  4. apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak ditanam padi

    (merujuk kepada game farmville kat fesbuk ye uncle... :D)

    ReplyDelete
  5. kakcik

    apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    tidak heran orang beruwang
    setinggi mana mampu dibeli.

    ReplyDelete
  6. gadisbunga

    apa guna kepuk di ladang
    kalau tidak berisi padi
    jangan ajak pakcik ke ladang
    permainan itu pakcik tak reti.

    ReplyDelete
  7. Apa guna kepuk di ladang
    Kalau tidak berisi padi
    Apa guna menuntut ilmu malam dan siang
    Kalau tidak diamali

    ReplyDelete
  8. ust abd razak

    Apa guna kepuk di ladang
    Kalau tidak berisi padi
    Jika berilmu hati pun tenang
    Kalau diamal darjat pun tinggi.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !