Wednesday, October 7, 2009

PANTUN ANAKLAH AYAM - 3


anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
terlihat tuan darahku gemuruh
tak mahu pula alih pandangan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
datanglah tuan jangan bertangguh
rindu dendam tidak tertahan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
ibarat menunggu buah tak jatuh
begitulah siksa menunggu tuan.

anaklah ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
melihat tuan duduk bersimpuh
hatiku jadi tidak keruan.

6 comments:

  1. salam
    anak lah ayam~ hehe.
    rajin mengarang.
    sonot bace.

    ReplyDelete
  2. ftyyhahh
    salam kembali. sya pun seronok kalau ada orang yang sudi dan "sonot" membacanya.

    ReplyDelete
  3. anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    melihat tuan badan berpeluh
    kerana aksiku tak layan.

    Kesiaaan....

    ReplyDelete
  4. "tuai padi antara masak
    esok jangan layu-layuan..
    intai kami antara nampak
    esok jangan rindu-rinduan..

    anaklah ayam turun sepuluh
    mati seeokor tinggal sembilan..
    datang bertandang bukanlah jauh
    melepas rindu kepadamu tuan..

    ReplyDelete
  5. mountdweller
    bagus ke berpeluh tanpa eksesais?

    ReplyDelete
  6. mamamin

    anaklah ayam turun sepuluh
    mati seekor tinggal sembilan
    walau tuan datang tak jauh
    terima kasih juga saya ucapkan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !