Wednesday, March 2, 2011

OH BULAN MANA BINTANG - 1 ?

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh ahlong jangan datang
duit aku tengah tak ada.

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh uban mana datang
sudah penuh atas kepala.

oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh gigi mana hilang
tengok cermin tinggal dua.

17 comments:

  1. atacha
    sila baca pantun ni bersama Pantun Dulu Dulu - 3

    ReplyDelete
  2. oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara..
    oh tuan.. pulang petang
    baru tau ke umur dah senja??

    kekekek!!!

    ReplyDelete
  3. mamamin

    oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara
    pagi pergi petang pulang
    sedar-sedar umur dah Isya !

    ReplyDelete
  4. hehe.. al-lavendari..
    saya pergi naik kapal tentera on invitation..
    waterfront tu mmg tepi sungai rajang pun.. obsess dengan laut .. sungai pun jadi laut.. kekeke

    ReplyDelete
  5. ahlong bukit beruntong teww.. ehehe

    ReplyDelete
  6. mamain
    obsess dengan laut atau anaklaut?

    ReplyDelete
  7. en_me
    ahlong memang selalu beruntung !

    ReplyDelete
  8. oh bulan oh bintang...
    adoyai...
    ako masey bujang teratangtang! gugugu
    =p

    ReplyDelete
  9. ria abadi
    t.kasih singgah. Saya faham kenapa awak lama tak singgah.

    akuduniaku.
    owh, yang bunyi tangtangtang tu awaklah ye ?

    ReplyDelete
  10. oh bulan mane bintang
    atas pucuk kayu ara
    kenapa ko tanye bulan kat mano bintang
    ko tak nampak ke bintang kat atas sana...

    ReplyDelete
  11. oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara
    oh suara mana datang
    kalau berani tunjuk muka !

    ReplyDelete
  12. oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara
    ape guna muka dipandang
    kalau marah masih membara...

    hahahahhaha...wah.mcm pantung paglima pulak..hang tuah & hang jebat...hahhahah

    ReplyDelete
  13. oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara
    oh mata ngapa buntang
    bila lagi engkau nak lena ?

    ReplyDelete
  14. oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara..
    oh tuan janganlah lewat pulang
    nanti tak manis dipandang mata

    ReplyDelete
  15. ust abd razak

    oh bulan mana bintang
    atas pucuk kayu ara
    saya kekedai membeli barang
    untuk keperluan satu keluarga.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !