nasi lemak buah bidara,
sayang selasih saya lurutkan,
akibat merempit putus telinga,
spek mata mana nak sangkutkan?
kiri jalan kanan pun jalan
tengah tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
tak kesian ke kat poslaju?
anak punai anak merbah
terbang turun buat sarang
bila tergelak berdekah-dekah
siapa berani masuk meminang?
malam ini menanam jagung
malam esok menanam serai
hisap rokok sambung menyambung
sampai bila hutang nak langsai.
salam boss!!
ReplyDeleteselamat pagiiiiiiiiiii...
labi labi dan kura kura
merayap macam orang sakit
rangkap lain baca gembira
bertanam malam tu yang pelik sikit
kekekeek
tanam pinang rapat-rapat
ReplyDeletebiar susah puyuh berlari
siapa suruh tanam rapat-rapat
kat dah susah nak lumba lari?
mamamin
ReplyDeletelabi labi dan kura kura
merayap macam orang sakit
tak ada apa yang peliknya
kalau gelap, pakai spotlight.
p.s
1) kenapa mamamin panggil saya boss ?
2) mamamin suka gelak kekekeek ya?
kakcik
ReplyDeletetanam pinang rapat-rapat
biar susah puyuh berlari
memang sengaja di tanam rapat
buat kepungan tak bagi lari.
barang lama barang baru
ReplyDeletepembayang lama makna baru
hehehehe yea dah boleh berpantun
salam..
ReplyDeletesaya dtg menjenguk ke blog ini..
best pantun tu..kelakar dan penuh nasihat.
encek ahmad membeli bendera...
ReplyDeletemacam mana rupa buah bidara??
adeh!!! sakit perut gelak.. hahah
ReplyDeletemamai
ReplyDeletegembira betul nampaknya ? tahniah !
fadzilah.
jenguk2lah selalu cikgu. kadang2 tu sunyi gak duduk sorang2.
alvin
buah bidara itu adalah buah mata kucing sebelum dia berkahwin. selepas bercerai dia dikenali sebagai buah bijanda ! betul tak mamamin ?
membeli belah di tanjung belanja
ReplyDeletejalan mengundur jatuh ke perigi
tak ada kerja dicari kerja
singgah sini nak gelak pepagi...
kakcikseroja
ReplyDeleteharap gelak pepagi membawa keceriaan sampai ke petang !
burung sendidik di atas para,
ReplyDeletesekor mati terkejut gila,
salam sejahtera buat saudara,
gua dah tatau nak komen apa...
kimisai
ReplyDeleteburung sendidik di atas para
sekor mati terkejut gila
tak pa tatau nak komen apa
tunjuk muka pun cukup la.
p.s ada ke burung sendidik ?
"tak kesian ke kat poslaju"...hahahaha lawak3
ReplyDelete