Thursday, March 31, 2011

PEMBAYANG DULU-DULU - 35 : YANG KURIK KUNDI ..




yang kurik kundi
yang merah saga
yang sakit hati
yang merah mata.

.

16 comments:

  1. yang kurik kundi
    yang merah saga
    yang perit pengundi
    yang kaya mereka

    ReplyDelete
  2. yg kurik itu kundi
    yang merah itu saga
    yang kerek itu lelaki
    yang marah itu saya.


    lalalarikkkss!!!

    ReplyDelete
  3. yang kurik kendi
    yang merah saga
    yang baik hati al levendari
    yang merah makngahnya aa

    ReplyDelete
  4. As-Salam Tuan....

    Yang Kurik Kendi
    Yang Merah Saga
    Yang gatal itu laki
    Yang sengsara bini dia

    Yang Kurik Kendi
    Yang Merah Saga
    Yang Dikejar Lari
    Yang Dikendong cicir pula

    Yang Kurik Kendi
    Yang Merah Saga
    Yang Saya Kesini
    Yang Disini Bila Pula..ha..ha..ha.

    ReplyDelete
  5. alolo...
    kakcik
    hehehe.. hanya mereka je yg tahu kan apa yg terserat.. ;p

    ReplyDelete
  6. kakcik

    yang kurik kundi
    yang merah saga
    kalu kita tak undi
    orang lain undi juga.

    ReplyDelete
  7. gadisbunga

    sampai kata mana dah lari ?

    ReplyDelete
  8. ikan emas

    yang kurik kundi
    yang merah saga
    yang baik hati
    yang merah duitnya.

    ReplyDelete
  9. eye_nee

    salam kembali.

    yang kurik kundi
    yang merah saga
    saya jual 1, 3 awak beli
    memang awak hebat orangnya !

    ReplyDelete
  10. sayangsayangibu

    janganlah simpan rahsia .. bagi tahulah kita sama !

    ReplyDelete
  11. yang kurik kundi
    yang merah saga
    yang cantik Dato' Siti
    yang jeles saya

    yang kurik kundi
    yang merah saga
    nak tanya ni
    kundi tu apa?

    ReplyDelete
  12. Yang kurik kundi
    Yang merah saga
    Yang ingkar dibenci
    Yang taat bahagia

    ReplyDelete
  13. yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga
    agaknya pi intai orang mandi
    pasai tu mata merah menyala...

    ReplyDelete
  14. cik shinju

    yang kurik kundi
    yang merah saga
    jangan jeles dengan siti
    semua manusia dijadikan sama.


    kurik kundi itu ada di terangkan oleh orang yang lebih bijak di sini:

    http://annyss.blogspot.com/2006/04/kurik-kundi-merah-saga.html

    ReplyDelete
  15. ust abd razak

    Yang kurik kundi
    Yang merah saga
    Yang patuh dipuji
    Yang derhaka sengsara.

    ReplyDelete
  16. im

    yang kurik itu kendi
    yang merah itu saga
    bukan mengintai orang mandi
    tapi semalaman dok berjaga.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !