Wednesday, November 21, 2012

AWAK 17.


awak !

mata kita tercari-cari awak di celah-celah orang ramai,

walaupun kita sudah tahu awak tidak mungkin akan sampai,
alangkah gembiranya kita kalau awak ada bersama,
walaupun hanya sedikit masa cukuplah sekadar bertentang mata. 

awak !

entah kenapa kita merasa sunyi dalam sorak-sorai ini,

kita macam keseorangan di antara orang banyak ini,
kita rasa macam ada yang kurang dalam limpah ruah ini,
kita rasa macam kelam dalam kemilau cahaya ini.

awak !


tak acilah awak buat kita cenggini.



.

31 comments:

  1. hehehe...Bahagia nya kalau 'awak' baca puisi ni..Best kan ada orang menanti kehadiran kita...

    ReplyDelete
  2. Pak Ngah..
    Siapalah agaknya "Awak" tu ye..??? Saya kot..he..he..

    ReplyDelete
  3. siapakan dia...bertuah "awak" yang ditunggu

    ReplyDelete
  4. Ramai 'awak' yang Pakngah maksudkan itu, termasuklah TIJAH (tapi kakcik tak kenal pun Tijah tu siapa... hehehe...).

    Apa khabar MAMAMIN sekarang ya?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata kakcik tu, memang ramai .. termasuklah juga Iris cucu saya !

      Delete
  5. 'awak'
    bukan kita tak sudi menghadirkan diri
    kita juga ternanti-nanti
    dulu jauh kini semakin menghampiri
    rasa seronok membilang hari

    janganlah awak kecil hati
    apa lagi menjauhkan diri
    kita ada sebab yang tidak mengizini
    bukan sengaja janji tidak ditepati
    membuat 'awak' ternanti-nanti

    inshaallah di lain kali
    moga awak sudi menerima lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri pun tidak pasti,
      akan adakah lain kali,
      tunggu dah lihat apa kan jadi,
      takdir ditentukan oleh Ilahi.

      Delete
  6. Salam Tuan..

    Amboi siapalah awak tu yer
    Awak yg dinantikan kedatangannya
    Awak yg sentiasa ditunggu kehadirannya
    Barangkali awak itu ada hal yg perlu
    Yang cuba dielak tapi tidak mampu
    Semoga ada tarikh lain untuk bertamu
    In shaa Allah awak itu akan ditemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya awak itu termasuklah awak atau sesiapa sahaja yang tidak dapat hadir pada pertamuan bloggers tempoh hari ..

      Delete
  7. Walaupun makchaq bukan awak yang dinanti, tapi sedih tak dapat pi rumah tuan hari tu.. niat memang dah pasang.. tapi bila tengok hari gelap dan mula hujan , tambah guruh berdentum dentum takut pulak nak pi.. makchaq tak berani drive dalam hujan, tambah kalau hujan lebat.. tapi tengok gambaq2 tak hujan pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puisi itu saya tujukan kepada semua yang tak dapat hadir termasuk anak2, menantu dan cucu saya.

      kat sini hujannya sekejap sahaja .. alhamdulillah.

      Delete
  8. Replies
    1. laa .. ada ke novel orang tulis macam ni ? hehe

      Delete
  9. Replies
    1. kalau suka, kena jawab secara puisi juga.

      Delete
    2. saya cuba ye pakcik!..kalau salah mohon diperbetulkan

      sungguh indah perasaan ini
      seperti mengerti perasaan penulisnya
      sungguh ikhlas kata-kata yang diberi
      sehingga menusuk ke dalam jiwa

      Delete
    3. Percubaan awak mendapat markah 10/10. Syabas.

      Delete
  10. Replies
    1. semua followers yang tak dapat hadir serta cucu saya.

      Delete
  11. Awak!

    Kita tahu dari awal kita tak dapat pergi
    Hanya menumpang gembira dari jauh walau teringin di hati
    Maklumlah kita pemalu, rupa tiada, manis jauh sekali
    Namun kita tetap mendoakan semuanya lancar dan penuh erti

    Hehehe..saya tahu bukan saya yg Tuan Haji maksudkan. Macam biasa, tumpang berpuisi di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak !

      saya tidak maksudkan puisi itu kepada orang tertentu .. ia umum kepada mereka yang tak dapat datang.

      Delete
  12. awak...

    betullah bagai orang-orang kata
    makin berusia seseorang itu makin cepat terasa
    walau riuh rendah mengelilingi diri
    masih sempat nak mengenang sana sini
    hihihi...

    moga lenkali lebih ramai para awak yg sudi meluangkan masa, kan Tuan Haji?

    ReplyDelete
  13. Awak....

    kalaulah kita tahu mata awak tercari-cari...
    sudah pasti kita hadirkan diri agar dapat bertentangan mata.
    kalau kita tahu awak sunyi dalam keriuhan itu...
    sudah tentunya kita hadir agar kemeriahan dapat dicipta.
    namun....
    apakan daya...
    terlepas semuanya.

    opppsssss maaf perasan..
    saya terasa macam sayalah awak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !