Thursday, February 24, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU - 32: PERUT MACAM LABU.




Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Nasi makan, capati pun makan
Patutlah perut dah macam labu.




.

18 comments:

  1. Kiri jalan kanan pun jalan
    sampai di kampung terjumpa lipan
    dekat dengan rimba dan hutan
    mewahnya kita dengan makanan
    sampai perut tertonjol ke depan
    kat negara lain mereka kebuluran

    ReplyDelete
  2. Nasi makan capati pun makan
    Perut kempis dah macam labu
    Makanan sedap tekak tak boleh tahan
    Bawak berjongging la kalau gitu

    ReplyDelete
  3. Kiri jalan kanan pun jalan
    tengah tengah pohon mengkudu
    makanlah selagi mahu makan
    dah nazak nanti apa pun tak lalu...

    ReplyDelete
  4. Kiri jalan kanan pun jalan
    Tengah-tengah pohon mengkudu
    saya ada satu soalan
    perut awak ke yang dalam gambar tu

    pengat labu sedap! ;D

    ReplyDelete
  5. tapi kan uncle...

    gendang gendut tali kecapi
    kenyang perut suke hati!

    hihihi~

    ReplyDelete
  6. Kiri jalan kanan pun jalan
    Tengah-tengah pohon mengkudu
    Masa berselera, tak payah tahan
    Tapi jangan lupa bersenam selalu

    ReplyDelete
  7. ikan emas

    Kiri jalan kanan pun jalan
    sampai di kampung terjumpa lipan
    dekat dengan rimba dan hutan
    sini sinun ada jamuan
    setiap minggu setiap bulan
    sambil makan ukhwah dirapatkan.

    ReplyDelete
  8. cik shinju

    Nasi makan capati pun makan
    Perut kempis dah macam labu
    Niat hati nak sikit makan
    Rezeki datang tidak menentu.

    *pandai pun awak berpantun !

    ReplyDelete
  9. kakcik

    kiri jalan kanan pun jalan
    tengah tengah pohon mengkudu
    orang dah beri kenalah makan
    jangan ditolak rezeki yang lalu.

    ReplyDelete
  10. kts

    kiri jalan kanan pun jalan
    tengah-tengah pohon mengkudu
    soalan awak sungguh tak sopan
    perut saya tak kecik macam tu.

    ReplyDelete
  11. gadisbunga

    gendang gendut tali kecapi
    perut gendut tiada yang sudi!

    ReplyDelete
  12. dinas aldi

    kiri jalan kanan pun jalan
    kengah-tengah pohon mengkudu
    hari hari senaman berjalan
    dari dapur ke muka pintu.

    ReplyDelete
  13. Kiri jalan kanan pun jalan,
    singgah sebentar mencari kekabu,
    Nasi makan capati pun makan,
    exercise selalu perut taklah mcm labu.

    :D

    salam kenal...

    ReplyDelete
  14. my little diary

    salam kembali.

    singgah sebentar mencari kekabu
    simpan jarom di dalam peti
    saya memang eksesais selalu
    main karom dengan dam aji.

    ReplyDelete
  15. Kiri jalan kanan pun jalan
    Tengah-tengah pohon mengkudu
    Apa digundah apa dirisaukan
    Kurangkan makan bersukanlah selalu

    ReplyDelete
  16. ust abd razak

    kiri jalan kanan pun jalan
    tengah-tengah pohon mengkudu
    memang makan sudah dikurangkan
    bila kenyang berhenti selalu.

    ReplyDelete
  17. lepas membeser kena berdehem,
    eh.. macam perli IM...

    ReplyDelete
  18. im

    kalau berdehem lepas membeser boleh kecikkan perut ke ?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !