Wednesday, October 3, 2012

PANTUN ANAK AYAM - 12

Kali terakhir berpantun anak ayam adalah pada akhir tahun lalu di sini. Hari ini teringin nak sambung semula.
 
anak ayam turunlah lapan,
mati seekor tinggallah tujuh;
bila tersebut nama mu tuan,
ribut gelora ku rasa teduh.

12 comments:

  1. anak ayam di atas papan
    jatuh ia ke air yang keruh
    bila disebut namamu tuan
    hatiku yang tenang menjadi geruh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anaklah ayam di atas batu
      macamana boleh jadi lagu tu ?

      Delete
  2. anak ayam berlima-lima
    jatuh tersepak ke dalam longkang
    terasa tenang menyebut nama
    jangan bila ternampak lari lintang pukang

    anak ayam sederet terpijak baja
    terlompat-lompat umpama kera
    kalau begitu lebih baik sebut nama saja
    bimbang terjumpa kembali bergelora

    khkhkhkh...

    ollooo...arini demam laa...ilham takleh mari.
    kesian anak ayam tu tersepak masuk ke longkang ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anaklah ayam turunlah lapan,
      mati seekor termakan candu;
      mungkin betul kata mu tuan,
      tidak bertemu lebih merindu.

      Delete
  3. Assalamualaikum Tuan..

    Anak Ayam turunlah lapan
    Mati seekor tinggallah tujuh
    Bagaikan benar Kata Biduan
    Menyebut nama yg disyg itu ibarat penyembuh

    Anak ayam cabut lari
    Dikejar oleh cacing perkasa
    Bercerita ayam dipagi hari
    Jom Tuan ke KFC kita bersama





    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      anak ayam turunlah lima,
      mati seekor dihempap titi;
      nak pergi KFC yang mana ?
      kita bertemu di sana nanti.

      Delete
  4. Anak ayam turunlah lapan
    Mati seekor tinggallah tujuh
    Bila terbayang wajah idaman
    Hati yang kosong terasa penuh

    Penuh cintaaa. Heheh. Pantun rekaan semata2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk Dinas...

      anak ayam berlari-lari
      kaki tersangkut di tali jala
      memang sunyi hidup sendiri
      bila berdua kerenah pula

      Delete
    2. Dinas Aldi

      anak ayam turunlan tujuh,
      mati seekor disambar helang;
      hati yang kosong terasa penuh,
      orang lain tak dapat tumpang.

      Delete
    3. Queenie

      anaklah ayam turunlah lima,
      mati seekor dimakan musang;
      kerenah itu adat bersama,
      untuk kenangan bila seorang.

      Delete
  5. Anak ayam turunlah lapan
    Mati seekor tinggallah tujuh
    Bila rindu padamu Tuan
    Hari panas jadi tengkujuh..


    Ekekekek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ayam turunlah tujuh,
      mati seekor tercekik ubi;
      hari panas jadi tengkujuh,
      kuranglah sikit bayar TNB.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !