Wednesday, December 26, 2012

PEMBAYANG DULU-DULU - 50: KALAU NAK KAWIN LAGI.


asaplah api embun berderai,
patah galah haluan perahu;
kalau nak kawin lepas bercerai,
anak jangan buat tak tahu.


6 comments:

  1. Cabut ubi terburu-buru
    Tanam pandan sebelah serai
    Jangan bila berkasih baru
    Kasih anak dibiar terlerai

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut lada terburu-buru,
      pokok peria tidak berbuah;
      memang ada insan begitu,
      di hujung usia sesal tak sudah.

      Delete




  2. Pasang perangkap tikus tanah
    Tikus mondok kata Alhamdulillah
    Kawin ikut sunnah ...
    Jagaan anak-anak jangan ambil mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahit kain di bawah rumah,
      jangan terkoyak kalau disidai;
      bila dah kawin mengikut sunnah,
      nafkah anak janganlah diabai.

      Delete

  3. ikat perahu tali belati,
    ditambah sendat dengan batu;
    biar tak kahwin sampai kemati,
    asalkan anak hidup bersatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke hutan mencari batu,
      di tengah jalan tersepak dahan;
      janganlah tuan kata begitu,
      jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

      Delete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !