Tuesday, October 6, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 2

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sungguh pun tuan acuh tak acuh
hati hamba tetap berkenan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
di dalam air badan berpeluh
siksa menanggung rindukan tuan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
tidak ku risau ribut tengkujuh
lagi ku risau tuan tak layan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
dalam tenang hati ku gaduh
mencari tuan mana gerangan.

9 comments:

  1. salam .

    Tuan menjual, saya membeli..

    Anak ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    bukan sengaja tidak acuh
    hati ku sepi sayu terkenang


    Anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    sungguh hebat rindu sesungguh
    siapakah sidia gerangan ?


    Anaklah ayam turun sepuluh
    Mati seekor tinggal sembilan
    silakan masuk duduk bertingguh
    Hamba sentiasa sudi melayan


    Anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    Disimpang galur tuluh bergaluh
    Menanti setia bersama handai dan taulan

    ReplyDelete
  2. anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    kembali ceria hati yang lusuh
    tuanlah sudi datang meneman.

    p.s jemputlah juga berkunjung ke blog saya yg satu lagi "KomenSen" (jika belum berkunjung).

    ReplyDelete
  3. salam....

    Anak ayam turun sepuluh
    Mati seekor tinggal sembilan
    Bangun pagi sembahyang Subuh
    Minta doa pada Tuhan

    Anak ayam turun sembilan
    Mati seekor tinggal lapan
    Minta doa kepada Tuhan
    Moga-moga Allah makbulkan

    Anak ayam turun lapan
    Mati seekor tinggal tujuh
    Moga-moga Allah makbulkan
    Dapat nanti seorang jodoh

    Anak ayam turun tujuh
    Mati seekor tinggal enam
    Dapat nanti seorang jodoh
    Sebagaimana yang kamu idamkan

    Anak ayam turun enam
    Mati seekor tinggal lima
    Sebagaimana yang kamu idamkan
    Elok muafakat hidup bersama

    al

    ReplyDelete
  4. anak lah ayam turun sepuloh,
    9 kene cekup polis tinggal seekor,
    seekor ni plak dah bertobat,
    jadi dah takda ayam...



    p/s: maksud gua ayam chow kit...haha

    ReplyDelete
  5. AL
    anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    hatiku suka gelangganga dah riuh
    datanglah lagi membawa taulan.

    ReplyDelete
  6. kimisai
    mesej nya bagus ... tapi pembayang dan maksud berterabur. tapi saya tak kisah!

    ReplyDelete
  7. salam .. erkk
    ala.. xreti balas pantunnn :(

    ReplyDelete
  8. Ftyyhahh
    salam.
    belasah jer ... tengok pantun kimisai di atas untuk dapat ilham.

    ReplyDelete
  9. hehe... baca kimisai nyer pantun balas ... saya xleh dah nak balas pantun..

    Sakit perut gelak dibuatnye..!!! ilham ku hanyut dibawa arus kimisai.. kekekeke...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !