Friday, August 24, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 31: SEDANG BERGADUH LAGI DI KENANG.





selat teduh lautan tenang,
anak gelama bermain buih;
sedang bergaduh lagi di kenang,
inikan pula pernah berkasih.




13 comments:

  1. Rendang sungguh pokok ketapang,
    Tumbuh sebelah pokok kelapa,
    Sedang bergaduh pun tetap sayang,
    Sudah berpisah tetap tak lupa.

    Pantun Tuan Haji tu sangat kena batang hidung saya, kehkeh..

    Pantun jawapan saya ni pulak saya letak kat entri terbaru saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang sungguh pokok ketapang,
      Tumbuh sebelah pokok kelapa,
      Makin dilupa makin terkenang,
      Walau mata tak pernah bersua.

      Delete

  2. Berteduh di bawah pohon kepayang
    Mata layu lalu beradu
    Sedangkan bergaduh bertambah sayang
    Jika di tinggal pasti merindu.

    Ngehehe!


    *Selamat Hari Raya Tuan Haji.. :)

    ReplyDelete
    Replies

    1. tanjung katung airnya biru,
      tempat mandi nak dara jelita;
      sedang sebumbung lagi di rindu,
      inikan pula jauh di mata.

      Delete
  3. minum selasih di waktu petang
    tarik nafas hingga tersedu
    waktu berkasih tidak ditatang
    sudah terlepas baru dirindu...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan ketutu dalam telaga,
      ikan belida dalam paya;
      memang begitu adat manusia,
      masa berada selalu leka.

      Delete
  4. selat teduh lautan tenang,
    anak gelama bermain buih;
    bila bergaduh tandanya sayang,
    makin bertaut rasa berkasih.

    ReplyDelete
    Replies

    1. selat teduh di dinihari,
      turunkan sauh menangkap bawal;
      kekadang bergaduh kerana benci,
      sudah berjauh terasa kesal.

      Delete
  5. anak gelama bermain buih,
    indah hidup jika dikasih!

    ReplyDelete
  6. anak gelama bermain buih,
    alangkah indahnya jika dikasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang indah hidup ini jika saling kasih mengasih .. tapi jangan guna ubat pengasih. hehe

      Delete
  7. Sudah ku buang jauh ke lubuk
    Sudah reput dimakan bubuk

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !