Tidak dibenarkan menerbitkan semula sebarang karya di sini tanpa keizinan pemilik blog.
Assalamualaikum Tuan...Cerita Sejengkal Jadi SedepaItu lah Kisah Si Pembawa MulutUntung Tiada Selebihnya dosaBaik Bertaubat Selagi Hidup
Alaikumsalam.cerita sejengkal jadi sedepaitu lah kisah si pembawa mulutpintu taubat sentiasa terbukaselagi mata belum tertutup.
budak botak bermain batutidak sedar seluar tertanggalkalau tak dibawa mulut yang satudi mana pula hendak ditinggal? ;-)
tidak sedar seluar tertanggal,gelak ketawa orang perhati,saya tak tahu mana nak tinggal,tanyalah pencipta peribahasa ini.
kerana mulutlah badan binasa kan pak ngah?selamat berpuasa............
bagi penceramah, kerana mulut dia dapat cari makan.
Manis sungguh tapai pulutJadi kegemaran baba dan nyonyaMemang bahaya membawa mulutMenambah dosa buruk padahnya
beli kerang di kedai nyonya,buat bekal pergi mengaji;ramai orang tahu padahnya,masih gagal mengawal diri.
waktu senja usah ke laut,nanti bekal di makan kera,Kalau bukan kerana mulut,Hati memendam terus terluka,waktu senja usah ke laut,nanti bekal di makan kera,Tidak semua kerana mulut,cerita benar didengar dusta,Salam Ramadan, Maaf zahir dan batin
waktu malam memasang lukah,dapat belida tidak bermata;rasa terpendam boleh diluah,jangan sengaja buat cerita.salam Ramadhan juga dari saya.
waktu senja usah ke laut,nanti bekal di makan kera;jika datang berita yang kalutsiasat dulu baru bercerita
berdayung ke teluk menangkap kembung,balik senja mengheret jala;memang seronok sambung menyambung,sampai terlupa menanggung dosa.
Mendayung rakit hingga ke hulu,Melawan arus yang rakus menerpa,Bukannya aku tidak tahu,Kemana mulut itu dibawa...
terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !
Assalamualaikum Tuan...
ReplyDeleteCerita Sejengkal Jadi Sedepa
Itu lah Kisah Si Pembawa Mulut
Untung Tiada Selebihnya dosa
Baik Bertaubat Selagi Hidup
Alaikumsalam.
Deletecerita sejengkal jadi sedepa
itu lah kisah si pembawa mulut
pintu taubat sentiasa terbuka
selagi mata belum tertutup.
budak botak bermain batu
ReplyDeletetidak sedar seluar tertanggal
kalau tak dibawa mulut yang satu
di mana pula hendak ditinggal? ;-)
tidak sedar seluar tertanggal,
Deletegelak ketawa orang perhati,
saya tak tahu mana nak tinggal,
tanyalah pencipta peribahasa ini.
kerana mulutlah badan binasa kan pak ngah?
ReplyDeleteselamat berpuasa............
bagi penceramah, kerana mulut dia dapat cari makan.
DeleteManis sungguh tapai pulut
ReplyDeleteJadi kegemaran baba dan nyonya
Memang bahaya membawa mulut
Menambah dosa buruk padahnya
beli kerang di kedai nyonya,
Deletebuat bekal pergi mengaji;
ramai orang tahu padahnya,
masih gagal mengawal diri.
waktu senja usah ke laut,
ReplyDeletenanti bekal di makan kera,
Kalau bukan kerana mulut,
Hati memendam terus terluka,
waktu senja usah ke laut,
nanti bekal di makan kera,
Tidak semua kerana mulut,
cerita benar didengar dusta,
Salam Ramadan, Maaf zahir dan batin
waktu malam memasang lukah,
Deletedapat belida tidak bermata;
rasa terpendam boleh diluah,
jangan sengaja buat cerita.
salam Ramadhan juga dari saya.
waktu senja usah ke laut,
ReplyDeletenanti bekal di makan kera;
jika datang berita yang kalut
siasat dulu baru bercerita
berdayung ke teluk menangkap kembung,
Deletebalik senja mengheret jala;
memang seronok sambung menyambung,
sampai terlupa menanggung dosa.
Mendayung rakit hingga ke hulu,
ReplyDeleteMelawan arus yang rakus menerpa,
Bukannya aku tidak tahu,
Kemana mulut itu dibawa...