Wednesday, November 21, 2012
AWAK 17.
awak !
mata kita tercari-cari awak di celah-celah orang ramai,
walaupun kita sudah tahu awak tidak mungkin akan sampai,
alangkah gembiranya kita kalau awak ada bersama,
walaupun hanya sedikit masa cukuplah sekadar bertentang mata.
awak !
entah kenapa kita merasa sunyi dalam sorak-sorai ini,
kita macam keseorangan di antara orang banyak ini,
kita rasa macam ada yang kurang dalam limpah ruah ini,
kita rasa macam kelam dalam kemilau cahaya ini.
awak !
tak acilah awak buat kita cenggini.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe...Bahagia nya kalau 'awak' baca puisi ni..Best kan ada orang menanti kehadiran kita...
ReplyDeletesiapa makan gula dia rasa manis .. hehe
DeletePak Ngah..
ReplyDeleteSiapalah agaknya "Awak" tu ye..??? Saya kot..he..he..
kemungkinan itu memang ada ..
Deletesiapakan dia...bertuah "awak" yang ditunggu
ReplyDeletemungkin ramai yang terasa .. hehe
DeleteRamai 'awak' yang Pakngah maksudkan itu, termasuklah TIJAH (tapi kakcik tak kenal pun Tijah tu siapa... hehehe...).
ReplyDeleteApa khabar MAMAMIN sekarang ya?
:)
betul kata kakcik tu, memang ramai .. termasuklah juga Iris cucu saya !
Delete'awak'
ReplyDeletebukan kita tak sudi menghadirkan diri
kita juga ternanti-nanti
dulu jauh kini semakin menghampiri
rasa seronok membilang hari
janganlah awak kecil hati
apa lagi menjauhkan diri
kita ada sebab yang tidak mengizini
bukan sengaja janji tidak ditepati
membuat 'awak' ternanti-nanti
inshaallah di lain kali
moga awak sudi menerima lagi
saya sendiri pun tidak pasti,
Deleteakan adakah lain kali,
tunggu dah lihat apa kan jadi,
takdir ditentukan oleh Ilahi.
Salam Tuan..
ReplyDeleteAmboi siapalah awak tu yer
Awak yg dinantikan kedatangannya
Awak yg sentiasa ditunggu kehadirannya
Barangkali awak itu ada hal yg perlu
Yang cuba dielak tapi tidak mampu
Semoga ada tarikh lain untuk bertamu
In shaa Allah awak itu akan ditemu
sebenarnya awak itu termasuklah awak atau sesiapa sahaja yang tidak dapat hadir pada pertamuan bloggers tempoh hari ..
DeleteWalaupun makchaq bukan awak yang dinanti, tapi sedih tak dapat pi rumah tuan hari tu.. niat memang dah pasang.. tapi bila tengok hari gelap dan mula hujan , tambah guruh berdentum dentum takut pulak nak pi.. makchaq tak berani drive dalam hujan, tambah kalau hujan lebat.. tapi tengok gambaq2 tak hujan pun..
ReplyDeletepuisi itu saya tujukan kepada semua yang tak dapat hadir termasuk anak2, menantu dan cucu saya.
Deletekat sini hujannya sekejap sahaja .. alhamdulillah.
sweetnya...mcm baca novel plak ;)
ReplyDeletelaa .. ada ke novel orang tulis macam ni ? hehe
Deletesuka sangat baca puisi tu... ^_^
ReplyDeletekalau suka, kena jawab secara puisi juga.
Deletesaya cuba ye pakcik!..kalau salah mohon diperbetulkan
Deletesungguh indah perasaan ini
seperti mengerti perasaan penulisnya
sungguh ikhlas kata-kata yang diberi
sehingga menusuk ke dalam jiwa
Percubaan awak mendapat markah 10/10. Syabas.
Deletehaha..
ReplyDeletecomel!
siapanya yang comel .. cucu atau atuknya ?
DeleteUncle, siapa awak yg dimaksudkan?
ReplyDeletesemua followers yang tak dapat hadir serta cucu saya.
DeleteAwak!
ReplyDeleteKita tahu dari awal kita tak dapat pergi
Hanya menumpang gembira dari jauh walau teringin di hati
Maklumlah kita pemalu, rupa tiada, manis jauh sekali
Namun kita tetap mendoakan semuanya lancar dan penuh erti
Hehehe..saya tahu bukan saya yg Tuan Haji maksudkan. Macam biasa, tumpang berpuisi di sini :)
awak !
Deletesaya tidak maksudkan puisi itu kepada orang tertentu .. ia umum kepada mereka yang tak dapat datang.
awak...
ReplyDeletebetullah bagai orang-orang kata
makin berusia seseorang itu makin cepat terasa
walau riuh rendah mengelilingi diri
masih sempat nak mengenang sana sini
hihihi...
moga lenkali lebih ramai para awak yg sudi meluangkan masa, kan Tuan Haji?
kenapa awak tadak mari itu hari ? hehe
DeleteAwak....
ReplyDeletekalaulah kita tahu mata awak tercari-cari...
sudah pasti kita hadirkan diri agar dapat bertentangan mata.
kalau kita tahu awak sunyi dalam keriuhan itu...
sudah tentunya kita hadir agar kemeriahan dapat dicipta.
namun....
apakan daya...
terlepas semuanya.
opppsssss maaf perasan..
saya terasa macam sayalah awak.
awak saja je !
DeleteAwak !
ReplyDelete:)