Wednesday, October 28, 2009

MACAM PANTUN DULU-DULU - 1

Kalau ada sumur di ladang
Boleh lah kita menumpang mandi
Kalau dah ada sumur di ladang
Tak ada sebab awak tak mandi pagi.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Buah cempedak di luar pagar
Siapa jolok nak kena rotan.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Pulau Pandan jauh ke tengah
Pergi sana nak buat apa?

5 comments:

  1. kalau ada sumur di ladang
    lebih afdal ke bilek mandi

    ReplyDelete
  2. sot

    kalau ada sumur di ladang
    lebih afdal ke bilik mandi
    nampaknya kita je kat gelanggang
    orang lain entah mana pergi.

    ReplyDelete
  3. kereta lembu dengan belati
    singgah sebentar tepi perigi
    masuk gelanggang perkara mesti
    tunggu time blom sampai lagi

    kekekekeke!! [tunggu eh!! round kedua malam ni]

    ReplyDelete
  4. kalau ada sumur diladang
    boleh kita menumpang mandi
    takkan mandi pagi jer Jang
    mandi ptg dan malam pun mesti..

    (ewah...ewah..syoknya berpantun..hihi)

    ReplyDelete
  5. finaz

    kalau ada sumur diladang
    boleh kita menumpang mandi
    mandi petang dan malam senang
    mandi pagi berlaga gigi !

    (tak kelakar lah pantun ni ...)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !