Saturday, October 27, 2012

PANTUN ANAK AYAM - 14.



anak ayam turunlah enam,
mati seekor tinggallah lima;
macamana hati tak rindu dendam,
belum puas bertentang mata.


.

15 comments:

  1. Anak ayam sedang menguis
    mencari cacing untuk dimakan
    alaaaaa....chomelnya iris
    tak kan atuk tak sudi temankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak menangkap lokan,
      dapat todak sebelum asar;
      bukannya tidak sudi temankan
      siapa pulak hendak ke pasar ?

      Delete
  2. Enam ekor turun berbaris
    Mati seekor tinggallah lima
    Asyik teringat kenangan manis
    Dalam dakapan duduk bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. mati seekor tinggallah lima,
      kalau terikat biarkan longgar;
      dalam dakapan duduk bersama,
      bila teringat hati berdebar.

      Delete
  3. Anak ayam turunlah enam,
    Mati seekor tinggallah lima;
    Berpisah bertemu rindu dan dendam,
    Lumrah kehidupan di alam dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kutip batu di pinggir hutan,
      kayu mati usah diangkat;
      memang begitu lumrah kehidupan,
      namun hati tetap mengingat.

      Delete
  4. salam ziarah.

    Anak ayam ada yang mati,
    Mati dalam pesawat Las Vegas,
    Macam mana tak puas hati,
    Sebab tak puas makan sos cheese wedge.

    Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih kerana sudi ziarah.

      menarik produk itu.

      Delete
  5. anak ayam turunnya lima,
    tidaklah puas tapi tidurku lena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ayam turunnya lima,
      tapi tidurku senentiasa lena.

      Delete
  6. anak ayam anak itik
    satu mematuk satu menyudu
    makin di pandang semakin cantik
    buat hati semakin rindu..

    alahai.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ayam turunlah lima,
      mati seekor disambar helang;
      semakin hari semakin remaja,
      kelak atuk tinggal seorang.

      Delete
  7. Anak ayam turunlah enam berkawan,
    Mati seekor tinggallah lima
    SiIris, hati mana tidak tertawan,
    comel ditegor ceria di terima

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !