Tuesday, March 22, 2011

PANTUN SAJA-SAJA - 10: SEMAKIN TERINGAT.

http://farm3.static.flickr.com/2360/2403249501_a57876dcb8.jpg

Pergi menjala menitis keringat
Dapat Tapah penuh seguni
Semakin dilupa semakin teringat
Gerangan apakah penyakit ku ini ?


18 comments:

  1. pergi menjala menitis keringat,
    dapat tapah penuh seguni,
    semakin dilupa semakin diingat,
    angau nama penyakit ini...

    ReplyDelete
  2. pergi menjala menitis keringat
    dapat tapah penuh seguni
    hendak dilupa tetap teringat
    tanda kasih mekar di nurani...

    ReplyDelete
  3. kakcik

    dapat tapah penuah seguni
    masak dijeruk si sayur maman
    tanda kasih mekar di nurani
    tidaklah bertepuk sebelah tangan.

    ReplyDelete
  4. Pergi melaka jumpa nyonya,
    Singgah sebentar beli penyapu lidi,
    Bukan penyakit namanya,
    tapi tanda kasih tulus, suci, abadi.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan..

    Pergi Menjala Menitis Keringat
    Dapat Tapah Penuh Seguni
    Hendak Dilupa Tetap Teringat
    Wajah Maling hati Ku Ini

    Pergi Menjala Menitis Keringat
    Dapat Tapah penuh Seguni
    Hendak Dilupa Tetap Teringat
    Bloq Tak Berupdate Dah lama Dah Ni

    Pergi Menjala Menitis Keringat
    Dapat Tapah Penuh Seguni
    Hendak Dilupa tetap Teringat
    Menjawab Komen dari Rakan2 disini

    ReplyDelete
  6. Pergi menjala menitis keringat
    dapat ikan dibuat budu
    esok boleh kita makan
    dicicah dengan ulam pengaga

    angau tuan dah makin melarat
    rasa benci tetapi rindu
    mari IE tolong ubatkan
    beritahu bila dan di mana??

    ReplyDelete
  7. normaliza man

    memanga saya sentiasa teringat2 kepada blog ini .. bila sudah 2-3 hari tak buat entri. rindunya lain macam !

    ReplyDelete
  8. eye_nee

    salam kembali

    Pergi Menjala Menitis Keringat
    Dapat Tapah Penuh Seguni
    Terima Kasih Datang Melawat
    Hati Nan Rawan Berbunga Kembali.

    ReplyDelete
  9. ikan emas

    wahhh ! ini pantun 8 kerat. susah nak jawab ni.

    bunga selasih di dalam taman
    tanam mari bersama mangga
    buah palas condong ke batang
    petik mari di buat kari
    terima kasih ingin ubatkan
    bukan tak sudi bukan tak suka
    saja malas menyusahkan orang
    sakit ku ini terubat sendiri.

    ReplyDelete
  10. pergi menjala menitis keringat
    dapat tapah, jual di pekan
    tak dapat dilupa asyik teringat
    tandanya parah ditimpa perasaan

    cinta sudah berputik yaaaa, kehkeh

    ReplyDelete
  11. Pantai putih tempat bercanda
    Sepoi angin cerah langitnya
    Sakit rindu itulah tanda
    Tidak diubat angaulah jadinya

    ReplyDelete
  12. sakit perasan dan angau tuan ni senang aje ubatnya



    ibarat berpoligami

    mesti adil
    dan kalau boleh kedua-duanya diziarahi..

    mana aci asyik rumah sana aja..

    ReplyDelete
  13. dinas aldi

    dapat tapah, jual di pekan
    kuih kodok makan bertiga
    mana ada ditimpa perasaan
    ini blog empunya cerita.

    ReplyDelete
  14. bungacahaya



    Pantai putih tempat bercanda
    Sepoi angin cerah langitnya
    Sakit ini senang ubatnya
    Ramai berkunjung hilanglah ia.

    ReplyDelete
  15. ikan emas

    saya telah cuba berlaku adil seadil-adilnya mengikut kemampuan yang ada. tapi kekadang blog ini tersisih juga kerana ketanduan ilham !

    ReplyDelete
  16. Pergi menjala menitis keringat,
    Dapat tapah penuh seguni,
    Ku gagah juga bila teringat,
    Kerana sudah lama tidak ke sini.

    ReplyDelete
  17. ust abd razak

    Pergi menjala menitis keringat,
    Dapat tapah penuh seguni,
    Budi tuan tetap ku ingat,
    Sering berkunjung ke laman ini.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !