Sunday, February 13, 2011

AWAK 12


awak
kita sebenarnya sudah tidak berdaya
hendak beritahu macam mana lagi
perasaan kita ini
kalau kita kata ke sana
awak pujuk ke sini
bila kita kata ke kanan
awak tarik ke kiri.

pandai sungguh awak mengilas hujah
hingga kita ketandusan kalimah

awak

maafkanlah kita
kerana sampai disini sahaja
dapat kita bersama
kita dah tak larat lagi nak bertikam lidah
kita tahu berbalah dengan awak takkan sudah
baik kita belah
sebelum cedera di hati ini bertambah parah.

awak
kita pergi dulu ya!

awak dengar tak?



.

13 comments:

  1. jangan tinggalkan dakuuuuuuuuuu.

    iyer la kiter sedar sape kiter
    kiter tak seglemer mcm org rumah lagi satu tuu;

    tapi kiter ada perasaan juga
    kita pun ada peminat juga..

    tak caya ?

    tgk tuu.

    si ikan emas..tak sempat-sempat nak skodeng kiter.

    ala busyukkkk

    muahhhhh..

    i lap u !!!

    ReplyDelete
  2. itu lah awak
    dah ada satu tak cukup pula
    nak juga dua

    dah ada dua
    nak tigo pulak
    lopeh tu tak berjago

    tp itulah
    kuasa di tangan ketuo
    pilihlah yang mano
    kalau sayang duo duo
    jago dan belailah seadilnya

    kalau rasa tak terjaga
    tutup lah saja
    sebentar 2..

    tp seminggu ado 7 hari kan?
    apo kata cabut undi..
    hehehehee... ;p

    ReplyDelete
  3. awak...

    kita sebenarnya cuba nak faham
    tapi kita buat-buat tak faham
    sebab kita suka yang sini
    kita juga suka yang sana

    kita pun bukan selalu punya masa
    nak menjengah kedua-dua
    hak kita pun
    kadang-kadang terabai juga

    kita buka
    lepas tu ada orang datang
    kita buat-buat tak pandang
    bukan kita bongkak
    tapi kadang-kadang kita sakit tekak!

    ReplyDelete
  4. kita lebih suka di sini tapi apakan daya kalau dah orang tak suka di sini, lebih sayangkan di sana. siapalah kita untuk menghalangnya tapi..

    huwaaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!

    ReplyDelete
  5. kita dengar!

    .
    .


    .
    .

    sampai hati awak nak tinggalkan kita. isk isk isk

    ReplyDelete
  6. awak pun satu
    kan hari tu kita dah pesan
    tapi awak tetap dengan pendirian awak
    kata awak awak mampu
    kita kata jangan
    dakkkkk...
    awak nak buat juga

    sekarang amacam?
    rengkuh juga
    jangan larikkkk.....
    tok wan marah nanti!

    ReplyDelete
  7. alahai awak

    janganlah daku di tinggalkan
    walaupun jarang dikunjungi teman
    sekali sekala ramai juga menjenguk muka

    hidupkan daku setakat yang mampu
    asal aku terus ada bersamamu


    jangan di lupa ye awak..

    ReplyDelete
  8. awak will never walk alone.

    pisang awak? cekodok. amacam?

    ReplyDelete
  9. ni nak tinggal jejak lagi...

    ingat tau

    kalau kali ni awak tinggalkan
    dah kali k berapa kita cerai..

    kalau talak tiga
    tak boleh rujuk lagi


    huuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. ikan emas,
    sayangsayangibu,
    kakcik,
    dinas aldi,
    ku tak sempurna,
    insan marhaen,
    yus
    gadis bunga.

    terima kasih atas nukilan kalian dan saya akan jawab dengan satu entri baru nanti.

    ReplyDelete
  11. ikan emas 2

    amaran awak akan saya ambil kira .. hehe

    ReplyDelete
  12. وعليكم السلام ورحة الله

    Dua tiga hari ni bila buka kedua-dua blog bang haji sukar rasanya, laptop jadi 'hang dan sebagainya'... akhirnya saya guna browser lain baru berjaya..

    Bang haji nak tutup blog ni ker?

    ReplyDelete
  13. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    BANYAK KALI JUGA TERLINTAS DIHATI SAYA BILA KURANG ATAU TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.

    TETAPI BILA MENDAPAT SOKONGAN DARI SAHABAT, SAYA MEMUTUSKAN UNTUK MENGEKALKANNYA TAPI POSTINGNYA MUNGKIN TIDAK SEKERAP SEKARANG INI.

    ADAKAH BLOG SAYA YANG MENYEBABKAN LAPTOP USTAZ JADI 'HANG DAN SEBAGAINYA' ?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !