Friday, October 30, 2009

AWAK - 3

dulu awak yang mendorong kita ke gelanggang
minta kita berdendang
dan kita pun berdendang
tetapi mengapa awak menghilang
tinggalkan kita berdendang sorang-sorang
macam kera sumbang.

dulu awak yang suruh kita melonjak
konon hendak mengubat hati awak yang sebak
sangka kita awak akan menimang
kita pun melonjak dengan girang
tapi awak tak pun pegang
lalu kita jatuh golek-gelantang ...

dan awak hanya memandang.

tak acilah awak buat kita macam ni!

12 comments:

  1. kekekeke... [gelak camni la.. cam kiut jerk]

    pepagi membebel sensorang ke ???

    laut pun ada pasang surut boss!! inikan pulak emosi manusia.. masuk gelanggang ramai2 krang boss jugak yang pening, pelantar roboh.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. mamamin

    "pepagi membebel sensorang ke ???"

    ada ke orang membebel dua orang. Kalau dua orang, tu dah di kira berborak atau bertekak!

    kekekekeke (kan dah berjangkit)

    ReplyDelete
  3. hahaha...tapi..
    saya rasa bukan dia tak nak sambut awak melonjak
    rasanya dia takut kang tak pasal2 dgn dia pun sama jatuh golej-gelentang
    hehe

    ReplyDelete
  4. tak apa saya temankan berdendang lagu dongdang sayang

    ReplyDelete
  5. kalau awak tak nak terlentang
    janganlah awak menimang-nimang
    sebab badan yang ditimang seberat tiang
    karang awak pulak yang tak pasal-pasal kecundang..

    kehkehkeh...

    ReplyDelete
  6. mamai
    tak sangka awak pandai lagu dondang sayang ! t.kasih kerana sudi menemankan saya.

    ReplyDelete
  7. Dari tadi tersedak je member dok sebut,
    Dah la kutuk-kutuk lagi la tak patut,
    Yang lain pulak jadi pak turut,
    Tau lah gua ni kiut-miut,
    Ada ke cakap gua macam kambing badut,
    Ingat gua ni hidup kat padang ragut,
    Memang lu buat gua terkejut,

    nukilan di atas macam ditujukan kepada saya. maaf copypaste tak minta izin.

    ReplyDelete
  8. ehehehee

    morning !! huhuhu

    tersedak? uhuk! uhuk!
    nah air .. pat minum..
    sape kutuk.. sape2
    kekeke.. sekeh jerk kepala..

    kiut miut eeehhhhh!!!

    nak gelak devils HAHAHAHAHA

    Selamat berhujung minggu boss!!

    ReplyDelete
  9. eh bro, mane ader sindir lu..hahahah
    xpe copy je mane yg ader, gua tak kisah..

    kebetuln jek kan..heheh

    nice la puisi tuh...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !