Tidak dibenarkan menerbitkan semula sebarang karya di sini tanpa keizinan pemilik blog.
Anak ayam makan berebutAnak emak jatuh ke lobangTuan sanggup di godam ributSaya sanggup di telan gelombang.Haaa.. Baru ngam.. Ekekeke!!
anak emak jatuh ke lobang,ambil cawan bersama lesung;kalau sanggup ditelan gelombang,kenapa hujan awak berpayung.
Jatuh kelobang terdengar sayupSi anak ayam hidup terbiarHujan di darat jangan kuyupHujan di lautan jangan patah tiang layar:)
anak kambing ada lapananak ayam di dalam rebankukuhkan sayang dengan kepercayaanberhati-hati jangan dipinggirkan
anak ayam turunlah lapan,mati seekor dilanggar lori;kalau diri sudah dipinggirkancari yang lain sebagai ganti.
anak ayam turun sepuluhturun sepuluh dari kayangankasih hamba kasih yang teguhjangan sekali di permainkan
anaklah ayam di balik pintu,mematuk ikan didalam pinggan;jikalau tuan kata begitu,nyawa dan badan hamba galangkan.
Anak ayam turunlah tujuhMati seekor tinggallah enamSaat kasihku bertambah teguhMengapa kau pergi di dalam diam...
anaklah ayam memakan bayam,di balik sagu pohon mengkudu;hamba pergi di dalam diam,elak mengganggu tuan beradu.
Assalamualaikum Tuan..Anak Ayam, Ayam JugaMana Kan sama anak kedidiSayang menyayang pasti didugaTerbang Sayang Badan melidiAnak Ayam pergi bersiarDitimpa hujan cepat berteduhBila dah sayang tak usah gusarBermuafakat membuat hubungan utuh
Alaikumsalam.anaklah ayam anak kedidi,mana kan sama si anak lipan;terbang sayang badan melidi,kuranglah belanja kuruskan badan.hehe.
Anak ayam turunlah tujuhMati seekor tinggallah enamTuan tempat saya berteduhCinta di hati kian mendalamFewit!
keh keh keh...boleh tahan jugak budak nih!
anaklah ayam turunlah tujuh,pergi ke bendang mencari udang;boleh saja tumpang berteduh,mentang-mentanglah badan ku rendang !
anak ayam tertelan rambutgelojoh sangat sewaktu makankalau datang taufan dan ributpelukku kuat jangan dilepaskanarhaaa ha ha...acah mak enon jer tu...hati di dalam rasa berderauanak ayam tergolek matiribut dan taufan tidak ku hirauasalkan tuan setia menanti...
anak ayam tertelan rambut,gelojoh sangat sewaktu makan;kalau datang taufan dan ribut,biarkan hamba melaungkan azan.
terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !
Anak ayam makan berebut
ReplyDeleteAnak emak jatuh ke lobang
Tuan sanggup di godam ribut
Saya sanggup di telan gelombang.
Haaa.. Baru ngam.. Ekekeke!!
Deleteanak emak jatuh ke lobang,
ambil cawan bersama lesung;
kalau sanggup ditelan gelombang,
kenapa hujan awak berpayung.
DeleteJatuh kelobang terdengar sayup
Si anak ayam hidup terbiar
Hujan di darat jangan kuyup
Hujan di lautan jangan patah tiang layar
:)
anak kambing ada lapan
ReplyDeleteanak ayam di dalam reban
kukuhkan sayang dengan kepercayaan
berhati-hati jangan dipinggirkan
anak ayam turunlah lapan,
Deletemati seekor dilanggar lori;
kalau diri sudah dipinggirkan
cari yang lain sebagai ganti.
anak ayam turun sepuluh
ReplyDeleteturun sepuluh dari kayangan
kasih hamba kasih yang teguh
jangan sekali di permainkan
Deleteanaklah ayam di balik pintu,
mematuk ikan didalam pinggan;
jikalau tuan kata begitu,
nyawa dan badan hamba galangkan.
Anak ayam turunlah tujuh
ReplyDeleteMati seekor tinggallah enam
Saat kasihku bertambah teguh
Mengapa kau pergi di dalam diam...
anaklah ayam memakan bayam,
Deletedi balik sagu pohon mengkudu;
hamba pergi di dalam diam,
elak mengganggu tuan beradu.
Assalamualaikum Tuan..
ReplyDeleteAnak Ayam, Ayam Juga
Mana Kan sama anak kedidi
Sayang menyayang pasti diduga
Terbang Sayang Badan melidi
Anak Ayam pergi bersiar
Ditimpa hujan cepat berteduh
Bila dah sayang tak usah gusar
Bermuafakat membuat hubungan utuh
Alaikumsalam.
Deleteanaklah ayam anak kedidi,
mana kan sama si anak lipan;
terbang sayang badan melidi,
kuranglah belanja kuruskan badan.
hehe.
Anak ayam turunlah tujuh
ReplyDeleteMati seekor tinggallah enam
Tuan tempat saya berteduh
Cinta di hati kian mendalam
Fewit!
keh keh keh...
Deleteboleh tahan jugak budak nih!
anaklah ayam turunlah tujuh,
Deletepergi ke bendang mencari udang;
boleh saja tumpang berteduh,
mentang-mentanglah badan ku rendang !
anak ayam tertelan rambut
ReplyDeletegelojoh sangat sewaktu makan
kalau datang taufan dan ribut
pelukku kuat jangan dilepaskan
arhaaa ha ha...acah mak enon jer tu...
hati di dalam rasa berderau
anak ayam tergolek mati
ribut dan taufan tidak ku hirau
asalkan tuan setia menanti...
anak ayam tertelan rambut,
Deletegelojoh sangat sewaktu makan;
kalau datang taufan dan ribut,
biarkan hamba melaungkan azan.