lembu baru kereta pun baru
baru sekali masuk melaka
GPS baru kereta pun baru
kenapa pulak asyik bertanya ?
dari mana hendak ke mana
tinggilah rumput si dari padi
kerana malu asyik bertanya
sampai tersesat rumah tok kadi.
kiri jalan kanan pun jalan
tinggilah rumput si dari padi
kerana malu asyik bertanya
sampai tersesat rumah tok kadi.
kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
ke hulu ke hilir tak jumpa jalan
akhirnya tidur balai penghulu.
.
burung tiong si burung kedidi
ReplyDeleteberkawan kawan terbang di awan
buat-buat sesat ke rumah tok kadi
ada dihati ke nak tambah cawangan
lembu baru kereta pun baru
ReplyDeletebaru sekali masuk melaka
amboiii besaunya kereta baru
IE nak tanya berapa hargnya ?
dari senawang hendak ke melaka
dah tak ada padi ditanam di sana
tok kadi tersenyum tuan bertanya
sebab ada anaknya yang masih dara
kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
balai penghulu tempat tumpangan
rumah tok kadi tak ada tempat beradu ??
Lembu baru kereta pun baru
ReplyDeleteBaru sekali masuk Melaka
Antara kereta baru dan lembu
Yang mana satu paling berjasa?
Dari mana hendak ke mana
Tinggilah rumput si dari padi
Tukang kebun ke mana hilangnya
Hinggakan rumput menjadi tinggi
tinggi rumput dari padi,
ReplyDeletekerana silap memilih baja,
tersesat ke rumah tok kadi,
atau memang ada hajat ke sana..
heh..heh.. cik jamil.. cik jamil..
lembu baru kereta pun baru
ReplyDeletebaru sekali masuk Melaka
sedari siang datang bertamu
malangnya pagar enggan terbuka
kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
mungkinkah tuan enggan berkawan
dengan hamba musafir lalu?
monalea
ReplyDeleteburung tiong si burung kedidi
berkawan kawan terbang di awan
tiada berniat di dalam hati
hamba terima kalau ditakdirkan.
cik shinju
ReplyDeletebaru sekali masuk melaka
tinggilah rumput si dari padi
tukang kebun entah ke mana
kereta dan lembu semua berbudi.
ikan emas
ReplyDeletekiri jalan kanan pun jalan
tengah tengah pohon mengkuku
gagal ku jawab soalan mu tuan
soalan mu datang bertalu-talu
im
ReplyDeletetinggi rumput dari padi
kerana silap memilih baja
tidak ke situ hajat di hati
hanya mengikut kaki sahaja.
kakcik
ReplyDeletebaru sekali masuk Melaka
tengah-tengah pohon mengkudu
pintu terbuka sepanjang masa
monalea masuk tidak mengadu.
Tak aci Uncle nih..
ReplyDeleteJawab skali arung dua pantun..
hehehe :P
lembu baru kereta pun baru
ReplyDeletebaru sekali masuk melaka
kadang GPS pun tak tahu
kerana ia akal tiada
cik shinju
ReplyDeletepergi warung beli ketupat
sekali harung lagi cepat !
ust abd razak
ReplyDeletelembu baru kereta pun baru
baru sekali masuk melaka
gps direka untuk membantu
ia hanyalah ciptaan manusia.
lembu baru kereta pun baru
ReplyDeletebaru sekali masuk melaka
rajin bertanya kan bagus gitu
tambah kenalan dan juga sedara :)
nida
ReplyDeletelembu baru kereta pun baru
baru sekali masuk melaka
lagi bagus datang selalu
agar perkenalan bertambah mesra.
4,4 siku lipat,
ReplyDeletesape cepat die dapat.
nobita sensei
ReplyDeletepat pat siku patah
terima kasih sudi singgah !