Thursday, March 24, 2011

PANTUN PERITBAHASA - 11: KECIK JANGAN DI SANGKA ANAK.



betik jangan di sangka salak
ular jangan di sangka merak
kecik jangan di sangka anak
besar jangan di sangka bapak.

.

21 comments:

  1. kechik jangan disangka anak
    besar jangan disangka bapak
    masa kechik dijaga bapak
    udah besar dibaginya penyepak

    ReplyDelete
  2. tuan,

    nampaknya masalah problem IE tu mashi lagi laa..

    sape ler yg boleh tolong ni...


    huhuhu

    ReplyDelete
  3. betik jangan di sangka salak
    ular jangan di sangka merak
    belum dapat menyalak-nyalak
    sudah dapat disepak-sepak...

    ReplyDelete
  4. Betik Jangan Disangka Salak
    Ular Jangan Disangka Merak
    Kadang Yang Kecik Lebih Berotak
    Berakal Dari Sesetengah Bapak

    ReplyDelete
  5. Jangan diduga laut yg luas
    Andai kail panjnag sejengkal
    Jangan disangka manusia tak buas
    Kalau lagak tidak berakal

    ReplyDelete
  6. saya blank nak jawab la uncle. hihihi~

    ReplyDelete
  7. ikan emas 1

    siapa yang sepak siapa ni ? ayah sepak anak ke anak sepak ayah ? apa-apa pun semuanya tak patut.

    ikan emas 2

    saya masuk tak ada masalah nampaknya.

    ReplyDelete
  8. kakcik

    ular jangan di sangka merak
    mari disebat si batang buluh
    sudah dapat disepak-sepak
    kalau tak dapat menjadi musuh.

    ReplyDelete
  9. eye_nee

    laut berombak hari dah senja
    anak rusa berkejar-kejar
    beri berotak mencari idea
    biar yang lama menunjuk ajar.

    ReplyDelete
  10. bungacahaya

    Andai kail panjang sejengkal
    Jangan mengail di laut Cina
    Kalau lagak tidak berakal
    Lebih bahaya darilah singa.

    ReplyDelete
  11. gadisbunga

    kesian .. memang kadang2 uncle pun kena penyakit blank tu !

    ReplyDelete
  12. ada juga besar tapi perangai macam kanak kanak.

    ReplyDelete
  13. cantik jangan di sangka anak dara
    gebu jangan disangka janda
    bini jangan di sangka laki
    laki bukan disanka bini
    tak caya jom pergi putrajaya jalan kaki

    ReplyDelete
  14. im

    itulah maksud pantun saya ini .. semua yang besar jangan di sangka bapak !

    ReplyDelete
  15. brtutal solo

    memang lintang pungkang kalau macam tu !

    memandangkan pantun awak ni terlebih sifat .. tak reti saya nak menjawabnya. hehe

    ReplyDelete
  16. Betik jangan di sangka salak
    Ular jangan di sangka merak
    Cantik jangan di sangka berahlak
    Kacak jangan di sangka warak.

    ReplyDelete
  17. ust abd razak

    jawapan balas ust cukup cantik .. dan benar sekali.

    dan hodoh jangan di sangka rosak !

    ReplyDelete
  18. betik jangan di sangka salak
    ular jangan di sangka merak
    Kalau bapak berperangai budak
    Hantar je ke skolah pemulihan akhlak

    ReplyDelete
  19. betik jangan disangka salak
    ular jangan disangka helang
    kecik pun boleh jadi bapak
    besar adakalanya belum matang

    ReplyDelete
  20. cik shinju

    masalahnya sekolah pemulihan akhlak tak terima bapak bermasalah.

    ReplyDelete
  21. dinas aldi

    kalau kecil tetapi sudah matang, memang terbukti boleh jadi bapak. lihat sahaja arwah ibrahim pendek !

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi singgah bermain-main di gelanggang ini !