Wednesday, December 21, 2011

PANTUN ANAK AYAM - 10.


anaklah ayam turunlah lima,
mati seekor tinggallah empat;
bukannya sayang bukannya suka,
makin dilupa makin teringat.


24 comments:

  1. mati seekor tinggallah empat
    setia bersama hingga ke tua
    makin dilupa makin teringat
    itulah nasib pilihan kedua

    :)

    ReplyDelete
  2. Terik mentari mengerah keringat,
    Kesat peluh meleleh di muka,
    Kenapa masih mahu teringat-ingat?
    Dah kalau hati kata tak sayang, tak suka?

    ReplyDelete
  3. Anak kecil bermain dakwat
    Tumpah ke lantai dimarah bonda
    Makin dilupa makin teringat
    Petanda jiwa sudah tergoda

    ReplyDelete
  4. Hang jebat usah disanggah
    Kelak diri binasa cuma
    Salam ziarah datang menyinggah
    Bolehkah saya main bersama



    P/s. Datang dari rumah kakcik Seroja

    ReplyDelete
  5. Mati seekor tinggallah empat,
    Mati tercekik si biji rambai;
    Makin dilupa makin teringat,
    Itulah HUTANG belum dilangsai.

    ReplyDelete
  6. Anaklah ayam turunlah lima,
    Mati seekor tinggallah empat;
    Tiadanya sayang tiadanya suka,
    Hidup terseksa jiwa merempat.

    ReplyDelete
  7. subur seroja di kolam ikan,
    nampak berbalam orang berperahu;
    mulut saja berkata bukan,
    hati di dalam sendiri yang tahu...

    hehehihi...

    ReplyDelete
  8. Asam pauh delima batu
    Anak sembilang ditapak tangan
    Mulut saja bermadah begitu
    Dalam hatiii...aduhhh.. Kangen!!!

    ( kan Q kan.. ) hheheh..

    ReplyDelete
  9. mohon izin nak lepak kat sini jap ngan Deru Ombak...

    biar berbaki lemang di situ,
    kacang dan kuaci di dalam peti;
    perangai lelaki memang begitu,
    mulut terkunci di dalam hati...

    asah parang memburu kedidi,
    itik berenang di tasik tenang;
    wajah garang macam tak sudi,
    jiwa di dalam asyik mengenang...

    tul dak Deru Ombak...?
    khkhkhkh..

    ReplyDelete
  10. Q...
    Hehehehe...dalam gerabak ketapi jap Lagi saya balas ok.. Kita pinjam gelanggang Tuan Haji seketika... ;)

    ReplyDelete
  11. Q..

    Kelaut lepas anak nelayan
    Dibawa bekal siubi kayu
    Buat buat layan tak layan..
    Perhhh.. Dalam hati penuh taman Q

    lemah gemalai Dara jelita
    Tepi sungai menari-nari
    Dalam hati sayang Dan cinta
    Kerana ego merana lah diri - nasib la kan..kan Q

    Adeh...saya takot Tuan Haji meleleh air mata jek..

    ReplyDelete
  12. deru ombak

    saya jawab komen awak yang takot saya meleleh air mata dulu .. pantun yg lain2 tu akan saya jawab juga bila ilham tiba.

    sebenarnya saya sangat gembira dan rasa terhibur bila ada orang sudi bermain2 di gelanggang ini. sila teruskan !

    ReplyDelete
  13. Deru Ombak..

    ketapi dah sampai stesen lom? ekeke..

    kita sambung lagi nak? sementelah tuan rumah tak marah..(kaduk naik junjung nih!)

    petik rambutan pakai songkok,
    putih melepak tangan memetik;
    jeling-jeling jenguk-jenguk,
    taman di hati subur berputik...

    anak gagak memakan padi,
    anak tiung terbang pulang;
    selalu berlagak macam tak sudi,
    burung direnung disambar helang...

    ada asapnya dari serombong,
    ke laut China mencari karang;
    apa hebatnya ego dan sombong?
    jiwa merana tinggal seorang...

    Deru Ombak...take your time babe!
    pakcik al sure bukak songkok garuk2 kepala bawah pokok motan
    muahaha...jgn memain ngan anak ayam, ada badinya hahahihi...

    ReplyDelete
  14. Q...
    On the way checkin hotel. Sampai Langkawi about 8.30 this morning... Tunggu..kita mesti jawab pantun tu.
    Saya x jadi dok twin peak. Awana porto malai now. Wait wait arrrr...

    ReplyDelete
  15. As-Salam Tuan..

    Bukannya Sayang bukanya suka
    makin dilupa makin teringat
    Itulah tanda hati berbelah dua
    Mulut kata tidak hati kata ingat

    Melati Putih Indah Dan Suci
    Bagai Kiasan nak dara desa
    Hati Kata tak sayang mulut kata benci
    Hakikatnya itu petanda cinta

    ReplyDelete
  16. Huh!!! Q, dari serangkap jadi dua, pastu tiga? Cesss!! Cess!!

    Jendela mata titis berlenang
    Bukan mainan bukan sengaja
    Jangan di ingat jangan dikenang
    Yang dah hilang Lupakan saja... Boleh ke Tuan Aji???

    kehilangan dia hati terluka
    Tenangkan jiwa bawak mengaji
    Bukan sayang bukan suka
    Tetap teringat kenapa ye Tuan Aji??

    berlari-lari sianak rusa
    Tersalah langkah terpijak tali
    Senda kami jangan terasa (Q and Me)
    Hanya seloka menghibur hati

    ReplyDelete
  17. Deru Ombak....

    like this...
    I rest my case.

    ReplyDelete
  18. kakcik

    tidak berhajat membeli ragi,
    cuma merasa barang secubit;
    tidak berniat menganak tiri,
    cuma masa ku tinggal sedikit.

    ReplyDelete
  19. pok amai-amai

    dari dengkil ke kuala langat,
    pulang esok membawa pinggan;
    hati degil masih teringat,
    walau bertepuk sebelah tangan.

    ReplyDelete
  20. dinas aldi

    makan serawa di waktu senja,
    burung camar hinggap di kali;
    memang jiwa sudah tergoda,
    akibat gemar bermain api.

    ReplyDelete
  21. deru ombak

    terima kasih kerana sudi memeriahkan gelanggang yang suram ini. saya nak jawab pantun awak yang ini sahaja.

    Awak jual ..

    Jendela mata titis berlenang
    Bukan mainan bukan sengaja
    Jangan di ingat jangan dikenang
    Yang dah hilang Lupakan saja...

    Saya beli

    ayam serama itik serati,
    di dalam kepuk si itik nila;
    letih hamba memujuk hati,
    makin dipujuk makin menggila.

    ReplyDelete
  22. queenie

    pakcik turut berterima kasih dan bangga kerana orang muda minat dan pandai berpantun. pakcik juga nak jawab satu pantun awak yang ini.

    awak jual ..

    biar berbaki lemang di situ,
    kacang dan kuaci di dalam peti;
    perangai lelaki memang begitu,
    mulut terkunci di dalam hati..

    saya beli ..

    pisang awak tidak berbiji,
    dimakan budak di balik pintu;
    bijaknya awak menilai lelaki,
    deru ombak bolehlah berguru.
    mudahlah nanti membuka hatinya.

    ReplyDelete
  23. abang temuk

    pisang emasa dibawa belayar,
    masak semua di dalam peti;
    hutang emas boleh dibayar,
    hutang perasaan tanggung sendiri.

    ReplyDelete
  24. ustaz abd razak

    turun lima dah tinggal empat,
    akibat suka bermain pintu;
    jangan terseksa jiwa merempat
    Dia kan ada tempat mengadu ?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !