Monday, August 6, 2012

PANTUN SAJA-SAJA 30: SEDANG GEMBIRA MASA MENUAI.



sedang suka memakan tapai,
ingat-ingatlah orang di dalam;
sedang gembira masa menuai,
ingat-ingatlah orang menanam.



11 comments:

  1. Sang semut kakinya enam
    Di tepi parit terkapai-kapai
    Kalau tiada orang menanam
    Tiada apa hendak dituai

    Tak gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang semut kakinya enam,
      Di tepi parit terkapai-kapai;
      Biarlah kita seronok menanam,
      Anak cucu seronok menuai.

      Delete
  2. Makan tapai ubi kayu
    Manis seperrti gula melaka
    Kalau padi yang diperlu
    Buat kerja jangan gelak ketawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis seperti gula Melaka,
      Pisang sesikat dibuang jangan,
      Buat kerja hati gembira,
      Kerja berat menjadi ringan.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Makan tapai sambil tertawa
    Orang didalam jangan dilupa
    Masa menuai kini lah tiba
    Yang menanam tentu gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang di dalam jangan dilupa,
      Beri ragi dibuat tapai;
      Orang menanam juga gembira,
      Gembira lagi orang menuai.

      Delete

  5. Duduk berenam sorang berbuai
    kaki melangkah sepatu nyonya
    Siapa menanam dialah menuai
    Bukan begitukah sepatutnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk berenam seorang berbuai,
      Luka kakinya tersepak parang;
      Siapa menanam dialah menuai,
      Lebih baktinya dituai orang.

      Delete
  6. Salam Aidilfitri & maaf zahir batin dari saya, Tuan Haji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga serupa ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sekiranya selama berpuisi ada yang tidak berkenan di hati.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !