Saturday, December 31, 2011

PANTUN ANAK AYAM - 11.


Nota Tangan: Memandangkan Pantun Anak Ayam - 10 mendapat sambutan lebih dari biasa, saya zahirkan Pantun Anak Ayam -11 pula untuk meneruskan kemeriahan  gelanggang. Terima kasih kepada Kakcik,  Fara, Dinas Aldi, Ust Abd Razak, Abang Temuk dan terutamanya Deru Ombak dengan Queenie yang kerap turun bermain dalam Pantun Anak Ayam - 10 yang lalu.



anaklah ayam turun sepuluh,
mati seekor tinggal sembilan;
hilang berganti patah dah tumbuh,
tuan sahaja hamba berkenan.

anaklah ayam turun sembilan,
mati seekor tinggallah lapan;
tuan ibarat bulan di awan,
hanya bertemu dalam khayalan.

.

.

31 comments:

  1. anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    tidak sudahnya tuan mengeluh
    andai peluang sengaja disia-siakan

    anaklah ayam turun sembilan
    mati seekor tinggallah lapan
    peluang yang ada tidak dihiraukan
    apa perlunya tuan sesalkan

    :)

    ReplyDelete
  2. Gunung Daik di Pulai Satu,
    sampan kolek berisi delima;
    haa...kan baik terus terang begitu,
    barulah molek hidup bersama.

    kenapa malam terasa kelam,
    mana cahaya bulan menimpa;
    apa enaknya berkhayal malam,
    kalau siang boleh berjumpa...

    mahkota indah emas suasa,
    jadi penyeri hiasan rambut;
    janganlah lagi memendam rasa,
    jikalau hati bagai nak ribut...

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi pemantun tegar, kakcik and Q.

    Saya tengah berbekfes ni.. Gelak sensorang x best.. Meh gelak ngan saya..


    Mak minah jalan berlenggang
    Membawa sebakul buah delima
    Tunggukan saya masuk gelanggang
    Bersenda, berseloka bersama

    (nak round pulau legenda dulu siang ni)

    ReplyDelete
  4. bekfes...biar sampai kenyang D/O..

    enak sungguh makan kek pound,
    makan sebuku tak cukup lagi;
    jangan round sebarang round,
    pantun hanyut di pantai Feringghi...

    hahahihi...

    ReplyDelete
  5. As-Salam Tuan..

    Anaklah ayam turun sepuluh
    Mati seekor tinggal sembilan
    Tertusuk sembilu hati luluh
    Umpama tercabut roh dari badan

    Anaklah ayam turun sembilan
    Mati seekor tinggallah lapan
    Semasa hidup banyakkan amalan
    Supaya mati dalam keimanan

    Meriah sungguh bila kemari
    Banyak pemantun menjual membeli
    Pusaka bangsa Dihidupkan kembali
    Usaha Tuan sangat Saya hormati

    ReplyDelete
  6. Yang patah dah tumbuh
    Yang hilang dah berganti
    demam teringat dah sembuh
    Tak usah cari penyakit lagi pasni

    Tinggi tinggi si matahari
    Anak kerbau mati tertambat
    Bulan diawan sembunyi diri
    Jangan dicari, susah nak lihat

    Kalau roboh kota Melaka
    papan seraya saya gantikan
    Kalau sungguh bagai dikata
    Boleh lah kita berpantun sakan

    ReplyDelete
  7. D/O...

    meriam buluh bunyinya melantun
    amuk si tenggang terlalu hebat
    kalau sungguh hendak berpantun
    bukalah gelanggung ayuh bersilat

    bukan kilat seberang kilat
    kilat suasa di atas pinggan
    bukan silat seberang silat
    warisan bangsa kita segarkan

    ReplyDelete
  8. Adeh kakcik Seroja..
    Manalah saya mampu berpantun dgn kakcik yang hebat ni


    santun kakcik santun melayu
    santun saya santun bahasa
    pantun kakcik pantun berlagu
    pantun saya pantun biasa

    rumput rampai tumbuh melata
    Lulu lalang baba Dan nyonya
    Sungguh indah warisan kita
    Biarlah segar untuk Selamanya.

    Gelang emas gelang suasa
    Berganding dengan telok belanga
    Silat saya silat biasa
    Silat kakcik Silat indah berbunga

    ReplyDelete
  9. kakcik, queenie, deru ombak, eye_nee

    anak ayam turunlah tiga,
    mati seekor tinggallah dua;
    taman yang suram kembali ceria
    tuan berpantun hebat belaka.

    ReplyDelete
  10. Anak ayam turun sepuluh
    Mati seekor tinggal sembilan
    Kanda berkata biar bersungguh
    Tidaklah dinda kekal berangan

    Anak ayam turun sembilan
    Mati seekor tinggallah lapan
    Seksa bertemu dalam khayalan
    Jangan sampai mati beragan

    ReplyDelete
  11. Q..

    Sorong papan Tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Berjumpa lagi ditahun hadapan
    Jangan pula buat tak tahu


    Kakcik Seroja

    Kaum china beraya sakan
    Kuaci, kacang, kuih raya
    Terimakasih kasih saya ucapkan
    Sudi berpantun dengan saya


    Eye nee

    Pisang embun Santan kelapa
    Dibakar enak dengan bersira
    Sungguh pun kita belum bersapa
    Selamat Tahun Baru ye..

    Tuan Haji Hamzah Abd Hamid... Heheheh Nama penuh

    Naik perahu mencari lokan
    Do Akan dengan ikan panggang
    Selamat tahun baru saya ucapkan
    Terimakasih pinjamkan gelanggang

    ReplyDelete
  12. anaklah ayam turun sepuluh,
    mati seekor disambar helang;
    hilang berganti patah dah tumbuh,
    janganlah terus menggila bayang!

    anak ayam sembilan bakinya,
    mati seekor tinggallah lapan;
    bulankah dia bintangkah dia
    tangan terikat masakan tergapai!

    .

    ReplyDelete
  13. baru sampai kerumah...sibuk sgt nih!
    tercungap2 beli pantun D/O :

    tahun datang tahun pergi,
    doa dipohon semuanya bergembira,
    insyaAllah kita pasti berjumpa lagi,
    berbalas pantun menambah mesra...

    apa gunanya memakan tombong,
    nanti angin penyebab ngilu;
    apa gunanya hidup menyombong,
    yang mungkin ada hanyalah malu...



    petik kuini di tengah malam,
    jangan terpetik buah mengkudu,
    hari ini kan jadi semalam,
    menggunung kenangan sepanjang hidupku...

    salam Maghrib...
    SELAMAT TAHUN BARU 2012 PADA TEMAN PEMANTUN SEMUA TERUTAMA TUAN RUMAH YANG MULIA..

    ReplyDelete
  14. anaklah ayam turun sepuluh,
    mati seekor tinggal sembilan;
    saban saat kita bergaduh,
    walhal kita saling berkenan.

    anaklah ayam turun sembilan,
    mati seekor tinggallah lapan;
    saya dacing tuan bulan,
    mari turun kutimbang perasaan.

    .

    ReplyDelete
  15. Anaklah ayam turun sepuluh,
    Mati seekor tinggal sembilan;
    Jika lahir kasihnya bersungguh,
    Jiwa dan raga kuserahkan.

    Anaklah ayam turun sembilan,
    Mati seekor tinggallah lapan;
    Biar bertemu hanya dalam khayalan,
    Kembali segar semangat di badan.

    ReplyDelete
  16. baca pantun anak ayam ni. terus macam nak nyanyi lagu sepuluh budak hitam~

    ReplyDelete
  17. Q.. miss u..

    Berkelip sikunang-kunang
    Hinggap singgah disanggul cik Eton
    Tempat jatuh lagi dikenang
    Inikan pulak pentas berpantun


    Kakcik

    Terbang tinggi siburung helang
    Kilat berlalu suria menjelma
    Wahai kakcik mane menghilang
    Langkah silatku sudah lama bermula

    Eheh..

    Jala terus ditebar
    Senag hati menyanyi nyanyi
    Tuan Haji apa khabar?
    senyap langsung tak bunyi.

    :)

    ReplyDelete
  18. anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    sudah terang lagikan bersuluh
    takut-takut bulan diselindung awan

    anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    berkhayal sememangnya indah
    indah lagi jika dapat dijadikan kenangan

    anaklah ayam turun sembilan
    mati seekor tinggallah lapan
    Benarkah sudah tuan berkenan
    ibarat kumbang hingap dijambangan

    anaklah ayam turun sembilan
    mati seekor tinggallah lapan
    andainya kumbang sudah dijambangan
    Janganlah pula tuan berangan-angan

    ReplyDelete
  19. D/O...welcome home...

    jap eh, nak fokus kat sambal nasi lemak dulu keh3..

    dah beres nanti kita berpantun sampai berasap..biarkan tuan rumah lari duduk tenangkan fikiran bawah pokok moktan dia...

    beri dia kesempatan memikirkan samada nak teruskan gelanggang ni dibuka atau ditutup saja pasal pantun kita dah lesap mana entah perihal anak ayamnya...

    keh3...

    ReplyDelete
  20. kakcik

    anak ayam turunlah enam,
    mati dua tinggallah empat;
    peluang yang ada timbul tenggelam,
    lewat rebut dikebas sahabat.

    ReplyDelete
  21. queenie

    pantun awak ..

    kenapa malam terasa kelam,
    mana cahaya bulan menimpa;
    apa enaknya berkhayal malam,
    kalau siang boleh berjumpa.

    pantun saya ..

    anaklah ayam turun sembilan,
    mati enam tinggallah tiga;
    berkhayal malam tanda seniman,
    berkhyal siang penagih ganja.

    ReplyDelete
  22. deru ombak

    pantun awak ..

    Naik perahu mencari lokan
    Do Akan dengan ikan panggang
    Selamat tahun baru saya ucapkan
    Terimakasih pinjamkan gelanggang

    pantun saya ..

    anak ayam turunlah lima,
    mati dua tinggallah tiga;
    ucapan tuan saya terima
    sewa gelanggang dibayar juga.

    d/o .. baris dua pantun awak saya tak faham.

    ReplyDelete
  23. eye_nee

    pantun awak ..

    Meriah sungguh bila kemari
    Banyak pemantun menjual membeli
    Pusaka bangsa Dihidupkan kembali
    Usaha Tuan sangat Saya hormati


    pantun saya ..

    anak ayam turunlah enam,
    mati seekor tinggallah lima;
    gembira sungguh hati di dalam,
    tuan sudi berpantun sama.

    ReplyDelete
  24. abang temuk

    pantun abang ..

    anaklah ayam turun sepuluh,
    mati seekor disambar helang;
    hilang berganti patah dah tumbuh,
    janganlah terus menggila bayang!

    pantun saya ..

    anaklah ayam turun sepuluh,
    mati seekor tinggal sembilan;
    hilang dah ganti patah dah tumbuh,
    hanyalah dia hamba berkenan.

    ReplyDelete
  25. D/O...ni baru ada anak ayam..

    anaklah ayam tercekik sentul,
    mati seekor tanam di jungle - :)sorry
    kalau kemari ejaan mesti betul,
    sebab pakcik ni bukannya google...

    (kalau google best, kita salah eja pun dia relax jer, siap tolong betulkan lagi....)

    ReplyDelete
  26. dinas aldi

    pantun awak ..

    Anak ayam turun sembilan
    Mati seekor tinggallah lapan
    Seksa bertemu dalam khayalan
    Jangan sampai mati beragan

    pantun saya ..

    anaklah ayam turun sembilan,
    mati seekor tinggallah lapan;
    kalau khayalan satu kesalahan,
    biarin hamba, jangan kejutkan.

    ReplyDelete
  27. ust abd razak

    pantun ustaz ..

    Anaklah ayam turun sepuluh,
    Mati seekor tinggal sembilan;
    Jika lahir kasihnya bersungguh,
    Jiwa dan raga kuserahkan.

    pantun saya ..

    anaklah ayam turunlah dua,
    mati seekor tinggallah satu;
    jika ustaz tidak percaya,
    ambillah kapak belah dada ku.

    ReplyDelete
  28. dhiera

    kalau saya buat pantun 10 budak hitam nanti, awak mesti jawab ya !

    ReplyDelete
  29. lama rasanya tak berpantun......
    huhuhu

    ReplyDelete
  30. alieza dayasari

    kalau begitu kenapa tak turut berpantun ?

    ReplyDelete
  31. Tuan Haji..

    Time ni meroyan giler kitorang.... Ehehehehe..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !