Friday, December 7, 2012

PEMBAYANG DULU-DULU 49: JANGANLAH NANTI.



dari mana hendak ke mana,
tinggi rumput darilah padi;
abang pergi tidaklah lama,
tapi adik janganlah nanti.



17 comments:

  1. pohon berangan tepi perigi
    embun menitik tali temali
    ke mana gerangan abang nak pergi
    adik digantung tanpa bertali

    ReplyDelete
    Replies
    1. perah kelapa memasak kari,
      masak kari di rumah khatib;
      abang hanya di dalam negeri,
      bersunyi diri mengenang nasib.

      Delete
  2. ewah...

    pegi mane tu?

    ReplyDelete
  3. Abang pergi tidaklah lama
    Tapi adik janganlah nanti
    Jika janji tidak dikota
    Jangan lah abang berkecil hati

    Haaa.. acaner tu?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inderagiri kota laksamana,
      tempat uda bertemu dara;
      jika janji tidak dikota,
      tentulah ada di hujung desa.

      Delete
  4. salam pakcik.. nak cuba lagi :)

    pergilah abang ke mana sahaja
    kasihnya adik tidak terperi
    terbanglah jua ke mana sahaja
    setianya adik sentiasa di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan gelang sebarang gelang,
      gelang cantik milik puteri;
      abang terbang berhati senang,
      mendengar adik setia menanti.

      Delete
  5. abang pergi memang tak lama
    terasa hendak berulang alik
    hati rindu tidak terkata
    hujung minggu pastilah balik

    p/s: pantun untuk diri sendiri kaedahnya ye pakngah
    tiada kena mengena dengan orang lain kalau pun terkena mungkin secara kebetulan sahaja
    hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi perigi membasuh kaki,
      hari senja pasang pelita;
      abang pergi mencari rezeki,
      untuk kita seisi keluarga.

      Delete
  6. alamak tak reti plak nak bermada-madah ni..lariiiiii

    ReplyDelete
  7. Jalan ke pekan bersama-sama
    Tiba di sungai melintas titi
    Andai abang pergi tak lama
    Apa salahnya adik menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba di sungai melintas titi,
      Biar lambat tidaklah lemas;
      Tidak salah adik menanti,
      Kalau lambat janganlah cemas.

      Delete
  8. Anak ayam mati kebulur
    Dari pagi tak dapat ulat
    Salam perkenalan saya hulur
    Mencuba gelanggang ingin bersilat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pukul tabuh hari nak malam,
      rebus ubi makan sedulang;
      gembira sungguh hati di dalam,
      tuan sudi masuk gelanggang.

      Delete
  9. Pohon renek si pohon cendana,
    Hinggap sang unggas memecah sunyi,
    Jangan abang kemana-mana,
    Dalam hati terasa sepi.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !