anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
melihat tuan hati ku jatuh
berat kaki hendak berjalan.
mati seekor tinggal sembilan
melihat tuan hati ku jatuh
berat kaki hendak berjalan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
hilang berganti patah dah tumbuh
tuan sahaja hamba berkenan.
hilang berganti patah dah tumbuh
tuan sahaja hamba berkenan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
bagaimana hati tak hancur luluh
hamba bertepuk sebelah tangan.
mati seekor tinggal sembilan
bagaimana hati tak hancur luluh
hamba bertepuk sebelah tangan.
anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
kasih sayangku bertambah teguh
rela ku gadai nyawa dan badan.
mati seekor tinggal sembilan
kasih sayangku bertambah teguh
rela ku gadai nyawa dan badan.
anaklah ayam turun sepuluh mati sekor2 naper masih lagi tgl sembilan pakcik?
ReplyDeletewhoaaaa ~ larixxxxxx
>>_____<<
===========================================
anaklah ayam turun lah sepuloh
mati dua ekor tinggallah lapan
walaupun kau tinggal nun jaooh
namun kau tetap dalam ingatan
kekeke...
ReplyDeleteklakar la frodo tu al-lavendari...
gelak saya dibuat nye..
lari sume idea dalam kepala nak balas pantun..
ehehehe...
anak ayam turun ke padang
ReplyDeleteentah mcm mane mati semua tinggal satu..
walaupun muka mu tak ku pandang
namun lubang idung mu tetap menjadi pojaan hati ku...
frodo
ReplyDeletemacamana nak kurang, turun sepuluh lepas mati seekor, turun sepuluh balik. kan ke bagus kalau macam gitu, kayalah tokeh bela ayam.
awak pun berbakat juga berpantun. t.kasih kerana masuk gelanggang.
mamamin
ReplyDeletememang kelakar budak tu. saya pun tak tahu apa nak jawab soalan dia. anak sapa ntah ! lepas ni nampak gaya kena ubah pembayang lah pulak.
atacha
ReplyDeleteoh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
agak lama awak menghilang
rupanya jumpa ajis sata.
cepat ah al lavendari wat pantun lagi..rindu pulak kat post awak...
ReplyDeleteatcha sibuk sikit kebelakangan nie...tapi atacha tetap menjadi pembaca setia secara senyap..hehehheheh
atacha
ReplyDeletesabar saya lagi tengah sibuk + kelamkabut sebab pindah ofis. telefon x de, tenet lagilah, ni pun guna tenet sibercafe sebelah ofis. tkasih jadi pembaca setia saya.