Memang kita kenal awak belum lama
tapi kita rasa awak dengan kita satu kepala
kadang-kadang kita rasa macam nak tergelak
dengan lurus bendul awak
walaupun awak gemar berborak
kita tidak pernah jelak
walaupun cerita awak, itu itu jugak.
Awak tahu tak kadang-kadang
awak tu sebenarnya cakap sorang-sorang
sebab kita hanya buat-buat macam mendengar
tapi fikiran kita sebenarnya entah ke mana berlegar.
Kita tak tahu apa perasaan awak kat kita
tapi terus terang kita cakap yang kita belum rasa apa-apa
kita pun khuatir kalau-kalau kita tersuka kat awak
kita bimbang rasa itu kemudian nanti, tidak mampu kita tolak.
Kita tahu satu masa awak pasti akan tinggalkan kita
dan masa itu kini telah pun tiba
kita tahu awak pergi dengan terpaksa
tapi kita tak upaya nak buat apa-apa
nak halang pun bukannya kita ada kuasa
apa-apa pun kita lega awak tinggalkan kita sekarang
sebelum rasa itu datang dan bersarang.
Namun begitu di dalam hati kita ada juga terasa
awak pergi tanpa beritahu apa yang awak rasa kat kita
sebab kengkadang kita rasa macam awak suka
dan kengkadang macam bena tak bena kat kita.
dan kengkadang macam bena tak bena kat kita.
Tak acilah awak pergi cenggini
tanpa menzahirkan rasa hati
dan kita akan terus berteka teki.
* ini adalah cereka semata-mata .. anggaplah ia macam novel yang bukan berdasarkan kisah benar.
* ini adalah cereka semata-mata .. anggaplah ia macam novel yang bukan berdasarkan kisah benar.
Saya faham sebab ilham datang tanpa perlu diundang... :)
ReplyDeletetepat sekali kata kakcik itu .. saya cuma melayan ilham.
Delete
ReplyDeleteAwak..
Pagi tadikan..
Sebelum subuh saya dah datang
Ingatkan nak berpantun masuk gelanggang
Rupaya ada cerita reka
Saya sengeh2 baca dan baca..
Selepas subuh saya baca lagi
Rasanya berkali-kali.
Geli hati pun Ada
Sampai tak tau nak komen ape.
Apa pun saya suka ini cerita
Memulakan hari saya penuh ceria.
Terimakasih awak.. Lain kali cerita lagi okeh!
Hihihi...
Awak !
DeleteSebenarnya kita telah banyak kali berulang
Melihat siapa yang datang ke gelanggang
Yang ada hanya Kakcik seorang
Hati kita merasa walang
Tetiba awak datang
Hati di dalam melonjak girang
Ingatkan sudah tiada orang sudi memandang.
Awak !
Terima kasih kerana sudi bergebang.
Okeh mari kita merekaciptaaa..
ReplyDeleteAwak
Saya pun sama juga
Tak mahu terlebih rasa
Tak mahu berputik cinta
Lebih baik begini saja
Tak mahu saya tahu
Apa tersirat di dalam kalbu
Takut tertusuk duri sembilu
Pedihnya hanya Tuhan yang tahu
Lebih baik kita berkawan
Kita tahu di mana batasan
Walau jauh tetap di ingatan
Lebih bahagia dalam persahabatan
Boleh tak camni, hehe.
Boleh sangat !
DeleteOrang dulu-dulu ada berkata
Dekat bau tak enak jauh bau bunga
Kata-kata itu banyak betulnya
Biarlah kita begini saja.
salam al-lavendari,
ReplyDeletemummy suka sangat baca Pu.e.c..... awak ni , mencuit hati lah... dan comment dari teman blogger semua menarek hati mummy...... nak masok gelangang mummy segan.... al maalom bahasa kita tongang langang..... hehehe... :-)D
salam kembali.
Deletebelasah jer .. bahasa tonggang langgang pun tak apa sebab ini blog 'puisi orang tak reti'
Assalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteAwak..
Saya macam terasa pula
Sebab Lama sudah tidak menyapa
Jarang Sekali menitipkan kata
Apatah lagi nak tanya berita
Awak..
Bukan tidak suka kemari
Terkadang kata bagai terkunci
Puas Memikir apa yg nak diberi
Akhirnya hanya berlalu pergi
Awak..
Saya takut hendak berjanji
Berdosa kalau tidak ditepati
Tapi saya akan pujuk diri
Apalah salahnya memberi
Walaupun cuma serangkap ayat
Boleh menggembirakan seorang sahabat
Tak perlulah nak memberikan kata yg hebat
Cukuplah membuat sahabat gembira
Biar pun cuma dengan sebaris kata
Alaikumsalam awak.
Deletekita tahu awak tidak lupakan kita
kita faham awak pun sibuk juga
tetapi itu tidak mengapa
asal di hati tetap bersama.
kita sendiri pun sudah jarang ke mari
namun rasa sayangkan gelanggang ini sudah terpatri
kerana tempat ini sangat dekat di hati
tempat mencurah rasa terpendam kepada yang mengerti.
yang penting tampal kisah kita dalam hati awak~
ReplyDeletejangan tampal dengan gam UHU !
Deletehehe...
ReplyDeletesedap pulak baca puisi ni
ilham diganti dengan awak
mulut tersimpan dalam hati
diluah pun tak semestinya luak
apa guna berteka teki
masa terbuang fikiran pun walang
err....dah putus awaklah pulak
(putus ilham) haha
nak masuk dapur dulu la
cari awak
haha...
kita memang suka berteka teki
Deletemelayan khayalan tidak bertepi
harap awak tidak cepat terasa
nukilan awak tidak disambut segera.
Maaf le,
ReplyDeleteudah lame awak tak ke sini
maklum le
kekadang awak ni sibuknya tak seberapa
cuma lalai sikit je
muga kamu sihat aje
dan bahagia dengan puisi kamu
awak pun bahagia juga
dengan HUJAN PETANG awak ni ha...
awak tidak perlu minta maaf sebenarnya
Deletekita gembira walau awak datang hanya sekali sekala
bukan kekerapan yang kita harapkan
yang penting di hati tidak pernah melupakan teman.
Awak..
ReplyDeleteMaafkan saya
Kerana saya baru sedar
akan kewujudan N3 AWAK..
Insya Allah awak
Sy cuba2 jengah N3 2x AWAK yang sebelum ini
Sudah 16 AWAK rupa2x nye..